Assalamualaikum. Hai, saya bahasakan diri “aku” lah lebih mudah. Serba sedikit intro pasal aku, aku 20 an berasal dari selangor. Selepas grad diploma, aku dapat kerja account assistant di sebuah company yang agak besar dan terkenal di malaysia ni.
Hari tu aku ada terdengar radio topic masa tu friendzone. Jadi aku nak share sikit lah kisah aku. Dalam kisah aku ni aku yang friendzone orang, dan aku belum pernah kene friendzone dengan sesiapa. Last aku bercinta masa spm, 5 tahun bercinta ex aku curang ada perempuan lain (sekarang dah berkahwin dah alhamdulillah).
Aku dan dia ambil masa nak move on jugak padahal dia yang ada perempuan lain kan. Tapi entah kami jadi “teman tapi mesra” for a year tak silap aku. Masih macam bercinta tapi dah ada batas sikit. Lama2 aku yang move on terus, sebab aku rasa aku dah kuat kan. Dia akur jela, masa dia kahwin dia jemput aku dan mati mati nak aku hadir tapi untuk apa aku hadir kan..
Ok bukan tu point dia, aku jadi terbiasa single. 3 tahun diploma, aku single. Rasa bebas dia takde orang nak sibuk hal aku. Apa aku nak buat ikut suka aku. Start kerja je, aku induction sekali dengan sorang mamat ni. Aku tak berkenan pun, cuma aku nak sangat kawan dengan dia. Aku nak ada bff lelaki. Entah aku mmg lebih rapat dengan lelaki sebab perempuan kebanyakkan memang tak sebulu dan suka dengki.
Pendek cerita, aku yang approch dia dulu dan minta no telefon. Ye aku memang muka tak ada perasaan. Kan aku cakap, ikut suka aku lah nak buat apa kan. Aku tak peduli pun orang kata apa. Haha. Almost 2 year kami jadi kawan sejak dari hari tu. Kawan baik bagi aku, dan akhirnya dia yang confess jatuh hati kat aku.
Selama kami jadi bff, boleh kata setiap hari setiap masa aku akan chat, lepak dengan dia, lunch, dinner, pergi mana mana dia akan teman. setiap kali naik lunch dia akan belikan aku chatime dan letak atas meja. Setiap pagi akan ada coklat atas meja aku. Meja orang lain memang tak ada. Haha. Sampai aku nak vacation pun dia nak ikut.
Pokok nya kemana2 memang macam belangkas. Sampai senior dan bos kat department aku kenen2 kan kitorang sampai jinjang pelamin. Allahu, aku anggap tu satu gurauan. Tapi tidak pada dia. Aku ni berdikari sangat, aku ada personaliti tersendiri sampai dia jatuh hati kat aku. Memang susah nak nampak kat perempuan lain kot. Hehe.
Satu hari tu, aku accident teruk sangat. Dia yang risau kan aku. Tapi lepas dia confess suka aku tu aku dah jarakkn perhubungan kitorang. Entah. Aku yang jarakkan.
So kami memang dah jarang buat semua sama sama. Aku jadi lain. Aku jadi pendiam. Aku jadi taknak bergaul dengan sesiapa. Tapi dia masih mengharap. Aku sebenarnya masih takut jadi macam dulu lagi. Jadi aku jarakkan sejarak jarak nye lah hubungan tu. Dah tak ada istilah kawan baik tu bagi aku.
Di takdirkan, aku jumpa seseorang yang sayang aku lebih dari aku sayang diri aku sendiri. Aku diam aku dah bertunang. Kawan baik aku tahu dari officemate je. Dia pun dah tak ceria macam dulu.
Last dia bagi aku cupcake yang decoration ada mini love kat aku masa dia resign. Aku tahu dia kecewa sangat. Sebab dia sampaikan kat orang lain. Dan aku tak jumpa dia pun masa hari dia resign tu. Dia text aku, “kenapa balik awal? Aku baru nak jumpa kau”. Aku bagi bluetick je.
Tapi tu lah, aku selalu rindu kau sahabat. Sampai sekarang aku tak pernah lupa kau. Aku tak sempat nak minta maaf kat kau pasal aku dah friendzone kan kau. Kalau kau ada baca ni, aku ikhlas dan happy kawan dengan kau. Dan aku tak ada niat nak block kau di social media pun. Aku sayang persabahatan tu.
Maafkan aku ya.. Aku doakan yang baik baik untuk kau. Semoga kau bahagia dengan sesiapa pun jodoh kau lepas ni. Goodluck sahabat.
– Miya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit