Assalamulaikum..terima kasih admin sebab approved confession ni. Hai semua, aku nak kongsi pengalaman yang tak seberapa dengan semua terutamanya adik-adik yang tengah berjuang di IPTA or IPTS. Aku ni belajar bukan lah tinggi setakat diploma dr Politeknik Ungku Omar (kos Kejuruteraan Awam). Ak bermula dr sijil 2 tahun dan sambung integrasi setahun utk lengkapkan dip tu. Mmg struggle sbb ak bkn budak bijak dan bukan dari sek teknik.
Enam bulan pertama aku dok asrama (kamsis).sem 2,3,4 dok menyewa luar dengan classmate. Setahun terakhir ak duk kamsis semula. Mmg nk jimat duit poket. Aku pun bkn dr keluarga senang. Dan setahun yang terakhir tu ak dan roomate mula join usrah ( masa tu JIM, sekarang Ikram).
Prinsip ak zaman belajar hormatkan pensyarah. Walau buruk camne pun jgn sesekali ko kutuk pensyarah. Tak berkat ilmu tu. Alhamdulillah setiap kuiz, ujian dan peperiksaan akhir ak lulus tanpa meniru atau cubaan untuk meniru..chill~~
Hobi ak mmg tido..balik kelas biasanye mmg ak tdo. Malam slps siapkn assignment ak akan tido awal. Tp ak akan bangun awal sebelum subuh utk study dan buat nota ringkas, maksimum 2 jam. Bila kuiz atau test sng ak tak perlu nak bukak dr chapter 1. Huhuhu. Selepas solat subuh ak mengaji surah yassin biasanye. Pastu sebelum gerak ke kelas ak amalkan solat Dhuha. Ak ngan roomate biasanye akan puasa Sunat setiap isnin or khamis. Dan menjadi amalan aku akan berpuasa pd setiap hari paper yang akan aku dok untuk final exam. Alhamdulillah ak grad dengan Anugerah Ketua Jabatan.
Slps tamat belajar macam-macam kerja aku apply. Kerja kilang aku pernah. Kerja sebagai pengasuh kanak-kanak pun pernah. Pembantu jurujual di kedai pakaian pun pernah. Ak pernah kerja sebagai tukang jahit kt sebuah kedai ni. Memandangkan aku ade kemahiran asas dlm jahitan kan dan kebetulan masa tu bulan Ramadan. Tak menang tangan nak menyiapkan tempahan dr customer. Dan mostly task aku ialah siapkn baju kebaya. baju kebaya ni jahitannye halus naik pecah-pecah jari jemari ak. Tak sempat siapkan di kedai aku bawak balik rumah sambung jahit Malam pulak. Nnt tak siap hampa customer kan dh la nak pakai pagi raya.huhuhu. lama kelamaan smpai aku rasa nk termuntah tengok Kain baju tak sanggup aku nk mengadap. aku sempat siapkan Jubah untuk mak Dan adik aku sebelum aku decide tuk berhenti menjadi pembantu tukang jahit. Sehingga aku jumpe kekuatan untuk Pegang mesin jahit semula. Mmg fobia ak dengan mesin jahit tuh.
Hari berganti hari akhirnye ak dpt tawaran kerja tetap sebagai juruteknik di KL. Juruteknik atau supervisor ni permulaan gaji memang rendah tambahan duk di KL pulak kan. Masa bukak Surat tawaran kerja tu mmg tak sangka langsung. Masa tu aku bukak depan mak ak. Terus ak salam dan peluk cium mak ak.. rase bersyukur sgt. Semua berkat doa mak dan keluarga ak. Hampir 3 bulan ak kerja dapatkn lagi tawaran sebagai penolong jurutera. Bincang dengan bos dan personally beliau galakkan ak terima tawaran tersebut Demi peningkatan kerjaya ak. Maka mmbawa diri aku ke selatan tanah air untuk lapor diri.berhijrah ak dr kmpg halaman di Perak ke KL hingga selatan.
Hampir setahun setengah aku kerja dan mula bosan sebab terlalu free hujung minggu. Aku pun apply Part time studies di UTM. Lagi pun ak teringat janji pada ayah ak. Dulu ayah ak suh aku smbg degree tp aku nak kerja dan cari pengalaman dulu. Aku kate kalo dpt kerja yg berkaitan ak akan sambung buat PJJ. Ini kalilah aku perlu mengotakan janji ak(sebagai pemangkin atau batu loncatan gitu). Setahun setengah yg pertama mmg aku fokus no repeat paper dan ambik semua subject penuh setiap semester. Start tahun ketiga aku dah mula rasa penat. Travelling every weekend, costing, mental and physically ak totally workout. I do some social life like hanging out with my friends. Go holiday, travel and do some outdoors activities. always keep remind to balanced myself between working and studies. Be healthy and make time for beloved familys and my life especially.
Dalam masa sama ak mencari semula identity. ak hilang fokus. Ak tak ada kepuasan dan ak tak sepenuhnye menjiwai perbelajaran ak. Bila ade test atau quiz br bukak buku. Dan ak sudah pandai dalam cubaan untuk meniru, haha. Ak celaru dan berlaku conflict identity dlm diri. Aku rindu zaman dip dulu. Aku tak mahu hanya melepaskn batuk di tangga sahaja. Some of my classmates said to me that I already had a good job so never mind about pointer that u will get .janji habis belajar dan grad!! First time aku mmg trpengaruh dan lama kelamaan aku terlalu penat dan nak berehat. Aku tangguh pngajian ak untuk setahun setengah sehinggalah aku betul-betul ready tuk sambung kuliah semula. Aku perlu mantapkn kekuatan Rohaniah dulu. Dan aku masih struggle sehingga kini.
Doakan ak supaya grad dgn ijazah yg berkualiti. Ak tak mahu sia-siakan 5thn tempoh pngajian tanpa dpt memanfaatkan ilmu tu kelak. Sebab ak percaya kepada keberkatan ilmu dan bagaimana Cara kita memanfaatkan masa yg kita luangkan sangat berkait rapat dengan rezeki yg akan Allah kurniakan. Sama konsep seperti bagaimana pengisian Rohaniah semasa dip ak di politeknik dulu. Dan ganjarannya aku mendapat dua tawaran keje tetap dalam bidang yang berkaitan.
Akhir kata aku mohon kemaafan jika tersasul dlm penulisan ak yang banyak kelemahan ni. Bukan maksud ak mengatakan semua yang mnganggur kt luar tu tak berkat semasa tempoh belajar dia dulu. Tidak sama sekali kerana rezeki setiap orang kan berbeza. Ak cuma ambik points which is related with my own life. My perspectives and just my two cents. Wassalam.
– – Ana, miss clumsy –
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit