Assalamualaikum semua.. Aku Semoh (bukan nama sebenar). Hari ini aku nak meluahkan perasaan mengenai apa yang terjadi sebagai frontliners. Ini bukan soal rumah tangga atau soal jiran atau ibu mertuaku.
Aku bekerja sebagai jururawat di pusat kuarantin di sebuah tempat yang agak sibuk. Tempat aku bekerja telah dibuka pada bulan disember 2020. Sejak tu perkhidmatan aku di sana tidak pernah berhenti.
Aku bekerja seikhlas hati. Niat di hati ingin membantu memulihkan keadaan negara kita yang sedang teruk dilanda virus covid-19.
Aku sememangnya datang dari negeri yang jauh dari tempat aku bekerja. Jauh dari keluargaku, jauh dari suamiku dan anak ku.
Sejak akhir akhir ni, kes mendadak naik. Setiap hari kemasukan pesakit tidak masuk akal. Seratus dua ratus. Itu perkara biasa di setiap shift aku. Penat? Terlalu penat lagi lagi di bulan puasa.
Kadang-kadang sampai waktu berbuka berlalu begitu sahaja. Berada di kawasan kuarantin telah memaksa aku untuk memakai full PPE selama berjam-jam.
4-5 jam itu sudah kebiasaan. Setiap kali aku membuka PPE, baju dan seluar basah dengan keringat peluh itu kebiasaan.
Menahan dahaga, lapar dan perasaan terkuncil itu juga biasa. Semuanya kerana menyiapkan tugasan aku sebaik mungkin. Kerisauan pada keadaan pesakit lebih penting.
Pesakit disini kelihatan baik baik. Seolah olah tidak menunjukkan simptom tapi sebenarnya ada yang akan menunjukkan simptom yang kronik seperti kesesakan nafas dan paras oksigen yang turun mendadak.
Ada yang cirit-birit berhari hari. Ada yang demam dengan suhu badan terlalu panas. Ada juga yang mengalami sakit dada dan pelbagai lagi simptom-simptom yang berbahaya.
Setiap pertanyaan dan permintaan pesakit aku turuti. Belum kira setiap permintaan seolah olah berada di hotel 5 bintang juga, kami cuba turuti. Demi keselesaan pesakit. Kami cuba sedaya upaya kami.
Simptom yang dialami oleh pesakit bergantung kepada tahap imuniti pesakit. Apabila tahap imuniti pesakit lemah.. Simptom simptom yang ditunjukkan lebih teruk sehingga memerlukan bantuan pernafasan.
CPR dalam keadaan full PPE tidak lah semudah yang disangka. Ya benar, Elaun sememangnya diberikan kepada kami. Tapi tidak memadai dengan segala kepenatan yang kami terima.
Tapi begitu la, setiap kali aku membaca komen komen dari rakyat Malaysia seolah olah tidak percaya dengan penyakit ni dan menghina para frontliner dengan kata kata kesat..
Sedikit sebanyak aku jadi putus asa. Aku penat untuk berkhidmat dan aku mulai rasa hilang keikhlasan dalam diri aku ini.
Ramai yang seolah olah tidak percaya dan menuduh kami seolah olah menipu tentang kebenaran penyakit ini.
Kami frontliners sahaja yang tahu keadaan sebenar. Tidak semua kebenaran mampu ditunjukkan.
Andai sahaja aku mampu merekod setiap yang terjadi. Ingin sahaja aku tunjukkan kepada semua tapi malangnya. Sensitiviti dan privasi pesakit harus dijaga.
Lebih memenatkan lagi bila ada yang cuti dibekukan. Berjumpa keluarga? Suami dan anak? Entah bila la waktu nya.
Tahun ini merupakan tahun ketiga aku beraya di perantauan. Sungguh aku rindu kepada mereka keluarga aku.
Dikala kesihatan mereka terjaga. Kesihatan mental dan fizikal aku sendiri belum terjamin.
– Semoh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit