Hi. Saya ada baca confession tentang suami house husband, (https://iiumc.com/suamiku-househusband/).
Actually, situasi kita sama. Sejak beberapa bulan ni, suami saya dah jadi fully house husband. The worst case is bila mana sebelum ini, saya dan suami ada buat loan peribadi secara berkongsi (atas nama saya).
Semasa beliau bekerja, dia tak pernah tak bayar loan part dia. Tapi sejak dia dah tak bekerja ni, dia dah tak bayar dan saya lah yang menanggung keseluruhan loan terasaebut.
Bukan setakat loan sahaja, komitmen rumah, api, air semua tanggungan saya. Gaji saya banyak, almost 6k per month. Tetapi gaji saya tidak dapat menampung seluruh komitmen ini termasuk loan terasebut.
Berbaki beberapa ratus sahaja untuk kelangsungan hidup. Itu pun tidak termasuk susu dan lampin pakai buang anak-anak.
Tak dinafikan, saya sangat stress. Bila saya fikirkan masa depan, jantung saya berdebar kuat. Apa yang paling saya risaukan adalah bagaimana saya nak membesarkan anak-anak dengan kehidupan macam ini.
So, untuk mengelakkan saya jadi “gila”, saya tak fikir. Saya just strive to survive in short term. Saya elakkan diri daripada berfikir soal masa depan.
Bukan masa depan tak penting, tapi saya rasa lebih penting untuk saya fikirkan strategi untuk survive dalam masa terdekat ni.
InshaAllah dalam tempoh 10 tahun, saya akan memperolehi freedom financial. 10 tahun itu bukan masa yang pendek. Justeru saya mengambil keputusan untuk tidak berfikir tentang itu.
Berkenaan suami pula, walaupun tidak bekerja, tetapi hal ehwal rumah tangga dan anak-anak dia lah yang urus. Kadang-kadang kalau bergaduh, akan terlepas juga la dari mulut saya ni tentang tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah.
Tapi jauh di sudut hati saya, saya redha buat masa ini menjadi “ketua keluarga” dan sentiasa doakan rezeki suami saya di murahkan dan di permudahkan.
Saya simpati pada suami. Saya tau kadang-kadang ego dia tercabar, dia juga stress tiada income sedangkan sebelum ni, dia ada pendapatan sendiri.
Saya positif sahaja. Saya yakin ada hikmah yang Allah nak tunjuk dan ajar pada saya.
Saya bekerja dengan ikhlas, saya ikhlaskan dan redha dengan apa yang saya lakukan pada keluarga saya. Saya ikhlas dan redha dengan tanggungjawab suami yang kini di bahu saya.
Saya cuma mohon doa dari semua, doakan rezeki saya dan suami di lancarkan, di permudahkan supaya anak-anak kami membesar dengan cukup dan sempurna, supaya kami dapat berbakti sebaiknya pada ibu bapa kami sementara mereka masih ada.
Aminnn ya rabbal alaminnn.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit