Friendship

Hello kepada yang membaca.. okey boleh panggil aku Naiy (bukan name sebenar).

Sebenarnye cite aku tak lah gempak sangat cume just nak share je..

So of course la kan, kite semua ada kawan rapat gile yang kalau orang nampak pon boleh tuduh kembar, yang kalau pegi mana2 pon mesti berkepit macam magnet kan..

Tapi antara kawan2 kite tu mesti ada karakter masing2 yang korang kene hadap.. *panjang naww intronyer

Okeylah bab friendship ni maybe antara kite just take it simple. Yela sebab kawan je kot kan, buknnye nak pilih calon suami or isteri kan. Tu just pendapat aku je la.

Then aku ade pengalaman yang disebabkan aku tak pilih kawan yang betul dan aku pula jenis ngikot je mase tu, aku jadi rosak dan jahanam. Karakter aku tukar 180 darjah.

Kawan aku tu kitorang start rapat bile kitorang satu team wakil handball mase tu.. Like mase tu aku kenal die tapi tak lah berape rapat sangat lagipon lain kelas..

Die ni memang hyper terok and friendly, senang kate cepat masuk air la kan tapi ade beberapa perangai die yang mak aku tak suke..

Even mak aku da larang untuk stop kawan dengan die tapi aku still keras kepala *bukan la terus putuskan hubungan cume just jangan terlalu rapat mungkin sebab red flag. Idk..

So disebabkan tu aku lawan cakap mak aku dan banyak lagi bnde negatif yang aku buat disebabkan member aku tuu.. Siap kene masuk bilik disiplin.

Lepastu bile mak aku asik nak marah aku hari2 sebab still kawan dengan member tu. Hingga aku yang jadi stress then aku buat bnde yang tak sepatutnye *pendek citer mase tu aaku memang teruk giler

Bile aku dah habis sekolah pon aku still contact dengan die even mak aku dah larang. Aku still pertahankan die mase tu.

Lepas hari demi hari perangai aku memang teruk then aku decide aku nak putuskan hubungan dengan dia untuk kebaikan diri aku so senang citer aku rase freedom and aku usaha untuk perbaiki diri..

So point aku kat sini ialah,

1. Pilih kawan2 betul sebab die mencerminkan diri kita.

2. Kalau mak korang da bagi amaran jangan kawan dengan member tu. Ikut je la *dorang da hidup lame da pon

Kalau korang macam, “eh aku tak ngikut la perangai2 member aku ,aku tahu mana baik buruk “trust me, korang still akan terkena cume perasan atau tak je.

Dalam hadith pun ada cakap Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada kamu membelinya atau hanya mendapat bau harumannya”

Actually tak salah pun kalau korang nak berkawan dengan siapa. Cume untuk kawan rapat tu kau pilihla betul2.

Sekarangkan trend kawan lepastu putus lepastu galau. Sebab apa? Salah pilih kawan. Kawan yang nak masuk air je, yang sentiasa sokong kite even benda tak betul.

Sedangkan persahabatan Nabi S.A.W dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kekal hingga hujung hayat sebab mereka berkawan atas redha Allah..

Jadi kalau pilih kawan tu pilihlah betul2 yang berani tegur kita walaupun salah dan yang selalu ingatkan kita ke arah kebaikan..

Maaf kalau ada tersilap bahasa atau mengguriskan hati pembaca. Sampai sini sahaja!

Bye, Assalamuaalaikum!

– Naiyy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *