From Ugly Duckling To Beautiful Swan

Assalamualaikum dan hai para pembaca! Maaf kerena penulisan ini bercampur2 bahasa sebab nak cerita santai2 saja, hehehe…

Kawan2 panggil aku Fifi, single dan dari keluarga yang agak susah dulu.

Hari ni, aku terbaca confession “Diskriminasi terhadap wanita hodoh” (https://iiumc.com/diskriminasi-terhadap-wanita-hodoh/) dan terpanggil untuk berkongsi kisah aku. Dari segi usia, mungkin aku lebih tua dari Kak Limah.

Aku yang dulu dan sekarang adalah sangat2 berbeza. Except my close friends, my schoolmates can barely recognize me now. Sepanjang sekolah, aku yang terpaling hodoh dalam kelas.

Kurus kering, gigi rongak, kulit gelap sebab asyik sertai kawad kaki dan sejak umur 15 tahun banyak jerawat kecil2. Ada satu lagi insecurity aku kat mata yang aku susah nak bagitau pembaca.

Aku hadap semua hinaan body shaming dari darjah 3. Tapi aku selalu ada gut feelings yang aku ada potensi untuk jadi cantik bila dah besar.

Sekarang dah tak kurus kering sangat (BMI 18), gigi tersusun, kulit lebih glowing, halus & takde jerawat (lepas guna skincare mahal) dan lebih bergaya.

Alhamdulillah, sekarang dapat juga la pujian “cantik” dari orang yang aku jump. Jadi, aku nak cerita macam mana aku tackle masalah jadi perempuan hodoh ni dulu:

1. Fikirkan satu kelebihan and make it shine.

Disebabkan aku tak da beauty privilege, aku bukan anak orang kaya, aku tak ada talent in arts/ sports, aku ambil keputusan untuk belajar sungguh2.

Aku decided, at least aku kena ada satu kelebihan iaitu pandai akademik!

Jadi sekarang, sekurang-kurangnya aku ada ijazah MD dan bekerjaya. Orang yang bekerjaya ni (tak kisah kerja apa), lebih attractive tau.

2. Ubah gaya penampilan.

Dulu kalau pakai tudung, asalkan pakai saja. Tak kisah warna/ tudung tu jadi ke tak. Dah besar ni baru tau bergaya sikit.

Pakai minyak wangi, dah tak pakai warna2 highlighter dan suka pakai warna2 earth/ pastel atau hitam. Mix & match warna baju dengan betul. Rajin pakai skirt labuh, nampak ayu gittew!

3. Invest in skincare.

Kita perempuan sekurang-kurangnya kena ada basic skincare products macam pencuci muka, pelembab dan sunscreen.

Kalau ada toner, serum, exfoliator, masker etc lagi bagus. Kulit yang cantik dapat bagi impak yang berlainan pada wajah.

Aku ada cousin dan kawan yang badan besar & kulit gelap tapi kulit diorang cantik gila weh. Bersinar dan mulus. Cousin aku dah kahwin anak dua dah pun. Bila kulit cantik, pakai make up, lagi la cantik.

Memang orang Malaysia rasa kulit cerah lagi cantik, tapi bagi aku bentuk wajah dan skin texture yang paling penting.

Imagine orang kulit putih tapi penuh jerawat dengan orang kulit sawo matang tapi kulit halus dan bersinar. I’d prefer the latter.

4. Ubah apa yang buat kita kurang keyakinan diri.

Dari kecil aku teringin buat braces tapi takde duit. Aku dapat duit tajaan sambung belajar sedari umur 18 tahun.

Aku selalu tolak ajakan kawan2 untuk keluar berjalan, tengok wayang etc. Duit tajaan tu aku bagi mak sikit, guna untuk makan sikit, beli skincare murah2 dan ambil pinjaman ASB.

Lepas setahun, dapat dividen ASB, aku guna dividen tu buat braces. Aku pakai braces selama 7 tahun and my teeth now are definitely better.

5. Ubah cara lihat diri sendiri.

Mata aku kadang2 tak normal. Sadly, aku tak boleh buat apa2 corrective surgery. Walaupun dah hadap dari kecil, aku masih akan terasa & nangis bila siapa2 tegur/ cakap tentang ni.

Di alam pekerjaan ni pun, pernah 2 kali ditegur pasal ni. I hold myself and cry when I’m home.

Anyhow, setiap kali tengok cermin, aku rasa aku cantik saja dan puji diri sendiri.

Memang akan ada body parts yang kita tak suka tapi puji la yang mana yang kita suka. This is hard for me but let’s try to be okay with our insecurities.

Untuk Kak Limah, tahniah sebab kau jadi orang berguna dan positif. Aku dapat lihat potensi kau untuk serlahkan kecantikan kau. Kulit sawo matang tu ok saja asalkan nampak glowing dan flawless.

Badan gempal tu, boleh dikuruskan tapi kena usaha. Seriously, kalau nak turunkan berat, 20% dari exercise tapi 80% cara efektif ialah dengan kurangkan makan/ limit your daily calorie intake.

Haramkan snacking, haramkan makan selepas 7malam dan rajinlah kira pengambilan kalori guna apps. Kening berterabur?

Sis, eyebrows pencil kan ada, concealer kan ada. You can do something about your insecurities, sis.

Tentang jodoh, ada top celebrities yang cun melecun pun tak kahwin lagi. Aku ni pula jenis memilih.

Aku reject laki2 orang dan orang2 yang aku tak nampak potensi masa depan. Apa yang sunyinya kalau kau reti membawang dengan parents/ siblings kau.

Aku balik kerja selalu telefon mak aku, we update our daily activities. Aku pun selalu jadi orang yang pertama contact kawan2 tanya khabar.

Berhubungan baik dengan Allah dan sesama manusia and just go with the flow.

All in all, nak jadi lebih cantik ni perlukan kerajinan, usaha dan paling penting duit. Money cannot buy happiness, but money can buy skincare and healthy food.

Lastly, confidence can be built from beauty, but everlasting beauty is self-confidence. Take care!

– Fifi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *