Alhamdulilah berkat rahmat dan kasih sayang Allah, DIA mengizinkan saya seorang insan yang masih jauh dari title ustazah ataupun solehah ini untuk menulis pada hari ni,
Walau diri saya ini juga masih banyak kelemahan, terasa masih banyak kelemahan dalam berbakti untuk Islam. Moga sedikit perkongsian ini sedikit sebanyak mampu membuka hati kita untuk lebih mendekati Allah.
Sama ada kita perasan atau tak kadang-kadang tu tanpa kita sedari kita yang biarkan diri kita berkali kali hancur, berkali kali dan terus biarkan diri acap kali hanyut dengan kehendak dunia.
That’s why penting untuk kita ni selalu memohon untuk memanjatkan doa kepaada Allah supaya DIA bantu hati kita agar sentiasa dapat merasai bahawa Allah itu sebenarnya sangatlah dekat.
Bila mana kita ni dapat merasakan bahawa Allah itu hampir barulah kita dapat merasakan bahawa saat paling bahagia dan terindah itu ialah tatkala kita dapat benar benar beribadah dengan sepenuh hati. Hati yang sudah merasakan manisnya berada dalam dakapan Cinta Allah
“Ya Allah jadikan kami cinta kepada amal soleh dan jadikan rasa cinta itu Indah didalam hati kami, jadikan kami benci kepada dosa dan jadikan kami orang yang sentiasa mendapat petunjuk”
(Qs Al Hujurah :7)
Percaya atau tak hanya Allah yang mampu rawat hati kita, DIA yang mampu tenangkan hati kita, yang mampu kuatkan kita dunia dan akhirat, Allah heal what dunya break.
Walau semua manusia tak pandang kita, Allah tetap pandang kita, walaupun dalam keadaan kemungkaran masih dalam hati kita, disaat hati kita berpaling dari kebenaran.
Di saat kita masih belum mencintai DIA sepenuh hati, kita masih tak nak lepaskan dunia nauzubillahiminzalik.
Wallahi tanpa kita sedari hari hari manusia buat dosa, kalau kita tak buat dengan perbuatan ,kita buat dengan hati which is kita mula sangka buruk dengan orang lain dan yang paling teruk is kita mula sangka buruk dengan Allah.
Ingat sangka buruk hanya will destroy yourself sebabnya hidup ini terlalu singkat untuk kita layan perkara-perkara yang negatif, untuk saling membenci, dan untuk kita dok fikir apa yang orang akan cakap tentang diri kita,
Lebih baik kita fokus macam mana kita boleh perbaiki diri ke arah yang lebih baik and kita mula belajar sayangi diri, jaga keluarga dan lalui kehidupan ni dengan jalan jalan bahagia which is kita ikut semua syariat Allah.
Tuhan sendiri dah sediakan jalan bahagia untuk kita. But kenapa kita sendiri pilih untuk terus berada dalam kesedihan.
Kita selalu sangat leka, kita acap kali lupa sebaik baik perasaan, sebaik baik hati itu ialah hati yang taat, hati yang patuh pada pencipta, Hati yang mampu mencintai Allah tanpa keraguan.
Jauh sekali hati yang dekat dengan dunia, hati yang dibuai nafsu, atau hati yang dahagakan cinta manusia, atau hati yang selalu nak puaskan kehendak diri,
And always nak lari dari kebenaran dan ketetapan Tuhan hanya kerana takot, takot kehilangan dunia bila kenyataannya is Allah itu begitu baik terhadap kita
Dia beri kita segalanya dalam keadaan manusia itu masih lalai . Allahu berubahlah. Kembali pada DIA
To be honest aku ni dulu bukanlah seorang yang confident, aku dulu pemalu bila nak presentation, aku just berlakon je acah acah normal sebenarnya aku lah yang paling tak yakin dengan diri sendiri. Berani? Hmm bukan aku kot.
Ya I’m the girl that full of insecure wallahi aku start yakin dengan diri aku pun since ada kenalan lelaki aku cakap aku nampak cantik bila pakai tudung kuning haritu, and start from that day.
Bila dia always nampak aku pakai tudung kuning je memanjang dia tegur aku sikit buat aku from insecure to syucure(syukur) dengan ayat dia
“Kau tak perlukan tudung kuning pun tak apa sebab kau memang dah cantik dengan cara kau”
Apa yang aku nak cakap kat sini bukan pasal kisah cinta buku terjatuh and aku kutip buku tu lepastu ada scene aku terpandang mata dia and dia terpandang aku aku juga, mata saling tertaut,
Dari matamu, matamu~~
Kumulai jatuh cinta, Kumelihat, melihat,
Ada bayangnya, Dari mataKau buatku jatuh ~~~
Jangan perasan okay?
Tapi pasal, kita kena yakin and kena kuat untuk jadi diri sendiri, sebab Allah itu maha indah Maka mestilah dia menciptakan hambanya penuh keindahan. pernah berada disisi kita. So kita as manusia kena berani melangkah untuk menjadi diri sendiri.
When we talk about “Menjadi diri sendiri” bukanlah bermakna kita perlu mendahulukan nafsu perasaan yang acap kali mencengkam jiwa tapi menjadi diri sendiri ialah kita menerima diri sendiri dan kita jalani kehidupan ni tanpa perlu berpura dengan cara tidak membiarkan diri kita dirantai dengan pandangan manusia.
Tapi hari ni ada wanita tak lagi meraskaan dirinya berharga sampai sanggup mempamerkan kecantikan kepada semua lelaki dengan alasan trend semasa dan sebagainya
Sungguh kemuliaan kita takkan hadir walaupun kita umbar aurat kepada ribuan lelaki. Kalau pun kita rasa rambut kita cantik, badan kita cantik. Kenapa perlu kecantikan itu dipertontonkan kepada yang bukan mahram?
Adakah tidak terbit rasa malu acap kali kecantikan itu dinikmati oleh si lelaki mata keranjang yang tiada ikatan apa apa dengan kita. Selalu kita dengar ayat Wanita itu lambang solehah, ya sebabnya itu ialah maruah kita, nilai dan harga diri kita.
Allah sangatlah menjaga kita, dia meninggikan darjat kita, maka Allah sedang menjaga sekaligus sedang melindungi kita supaya kita jauh dari fitnah, kita dilindungi daripada lelaki yang maybe didalam hatinya terdapat penyakit hati which is lelaki yang tak boleh tengok perempuan sikit dah naik syahwat.
Kita kena menjaga diri kita and terima diri kita seadanya. Tuhan itu dah ciptakan kita dengan cukup sempurna. Jaga diri. Mulalah melangkah menuju jalannya yang suci.
Bismillah. Mulalah bahagia!
– – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit