Assalamu’alaikum wbt to all readers. Thanks admin kalau approve.
Amaran, post ni agak panjang bagi sesetengah pihak.
Tengok title pon mesti kalian dah tahu nak cakap pasal apa kan? Yes, sis nak cakap pasal GPA, bukan CGPA. haha. kalau u lain sis tak tau la depa panggil apa untuk GPA.
Okay sebelum sis cerita apa yang sis buat sampai sis boleh dapat 3.9 ni, sis nak cerita la jugak perjalanan sis sebelum menuju kejayaan, chewah. *gurau ja nah, sis tau hidup kedepan lagi mencabar but please, don’t spoil the mood okay.
Dari zaman CFS, sis ni follow the flow ja. Honestly, hati takmau masuk UIA walaupun ni first choice sis masa isi UPU dulu. Ya I know, tak bersyukur. Tapi sis masih teruskan jugak. Study pon tak pernah bersungguh2. Semua ambik sambil lewa saja. *sigh.
Boleh kira dengan jari la berapa kali ja yg sis memang pulun untuk exam. Dan Alhamdulillah setiap kali pulun tu Allah tolong dan dapat result gempak. Cuma sayangnya, pulun tu untuk berapa kali saja. Cnth, sis pulun gila masa UPSR and dapat 5A. Tapi, masuk sekolah menengah taktau pasaipa mood study mmg zero. PMR buat main2, SPM pon sama. Tapi Alhamdulillah lepas untuk masuk UIA and terima panggilan matrik. Sis bukan nak riya, point sis kat sini adalah, kadang2 kita adalah punca kenapa kita tak dapat apa yg kita nak. Cuba kalau kita letakkan 100% usaha dan doa, memang confirm Allah akan tolong.
Percaya dak kalau sis cakap yang sebelum sis dapat kesedaran, sis tak pernah masuk exam hall fully prepared. Maksudnya, masuk exam hall tak habis baca tu perkara biasa laa. Kalau kena baca slides, mmg sekali imbas ja (dia ingat dia gifted kot, lol). Sebab tu lah masa 1st semester sis dapat 2.6 sahaja. tu pon Alhamdulillah tak kena repeat apa2 subjek. *terima kasih ya Allah.
It took me many semesters to come to my senses. Cerita dia, ada satu hari tu, kawan2 sis dok sembang pasal “kau lagi hebat, kau DL” and “kau pon hebat, kau DL”. Perghhhhh waktu tu memang rasa loser habis baqhang. Depa sembang mcm sis tak wujud, Allahu. Sis tau depa tak berniat pon tapi hmm. Padahal dah banyak kali topik yg sama bangkit, cuma sis diam sajo. Eh lupa nak cakap, awal2 dulu (1st and 2nd year) sis sangat aktif ber-society, sebab tu jugak study main2 ja. hehe.*alasan.
Maka, sis nekad untuk dapatkan Dean’s List jugak walaupun waktu tu dah nak start study week (sem ni sis dah start tinggalkan semua society). Walaupun assignment dah kelaut, tapi sis memang pulun gila masa study week. And Alhamdulillah, sis dapat 3.668 untuk Sem 2, 15/16. First time merasa DL. haha. So, bila kau dah merasa dapat DL ni, kau memang nak rasa lagi. hehe. So, sis pon pulun lagi, pulun yg memang start dr awal semester. Memang aim nak dapat 4 flat (ya lah, kalau pulun masa study week boleh dapat DL, so kalau pulun dr awal sem mesti boleh dapat 4 flat kan?) Salah seribu kali salah. Sis cuma dapat 3.61 sahaja untuk semester 1, 16/17 tu, tapi masih dapat DL remark.
Maka dengan itu, momentum sis pon hilang. Sifat pemalas sis datang balik, takdak mood nak study, rasa mcm alah, pulun dr awai pon bukan dapat pon. Dan untuk Sem 2, 16/17, sis hanya dapat 3.498 sahaja. Yup, lagi 0.02 sis akan dapat DL tapi sebab pemalas sangat, x dapat lah.
So, here we come untuk sem 1, 17/18 which sis dapat 3.9. Sem ni sebenaqnya adalah sem yang PALING BERAT, PALING BANYAK MENANGIS, PALING MENTAL BREAKDOWN. Dengan subjek2 yang memang killer (6 subjek), tambah dengan cerita2 senior, masalah dengan assignment, jadi committee international event. Allahu, memang tak sangka lah baqhang. Tapi pelik kan, macam mana sem yg paling susah tapi dapat 3.9?
Disebabkan sem ni memang berat, sis selalu menangis, mengadu kat Allah, mintak tolong kat Allah. Kadang2 balik kelas menangis. Dan sis banyak bangkit Tahajud sem ni. Sis puasa sunat Isnin Khamis, start dhuha secara consistent (sebelum ni buat jugak tp on off), dan baca Yassin setiap hari selalunya before atau after Subuh. Bila buat amalan ni semua, kita kena sedar, semuanya datang dr Allah. Hati kena yakin dengan Allah.
Sebenarnya part dhuha and Yassin tu, sis ter-inspired sbb baca dr IIUM confession ni lah. so, thanks to those confessors, sebab sis beramal dgn cadangan depa, depa pon dapat pahala jugak. Jazakumullah.
So, it takes two things to succeed: your efforts and Allah’s help.
Apa-apa pon, pertolongan Allah tu memang penting. Kadang2 kita usaha nak gila pon (mcm pengalaman sis tu) tapi kalau Allah tak izinkan dan Allah tak tolong, memang takkan kita kecapi. Maka, jangan sombong dengan Allah okay adik2.
So, sis rasa takat tu ja lah confession sis. Sebenaqnya pernah merasa 4 flat, tapi untuk short semester saja. hehe, so malas nak listkan sekali pasai short sem ambik 1 atau 2 subjek ja kan. hehe.
Confession ni boleh jadi jugak testimoni kepada amalan yang dianjurkan oleh confessor sebelumnya. Kalau nak tau berkesan ka dak, try kat diri sendiri kay ;)
Maaf kalau tak rasa bermanfaat. In shaa Allah sem ni adalah sem terakhir sis. Sis mohon doa kalian untuk sis jadi rajin balik, bertambah amalan sebab sis dapat rasakan sem ni sis lost momentum again.
Kata2 semangat dr kalian sangatlah dialukan tapi yang penting please doakan sis. Mungkin ada dari kalian yg doanya tiada hijab. Terima kasih.
– Hermione
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit