Untuk part I, (https://iiumc.com/frontliner-yang-tersakiti/).
Assalamualaikum.. Aku Semoh (bukan nama sebenar). Hari ini aku nak meluahkan perasaan aku sebagai frontliner. Bukan untuk bercerita soal suami aku, jiran aku mahupun ibu mertua aku.
Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala kata kata dan doa dari kalian semua. Semoga doa doa kalian diangkat oleh Dia.
Harini aku nak bercerita tentang vaksin. Bukan untuk promosi ataupun memaksa apatah lagi menyuruh tapi ingin membetulkan fakta fakta salah dan fitnah yang disebarkan.
Ditempat aku merupakan pusat kuarantin terbesar. Pesakit mencecah angka ribu disini. Setiap hari kemasukan pesakit beratus-ratus tidak kira warganegara mahupun warga asing.
Petugas kesihatan pun beratus malah mungkin memghampiri jumlah ribu dari pelbagai agensi dan kebanyakkan sudah mendapat suntikan vaksin cukup 2 dos. Mungkin masih ada yang menunggu giliran.
Terus-terang aku cakap.. Beratus malah menghampiri ribu petugas, belum lagi ada yang meninggal disebabkan suntikan vaksin dikalangan kami disini.
Jika ada, pastinya kami yang terlebih dahulu tahu disebabkan sikap “kepoh” dikalangan jururawat sendiri yang sudah sejak azali.
Alhamdulillah, aku bersyukur tuhan memberi akal kepada manusia untuk mencipta satu jenis ubatan yang mampu mencegah penularan covid-19 dari merebak.
Disebabkan itu, masalah penularan jangkitan covid-19 dikalangan petugas berkurang. Malah sudah lama, aku tidak mendengar cerita petugas dikuarantinkan!
jikalau tidak, sebelum ini terlalu ramai yang terjangkiti menyebabkan kami di sini kekurangan petugas. Bertambah tambah beban kerja yang ada.
Mengenai effect vaksin kepada kami? Sejujurnya selepas suntikan aku ade sedikit rasa kepenatan dan badan mulai panas, loya dan sedikit pening. Kesan ini hanyalah sementara sahaja.
selepas dua hari menerima suntikan, aku sudah mampu bekerja seperti biasa. Sudah mampu melayan kerenah pesakit aku malah berlari ke sana sini bagi menyiapkan tugasan.
Jadi, tidak perlulah anda semua termakan hasutan merepek dan tidak masuk akal.
Dikalangan petugas kesihatan sendiri juga ada yang mempunyai penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang malah masalah jantung!
jadi tidak perlu bimbang, jika sudah tertulis waktu ajal kita ketika itu, anda sedang enak menjamu sebiji donut pun boleh meninggal.
Aku berharap kita sama sama membantu dan bekerjasama dalam membendung masalah penularan covid-19 ini. kerana aku tahu, frontliners dan para netizen juga sudah penat.
Berdoa sudah, Tawakal sudah kini yang tinggal kita Berserah kepada Dia yang satu. InsyaAllah dibulan mulia ini, bangkitlah kita menadah tangan meminta dan merayu agar segala penyakit diangkat.
– Semoh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit