Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Nama aku Leilani. Seorang wanita berumur lewat 20-an.
Aku ingin berkongsi mengenai kisah percintaan aku dengan bestfriend aku sendiri yang aku gelarkan G tetapi akhirnya kami terpaksa juga berpisah kerana mak G tidak merestui hubungan kami. From best friend to lover to stranger.
Maaf ye kerana kisah peribadi aku ini agak panjang.
Aku berkawan dengan G sejak daripada kami bersekolah rendah lagi. Kami menetap di negeri yang sama malahan rumah aku dan G kalau naik kereta dalam 10 minit macam tu dah sampai.
Diikutkan jika kami tidak pernah bercinta, tahun ni genap 18 tahun kami bersahabat. Lama bukan?
Tiada rahsia diantara aku dan G. Sejak dari dulu, no matter what happened, we would always have each other’s back. He is the only male friend that I ever had taht I could trust and rely on.
G pernah meluahkan perasaannya kepadaku semasa kami di form 4. Aku menerimanya ketika itu. Biasa la, darah muda yang ingin merasai pengalaman bercinta.
Tetapi apa yang aku boleh ingat, dalam tiga atau empat bulan macam tu, aku minta putus. Surprisingly G pun sebenarnya nak minta putus juga.
So yeah, kami putus pada waktu itu. Aku meminta putus kerana aku sayangkan persahabatan kami. Aku tak nak nanti kami jadi stranger apabila kami bergaduh dan putus di masa hadapan.
Setelah spm G sambung belajar ke luar Malaysia manakala aku hanya belajar di universiti tempatan. Waktu ini G telah mempunyai girlfriend. Aku dan G hanya dapat berjumpa setahun sekali sahaja itu pun pada hari raya dan jika G pulang ke Malaysia.
Selebihnya kami hanya bertanya khabar apabila perlu sahaja. Ye la, masing-masing dah ada kehidupan sendiri di universiti. Walaupun jarang berhubung, prinsip kami adalah at the end of the day, we still have each other.
Around 2015 macam tu, G bagitahu aku yang dia dah putus dengan girlfriend dia dan dia sememangnya sedang mencari girlfriend baru (dasar loh).
Aku pula, setiap perkenalan aku dengan mana-mana lelaki di universiti, tidak pernah kekal. Sob.. sob.. sob..
Pada tahun 2018, rezeki berpihak kepada aku dimana aku dapat menjalankan praktikum aku ke luar Malaysia selama 2 bulan.
Kebetulan bukan sahaja negara yang aku dapat itu adalah sama dengan negara yang G sedang belajar tetapi negeri dan daerah yang sama.
Yang berlainan hanya universiti sahaja. Tetapi jarak universiti G dengan universiti yang menjadi host aku semasa berada di sana hanya memakan masa dalam 10minit jika berjalan kaki.
Boleh dikatakan kami mulai rapat semula kerana sebelum ini kami hanya berhubung bila perlu sahaja. Hari terakhir aku di Negara tersebut, G turut menghantar aku ke airport dan tanpa diduga dia meluahkan perasaannya kepadaku.
G cakap dia tak nak dah kehilangan aku macam sebelum ni. dia dah rasa sangat-sangat selesa berada denganku selama tempoh dua bulan tersebut dan he can’t imagine how his life would be if I’m not by his side and he can’t live without me.
Aku menerima G kerana aku yakin ini adalah perancangan Allah untukku kerana Allah telah mempertemukan kami sehingga kami rapat semula di waktu dan tempat yang sangat-sangat tidak diduga.
Then, bermulalah episode percintaan aku dan G secara LDR selama 2 tahun.
Tetapi kami harus bercinta secara rahsia yakni kami tidak memberitahu both of our parents about our relationship kerana masing-masing masih belajar ketika itu,
Dan sebab yang paling UTAMA adalah mak G melarang kesemua anak-anaknya termasuk G untuk bercinta.
Aku pula mahu memberitahu parents aku mengenai hubungan kami apabila aku sudah mendapatkan pekerjaan tetapku kelak.
Perhubungan kami pernah terkantoi dengan mak G pada tahun 2019. Macam mana boleh terkantoi biarlah menjadi rahsia.
Setelah kantoi waktu tu, G menelefon aku dan memberitahu bahawa maknya menangis dan begitu kecewa dengannya kerana dia bercinta.
Mak G siap suruh G untuk beritahu aku ‘cakap kat budak perempuan tu, jangan text kau lagi!!’
Aku kesiankan G ketika itu dan aku meminta putus kerana aku tidak mahu G untuk membuat pilihan diatara mak nya ataupun aku. Biarlah aku mengalah.
Tetapi aku dimarahi oleh G kerana meminta putus. G mahu kami meneruskan juga perhubungan kami kerana bagi G jangan sesekali lari dari masalah. We have to face our problems and work for it.
Aku yakinkan diri aku bahawa semua akan baik-baik sahaja dan meneruskan perhubungan kami disamping tidak putus berdoa agar Allah melembutkan hati mak G untuk menerima aku.
Tahun ini 2021, G pulang ke tanah air pada bulan March yang lalu kerana dia sudah berjaya menamatkan pengajiannya.
Aku pula 2019 dah graduate dan aku bekerja sementara menunggu pekerjaan tetapku. Aku lah insan yang paling bahagia sekali kerana setelah bertahun-tahun menunggu, akhirnya G pulang juga ke Malaysia.
Kami meneruskan hubungan seperti biasa tetapi masih bercinta secara rahsia. Kalau nak jumpa pun kena tunggu G balik kerja dan kami akan berjumpa untuk berbual-bual walaupun sekejap sebelum G pulang ke rumah.
Tetapi minggu lepas aku perasan akan perubahan sikap G. sikapnya tidak seperti selalu. G memberitahuku yang dia mahu berterus terang dengan mak nya mengenai perhubungan kami.
Aku agak terkejut kerana aku expect it would be another 2 or 3 years baru dia akan memberitahu mak dia mengenai perhubungan kami. But aku cakap kepadanya, ‘you know your mom better. So it depends on you.’
3 hari sebelum puasa kami berjumpa lagi. Hari tersebut merupakan hari yang telah merubah hidupku sebanyak 360 darjah. Siapa sangka hari tersebut merupakan hari terakhir kami berjumpa.
Ya. Dia memutuskan perhubungan kami pada hari itu. Alasan G adalah mak dia tidak merestui perhubungan kami.
Kenapa tidak restu Rasanya aku perlu membuat confession kedua kerana dah cukup panjang dah confession aku ni.
Jika confession ini tersiar dan para pembaca inginkan sambungannya, akan aku sambung pada confesion yang lain. Doakan aku kuat ye.
– Leilani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit