Pertama sekali, anda tidak perlu terasa atau menggelabah jika anda bukan sampah. Anda cuma manusia berjantina lelaki, yang kebetulan dilabel sebagai sampah hanya kerana segelintir daripada kaum anda berperangai seperti sampah.
1. Lelaki dan penyalah gunaan d*dah serta bahan.
Tak kisahlah jika anda menagih ket*m, c*ndu, er*min 5, k*kain, h*roin atau g*nja, ia masih dikategorikan sebagai bahan larangan di bawah undang-undang Malaysia. Seperti yang kita tahu, penghuni pusat-pusat serenti adalah kebanyakannya lelaki.
Daripada statistik AADK bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, jumlah penyalah guna dan penagih d*dah serta bahan di Malaysia adalah 95, 505 orang dimana 95.8% daripada mereka adalah lelaki.
Jadi, pada pendapat saya, ini merupakan salah satu penyumbang besar kepada frasa ini.
D*dah=sampah.
Orang yang menagih d*dah=sampah sampah sampah.
2. Banduan.
Ini anda boleh buat kesimpulan sendiri. Klu, sama seperti di atas.
3. Lelaki (suami) dan nafkah.
Seperti yang kita semua tahu, nafkah anak dan isteri adalah wajib ke atas suami bagi orang islam. Jikalau anda merupakan seorang suami yang tidak pernah culas memberi nafkah zahir (makan, tempat tinggal, pakaian), anda tidak perlu rasa panas.
Yang menjadi sampah (maksud saya, masalah) adalah apabila si suami itu menjadi biawak dalam rumah tangga. Sudahlah tidak bekerja, tidak reti nak menolong isteri pula. Tak ubah seperti sampah. Nafkah anak isteri entah ke mana, bila diminta, dikatanya materialistik pula.
Itu semasa tempoh berkahwin. Kalau sudah bercerai, alahai! Jadi sampah berulat pula!
Kita semua tahu, nafkah anak masih menjadi tanggungjawab wajib sang ayah walaupun sudah bercerai. Sekarang (mungkin dulu pun) semuanya sudah terbalik.
Yang beranak ibu, yang membeli pampers dan susu anak pun ibu. Sang ayah, pergi kahwin baru dan tanggung anak tiri. Bila bekas isteri tuntut nafkah untuk, takda duit katanya. Kalau takda duit, kenapa boleh kahwin baru? Lupa nak cek dompet sendiri ke macam mana?
Alahai! Sampahnya!
4. Lelaki dan poligami.
Ya, poligami itu sunnah. Saya tidak menolak poligami. Undang-undang Malaysia pun tidak menolak poligami. Silalah kalau anda mampu dan BERANI. Kenapa saya guna huruf besar pada perkataan BERANI?
Lelaki yang berani adalah lelaki yang berpoligami secara sah mengikut undang-undang Malaysia (bukannya nikah lari di negara jiran). Lelaki ini layak dipanggil lelaki sejati.
Mengapa saya cakap begitu? Kerana undang-undang Malaysia memerlukan lelaki-lelaki yang mahu berpoligami ini melalui beberapa fasa tapisan untuk membuktikan mereka layak untuk tambah satu lagi.
Tak ramai yang berani ambil risiko ini. Mereka lebih berani (baca: takut) untuk bernikah di sempadan tanpa pengetahuan isteri pertama secara sembunyi-sembunyi.
Jadi, wahai wanita yang mahu menjadi yang kedua, cabarlah bakal suami anda supaya melalui proses ini!
5. Pesalah undang-undang.
Ragut, rompak, cabul, dan bla-bla-bla. Haruan makan anak dan bla-bla-bla. Kebanyakan yang melakukan kesalahan ini adalah manusia berjantina lelaki.
Apa nak dikata? Sudah ketentuankah? Atau pilihankah? Atau terpaksakah? Atau perempuan yang mengundangkah? Macam-macam punca.
Lelaki ada sembilan akal dan satu nafsu tetapi entah di mana silapnya hingga mereka tidak mampu (baca:tidak mahu) menggunakan akal mereka. Salah siapa? Undang-undang dunia?
Tapi, janganlah menghukum mereka yang sudah insaf pula ya!
6. Penebuk.
Wanita selalu cair dengan pujukan lelaki. Diberi saja kata-kata manis dan janji, habis diserah maruah diri. Janji tinggal janji. Lelaki penebuk melarikan diri. Lelaki-lelaki ini layaklah digelar sampah oleh perempuan yang tersakiti.
7. Generalisasi.
Seperti yang saya katakan pada awal tadi, jangan terasa kalau anda tidak makan cili. Kalau anda tidak disenaraikan dalam kategori-kategori di atas, tidak perlulah menggelupur kepedihan.
Tidak semua orang rajin untuk menulis “95.8% penagih d*dah adalah lelaki sampah”. Kita semua mahu ambil mudah.
Konklusi:
Lelaki tidak semestinya sampah, dan sampah tidak semestinya lelaki. Ada yang baik dan ada yang buruk pekerti. Jangan suka generalisasikan frasa ini.
Dan jangan lupa, sampah berubah pun boleh berubah wangi.
– Dea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit