From Husband To Stranger II

Untuk part I, (https://iiumc.com/from-husband-to-stranger/).

Assalamualaikum readers. Lara Hannah di sini. Terima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Satu persatu komen saya baca, jatuh air mata.

Ada di kalangan “pengkomen” & “penglike” ialah rakan-rakan saya sendiri.. Posting kali ini sekadar perkongsian tambahan bagi menjawab persoalan-persoalan dari commentators.

Untuk tuntutan-tuntutan mahkamah, saya failkan segala tuntutan yang sepatutnya – nafkah anak, hak penjagaan anak, mutaah, harta sepencarian, dan juga hutang semasa perkahwinan.

Pernah menjadi lawyer & attend court, tak sangka kali ini lawan saya adalah bekas suami sendiri.

Ajaib percaturan Allah. Agak gementar, risau saya tak cukup kuat & tak mampu bertentang mata dengan lawan saya kali ini, bukan kerana takut tapi kerana dia pernah menjadi segalanya dalam hidup ini suatu ketika dahulu..

Hi betina pencaras, u pegawai kan, sediakan duit secukupnya ya untuk belikan spender bakal suami u, takut-takut dia tak mampu beli sendiri sebab banyak dia nak kena bayar tuntutan-tuntutan i nanti ehehe..

Berkenaan aduan kepada pihak atasan tentera – Ya, saya ada membuat laporan bertulis kepada pihak atasan tentera setelah sebulan lebih diceraikan. Saya juga telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat.

Namun rasanya sekadar itu sahaja prosedurnya kerana saya pernah dengar banyak kes yang dilaporkan selalunya pihak atasan akan “cover line” anggota mereka lebih-lebih lagi jika aduan melibatkan level pegawai.

Maksudnya tak sampai ke mana la aduan saya tersebut. Seperti kisah viral Dr Najihah & suaminya si Hanafi sikat tepi, sebab itu saya faham kenapa Dr Najihah “meletup” di media sosial, disebabkan isu coverline beginilah.

Walau apa pun tindakan dari pihak atasan samada laporan saya disenyapkan atau dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk tindakan tatatertib, itu adalah terserah sepenuhnya kepada pihak yang berkenaan.

Cuma yang mahu saya kongsikan di sini, respond daripada Dani selepas laporan saya tersebut.

Ya, dia betul-betul marah dengan saya. Dia kata saya kejam. Dikatanya saya cuba sabotaj kerjaya dia.

Katanya saya dah susahkan hidup dia kerana handphonenya dirampas oleh pegawai penyiasat & mungkin akan kena dakwa. Katanya lagi saya dah susahkan hidup betina penyondol juga.

Ditambah pula ada kawan-kawannya yang menjadi batu api mengatakan saya selayaknya dipukul oleh Dani di atas kekejaman yang saya lakukan.

Wow, tak sudah-sudah play victim kan. Ye lah sayangku, kau tak pernah salah walaupun jelas di atas jalanan itu adalah najis yang kau tinggalkan.

Berkenaan unsur sihir, saya ada merujuk kepada beberapa perawat islam & mereka mengatakan kemungkinan besar memang ada gangguan sihir dalam rumahtangga kami.

Akan tetapi cara rawatannya adalah Dani yang perlu hadir untuk rawatan. Masakan dia mahu, dia sudah berkeras bahawa dia baik-baik sahaja dan tidak disihir.

Sesungguhnya saya masih dalam proses healing & recovery. Anak-anak so far nampak ok mungkin kerana selama ini papa mereka selalu tinggalkan mereka untuk tugasan luar so tak terasa sangat ketiadaan papa mereka.

Si sulung sungguh caring terhadap adik-adik especially adik baby yang baru masuk 2 tahun. InsyaAllah saya yakin Allah akan membantu saya dalam urusan malaikat-malaikat kecil saya ini.

Buat para suami, mantapkanlah iman demi keluarga tersayang. Carilah ilmu agama, bukan sibuk main game.

Uruskanlah urusan rumahtangga bersama-sama isteri, bukan menyerahkan segala urusan ke atas pundak isteri. Saya tak alim, tapi nasib saya mendapat suami yang lebih jahil dari saya dalam urusan agama.

Buat si penyondol, usahlah rasa diri anda hebat bila berjaya mencaras suami orang kerana seorang suami yang hebat tidak akan pernah curang, anda hanya mendapat lelaki level jantan keparat yang sesuai dengan status anda sebagai betina sundal, oppsss.

Terima kasih pembaca sekalian. Saya yakin inilah takdir terbaik yang tertulis untuk saya, tiada penyesalan di atas perjalanan ini. Pelangi pasti muncul selepas hujan.

– Lara Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *