Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu buat pembaca confession sekalian. Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya penulisan aku kucar kacir dan sebagai. Maaf jugak andai cerita aku ni panjang berjela. Hehe. Nama aku Wada (nama samaran). Berusia pertengahan 20-an.
Tajuk aku mungkin nampak cliche’ which is Friend for Benefit or Only your Optional Friends. Definisi Friend for Benefits or Only your Optional Friends pada aku adalah kawan yang kau gunakan waktu kau takde sesiapa nak ajak/nak luahkan sebab kawan baik kau sibuk/ada hal tapi kau tahu bila kau ajak/luahkan pada satu kawan ni pasti dia ada untuk kau. Tapi sebenarnya kau takde lah rapat dengan dia sangat pun tapi kau tahu dia akan ada untuk kau.
Ye aku adalah orang yang selalu jadi pilihan terakhir oleh kawan yang aku maksudkan di atas sejak dari bangku sekolah lagi. Cuma nya waktu sekolah aku kena dengan kawan baik aku sendiri. Aku kenalkan dia sebagai FD. Al kisah nya begini, FD dapat free call keluar untuk talian yg sama sebab birthday dia masa tu. So aku ni jadi salah seorang yg dia call. Masa aku angkat call dari dia tu dia cakap macam ni;
FD: Wey nasib baik kau angkat
Aku: Kenapa kau cakap macam tu? Kau call kan mestilah aku angkat.
FD: Sebab aku call orang lain semua tak angkat wey. Yelah aku kan dapat free call tak tahu nak call siapa(dia takde bf tapi ramai kwn lelaki, dia ada kakak angkat jugak) Call kau nasib baik kau angkat.
Aku: Oh yeke dorang busy kot ada hal. Tu sebab tak dapat angkat (tapi dlm hati aku, masa tu terus fikir; oh yelah aku ni pilihan terakhir kau je walaupun kita ni kwn baik)
Boleh dikatakan aku ni pendengar setia untuk kawan baik aku si FD ni. Aku juga sejenis yg excited bila attach dengan dia. Kita org punya rapat tu sampai kadang tu org cakap kita org lesbian sbb both of us masa tu takde boypreng. Berbalik pada cerita aku tadi; so bila aku terasa, dia dapat detect cuma nya dia tak pasti KENAPA aku jadi macam tu -.- So aku yang selalu nak dengar cerita cerita suka dan sedih dia tu, yg selalu bagi idea ataupun terus respon untuk setiap cerita dia bertukar ler jadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri jelah lepas tu. Actually bukan sekali dua aku kena dengan dia, banyak kali dah. Nak di jadikan cerita konflik antara aku dgn si FD ni tak pernah berhenti dari bangku sekolah sampai dah masuk U. 1 perkara lagi aku tak suka dgn si FD ni, kalau dia gaduh dgn kakak angkat dia or kawan baik dia yang Si Nini tu mmg sah sah dia akan cerita kt aku dan dia punya cerita tu peh kaw kaw benci lah (kutuk segala bagai tak usah lah di kata) tup tup nanti berbaik balik. Berbaik macam tak pernah gaduh okay! Okay bagus lah dia berbaik tapi aku fikir jugaklah kan, kalau aku gaduh dgn dia pulak macam mana eh. Dia cerita apa pulak kt kakak angkat dia dgn si Nini tu? Kutuk apa pulak ye? Heh. So dari situ aku dh start kumpul point. Bagi aku, aku boleh gunakan point point ni waktu yg boleh dikatakan TEPAT suatu hari nanti.
Nak di jadikan cerita pada malam sehari sebelum aku konvokasi si FD ni whatsapp utk wish congrats kt aku. Pada mula nya dia just wish congrats then tiba tiba start perli pasal aku dah ramai kawan kat U. Beruntunglah kata nya kalau jadi aku. Then aku pun cakap lah, kau pun apa kurangkan ramai kawan jugak dkt U. Kau lepak dengan dorang aku okay je. Then terus dia keluarkan statement “laa aku tak boleh ke lepak dgn kwn U, kau ingat aku girlfriend kau ke nak layan aku macam ni?” (Bahasa mudahnya FD ckp aku ni lesbian). Aku ni dah la nak konvo, lepas tu dia boleh rosak kan mood aku pulak. Heh. Aku pun pelik, eh dia ni pahal dia yg timbul kan isu pasal kwn U ni dulu tadi. Ni aku pulak kena. Hang pasaipa wey haha. Padahal waktu tu aku dh ada boypreng kot kalau kau nak kata aku lesbian. Kau tu yg takde boypreng masa tu, so kau lah yg lesbian gila! Haha
So aku cakap kat dia terima kasih sebab cakap aku macam tu,aku cakap aku nak tidur sbb esok aku nak kena bangun awal pagi sebab aku konvo sesi pagi. Dalam hati ni dah terasa yakmat tak yah cakap lah wey, kawan baik kau sendiri tuduh kau lesbian dengan dia pulak tu. Hawau nya mulut hengko perempuan.
So sekembalinya aku ke Selatan untuk jalani hidup berkuliah seperti biasa. FD whatsapp aku lagi. Aku cakap kenapa whatsapp aku?bukan kau cakap aku ni lesbian ke? Lepas tu FD cakap kt aku so status yg kau up tu mmg untuk aku lah ye. Aku ada lah up status aku dlm omputih “last lesson,no turning back!” Lebih kurang macam tulah sbb aku pun dh tak ingat sangat sbb dah makan tahun wey kisah ni, 4 tahun dah tak contact dengan FD atas kehendak aku sendiri. Yes ini lah masa yg aku katakan TEPAT tu.
Aku cakap dengan dia aku dah malas nak hadap dia dah. Aku sempat sound dia bila gaduh dengan org jangan benci sangat nnt bila dah berbaik macam tak pernah gaduh pulak. Huhu. Dengan aku ni apa lah agak nya kan kau tak kata bila tiap kali kita gaduh. Lepas tu dia ckp kalau aku dgn dia gaduh dia tak cerita kt sesiapa. Hengko rasa aku nak percaya ke rempuan oi? Hahaha. Funny lah you ni FD. Then aku ingatkan dia, aku bukan lesbian macam dia cakap kan. Dia minta maaf tapi sorry sisturrrr, hati aku dah tawar, aku memang tak nak ada kena mengena dengan hengko rempuan. Haha
Dia sempat jugak sound aku wey haha dia cakap jgn terasa dgn kawan kita org yg lagi sorang tu. Sebab kawan baik aku lagi sorang ni dah kahwin. So bila org dah kahwin memang takde masa utk org luar. Padahal aku okay je kalau kawan aku yg dah kahwin ni tak layan aku sangat sbb kita tahu dia ada family dah. Yg aku tak faham si FD ni pehal nak sound aku pulak, dah takde point letew. Haha. Aku cakap dengan FD jgn cari aku dah sbb aku tak kan ada untuk kau dah. Cukup sampai sini je persahabatan kita. Ini yg kau nak sangat pun aku rasa Sampai sekarang kawan kawan kita orang yg lain masih tertanya kenapa aku dgn FD dah tak rapat sbb dorang tahu waktu kt sekolah dulu kita org pergi mana mana mesti berdua. Sekarang tak ubah mcm strangers. Aku suruh dorang tanya FD sendiri sbb aku nak tengok dia cerita apa pulak kt orang. Dorang kata FD suruh tanya aku. Haha kau pahal rempuan suruh tanya aku pulak -.-
So itu cerita yg aku rasa waktu bangku sekolah sampai zaman belajar. Ni cerita yg baru baru ni aku kena wey tapi dengan org lain. Kawan tempat kerja lama aku. Kita org bertiga agak rapat. Sorang aku kenal kan sebagai A sorang lagi sebagai B. Tapi sejak kes aku dengan FD tu aku susah nak anggap orang lain kawan baik aku walau selesa macam mana sekali pun aku dengan kawan yg lain. Trauma beb! Haha kang kena cop lesbian lagik! Huuu haruuu.
So dua minggu lepas B dapat tiket free. Dia call aku:
B: Wada, kau kt mana dah balik kerja ke belum? Jom theater.
Aku: Dah nak keluar dah ni. Theater kt mana?
B: Kat tempat sekian sekian. Jom lah eh sebab aku ajak A tapi dia ada hal busy pulak. Aku ajak kwn baik aku lagi sorang tu pun ada hal jugak tu yg aku ajak kau ni. Boleh la eh eh.
Aku: oh yeke haa jom lah aku tunggu kau kt sana terus.
Aku pun nyanyi lagu sejarah mungkin berulang choi kenapa aku cakap jom?! Haha itu salah satu perangai aku kalau orang ajak time tu aku mmg ada duit dan aku tgh free aku jom kan aje. Bila balik rumah, aku recall balik apa yg dah jadi, haha kena lagi kau wada. Kau org pilihan terakhir kawan kawan kau je wada oi! Sedih wey. Lepas tu kan baru baru ni kat insta orang dok post kt story your first impression towards you bestfriends (macam tulah lebih kurang bunyi dia)
So A dgn B buat for each other. Aku pun baca dan krik krik tak comment pape. Bukan aku jeles tapi aku tahu dorang mmg lagi rapat for each other. Cuma aku yg tak serapat itu. Sebab aku ada sejarah tersendiri.
Then B ada post gambar throwback kami bertiga kt insta story. Aku tengok dan buat tak tahu je tak respons apa apa. Lepas tu aku tengok malam tu B dah padam gambar tu kt insta story (aku tahu dia padam sebab gambar kt insta story tu temporary 24 hour tp tak sampai 24 hour, B dah padam) aku pun tak tahu kenapa.
2 hari lepas lepas tiba tiba B buat group whatsapp utk kita org bertiga tajuk group whatsapp tersebut friendtilldie forever lah cemtu. Aku tak tahu nak respon aku, aku hahaha kan je. Then A dan B reply jom hangout. Aku pun biarkan hanging begitu sampai sekarang. Tak tahu lah nak respons apa. Jadi macam takpelah korang keluar jelah berdua. Aku ni macam ganggu je pulak nanti. Mungkin aku ni jenis cepat serik. Tak ingin rasa sakit di hati maka aku menjauh kan diri. Mendamaikan! So aku terus jadi seorang yg apa apa sikit je cepat aje aku nak sudahi dengan sadaqallahulazim. Okay itu je aku nak cerita. Terima kasih sudi baca confession aku yg tak berapa nak menarik ni dan panjang berjela sampai habis…
– Wada
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit