Assalamualaikum. Ini adalah kali pertama saya meluahkan dalam IIUM Confession. Alhamdulillah sekiranya disiarkan.
Biasanya saya hanya pembaca setia, tapi kali ini disebabkan saya ada banyak masa terluang.
(Saya di warded sebab kecederaan kaki accident), jadi saya terpanggil untuk menjadi penulis.
Dah lama saya tidak ada masa terluang macam ni. Bukan seronok kena warded, tapi seronok sebab saya ada masa dan tanpa gangguan.
Saya seorang pengurus di syarikat korporat. Seorang ibu berkerjaya kepada 4 orang anak yang sihat dan comel- comel.
Suami bekerja kerajaan dan bekerja tidak jauh dari kediaman kami.
Seperti tajuk, saya ingin menceritakan kehidupan saya yang bertukar dari B40 kepada T20.
Mesti ramai yang akan kata mesti best kan, taraf kehidupan sudah bertukar. Namun di sini bukan nilai wang saja jadi ukuran.
Saya sangat merindui kehidupan ketika M40 sebenarnya.
Pada awal pekerjaan, saya merupakan eksekutif biasa saja. Menguruskan sebutharga dan perlu siapkan dalam masa ditetapkan.
Syarikat tempat saya bekerja merupakan syarikat perkhidmatan cucian kimia di kilang (chemical cleaning).
Saya seorang yang komited dalam kerja, tidak suka bergosip, juga bukan kaki bodek.
Arahan pengurus di tempat kerja saya cuba siapkan dan jika perlu penambahbaikan, saya akan bagi idea kepada pengurus.
Toxic environment memang ada di mana- mana. Tapi saya biar saja supaya tidak mempengaruhi mental dan psikologi saya.
Alhamdulillah, sifat saya yang ada pendirian, sedikit tegas menyebabkan toxic people ni tak berminat nak cari masalah dengan saya.
Mungkin sifat anak nombor 2 yang independent, resilient dan sedikit degil agak membantu pembawaan diri saya di tempat kerja.
Pada awal bekerja, gaji saya di bawah RM1500 sebulan. Kemudian dinaikkan sedikit sedikit.
Majikan nampak potensi saya dan menaikkan pangkat saya.
Di sini kehidupan saya mula bertukar.
Kalau dahulu, saya mempunyai banyak masa. Selepas waktu kerja, saya ada cukup masa untuk memasak pada keluarga.
Dan masih boleh berehat selepas waktu makan. Sambil mengajar anak- anak dengan kerja rumah mereka.
Walaupun duit simpanan tak banyak, saya masih ada masa. Cuti sekolah mesti kami akan merancang bercuti di mana- mana mengikut kemampuan kami.
Pernah saya berangan indahnya kalau mempunyai duit simpanan banyak setiap bulan, boleh membeli belah apa saja yang dikehendaki.
Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.
Mungkin disebabkan sifat saya yang komited dengan kerja, saya diberi tanggungjawab menjadi pengurus di satu cawangan.
Tidak jauh dari HQ, tempat kerja asal tapi merupakan tambahan skop kerja yang sedikit berbeza.
Saya anggap kenaikan pangkat ini sebagai permulaan taraf hidup saya yang akan bertukar.
Sebelum ini B40, naik kepada M40. Tiba-tiba jadi T20. Banyak elaun diberikan dan kenderaan juga syarikat sediakan.
Seperti biasa, saya melaksanakan tanggungjawab diberi dengan bersungguh- sungguh. Sampai satu tahap, saya rasa stress dengan diri sendiri.
Baru saya tahu cabaran menjadi pengurus. Dengan kerenah pekerja yang bermasalah, target syarikat, masalah pembekal, masalah barang, masalah pelanggan.
Kadang- kadang saya tak lena tidur memikirkan kerja. Ketika mandi dan di dalam tandas pun memikirkan kerja. Otak jadi serabut.
Suami agak supportive, banyak membantu menjaga anak- anak ketika saya sibuk.
Saya jadi serba salah. Kadang- kadang cuti terpaksa ditunda kerana masalah di syarikat.
Malam-malam sibuk menyiapkan tender dan planning syarikat. Hari cuti pun ada orang call. Tengah lunch pun terkejar ke sana sini.
Sampai satu masa, saya terduduk kepenatan. Saya fikir, duit saya dah banyak. Saya boleh beli apa yang saya mahu.
Kami boleh makan apa saja yang kami mahukan. Tapi saya dah tak boleh beli masa.
Nikmat hidup dah berubah. Saya kembali rindukan zaman ketika bekerja sebagai staff biasa saja.
Tiada tekanan, habis waktu kerja balik rumah. Tak perlu fikirkan masalah kerja di rumah, nak bercuti pun bila- bila boleh. Tidur pun lena, makan pun lalu. Zaman tu dah berlalu…
Kadang- kadang orang nampak kehidupan T20 atau orang kaya ni mewah serba serbi. Bukan yang ditonjolkan refleks kepada kehidupan sebenar mereka.
Orang B40 jeles kepada orang T20. Sebenarnya T20 pun jeles dengan orang B40.
Saya tak pasti orang lain. Tapi saya sampai terfikir nak berhenti kerja atau menjadi staff biasa semula.
Sayangnya saya tak dapat berbuat demikian kerana syarikat sudak memberikan syer sebagai pengarah.
Jadi, hari ni saya dapat rasakan nikmat masa yang saya rindukan di bilik hospital swasta. Warded kerana accident di tapak/ site kilang.
Nasib baik kecederaan tak serius, mungkin Allah tahu kepenatan hidup saya, dia berikan rehat sementara ini.
Saya tahu saya ni jenis workaholic. Nanti lepas lama- lama warded di hospital, saya akan rindukan kerja semula.
Saya anggap masa ni untuk saya recharge semula diri ni yang burn out.
Semoga kita semua senantiasa dalam lindungan Allah.
Ingatlah Dia Maha Mendengar. Berdoalah, memintalah dengan Dia saja.
Jangan selalu merungut dengan hidup ini dan sentiasa mencari bahagia yang kita inginkan. Peringatan untuk diri saya juga.
Sekian,
– Ms Anney (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit