Fussy and Superior Customer

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika siarkan post ni. Maaf post ni agak panjang sebab memang dah lama pendam kot.

Nak mulakan cerita, ada sesiapa jual barang/servis? Mesti pernah jumpa customer yang lantang, superior dan fussy kan? Aku pun pernah. Biasanya kalau jumpa customer macam ni memang aku rajin sikit stalk FB dorang sebab saja nak tengok dorang ni jenis macam mana. Sekali tengok, fuh orangnya selalu post benda-benda keagamaan, nasihat-nasihat, aktiviti program seminar dan motivasi dan lain-lain. Nampak bagus kan bunyinya? Tapi kan, bila kau cuba berurusan dengan orang (hal-hal kerja ke, bisnes ke), baru kau tau perangai seseorang tu macam mana.

Selalu nak cepat, nak berkualiti, nak murah. Pastu suka push-push orang nak layan dia 24 jam. Jenis customer yang boleh buat kau rasa “Urghh takleh sabar ke? Dah la nak murah. Pastu suka push-push orang. Aku lebih rela hilang customer camni dari terpaksa nak layan dia mcm dia sorang je customer aku. Jenis tak berkira takpelah jugak.”

Yang lagi tak bestnya bila customer ni jenis mulut tak tapis (kalau mulut ada filter, aku masih tak kisah sangat nak layan) pastu jenis superior. Please, jangan rasa diri tu dah bagus sangat sampai nak rendah-rendah kan orang lain, lebih-lebih lagi dalam konteks bisnes. Dah lah nak murah, nak cepat, pastu nak berkualiti plak tu. Bila tak dapat, nak marah-marah sindir-sindir. Eh boleh ke macam tu?

Nak murah dan cepat? Takkan dapat berkualiti sebab dah kau nak cepat jadi faham-faham saja lah kerja nak cepat ni memang jatuh sikit kualiti. Mana ada orang buat rumah dalam masa seminggu tapi hasilnya rumah 2 tingkat cantik gila bagai nak rak. Hmm mungkin ada kot, tapi bayar MAHAL lah, bukan murah. Sebab nak bayar ramai pekerja yg bagus buat kerja cepat, pastu OT kerja 24 jam nak siapkan barang berkualiti kau tu. Ada fikir tak? Bila tak dapat, jangan nak perli-perli sindir-sindir.

Nak murah dan berkualiti? Takkan dapat cepat. Yalah, dah lah nak murah, lepas tu nak berkualiti. Kalau sanggup bayar mahal, boleh consider kot. Tapi sebab nak murah, haa kau tunggu je lah ikut masa penjual tu boleh buat barang kau jadi sampai kualiti. Biasanya memang akan ikut turn sampai turn kau lah. Bila tak dapat, jangan nak perli-perli sindir-sindir.

Nak berkualiti dan cepat? Takkan dapat murah. Yalah, barang urgent ni selalunya memang lah ada extra charge. Lepas tu nak berkualiti so extra charge lagi lah. Kalau tak sanggup bayar, tak payah minta nak kualiti dan cepat. Bila tak dapat, jangan nak perli-perli sindir-sindir.

Jadi kesimpulannya, antara 3 benda ni (MURAH, CEPAT, BERKUALITI) , kita boleh pilih 2 sahaja dengan penjual/supplier. Nak tiga-tiga? Bersedialah untuk dikecam (dalam hati atau pun secara terus-terang.)

Biarlah sebanyak mana pun pergi program motivasi, program kenali diri, program agama, tapi kalau kau tak boleh nak sabar dengan ujian berhadapan dengan orang yang tak capai standard dan expectation kau, siap kau marah-marah bagai sampai dah macam merendah-rendah kan orang tu tanpa kau cuba kenal pun kisah dan hidup orang tu mungkin orang tu ada masalah mental ke, minda slow ke, baik kau pergi buang dalam tong sampah saja segala program-program yang kau pernah pergi sebelum ni. Apa yang kau pelajari dari program-program tu semua? Padahal ada orang yang jarang pergi program-program macam tu, tapi tahu je hormat orang dan boleh tegur baik-baik.

Lebih sedih jika customer fussy dan superior tu sama jual barang/servis juga. Lebih-lebih lagi jual barang/servis berkaitan dengan keagamaan (contoh= buku-buku agama, barang-barang nak pergi umrah/haji, pakej umrah, makanan-makanan sunnah, dan lain-lain), tapi perangai macam tak tau lah nak kata apa. Secara tak langsung kau macam dah jatuhkan imej agama tu sendiri. Cuba jaga adab dan akhlak sikit. Memang lah media sosial kau boleh cover dengan post benda-benda baik, tapi malu lah sikit kat penjual/supplier yang berurusan dengan kau tu yang memang tahu perangai kau macam mana dan apa bisnes kau. Boleh jadi penjual/supplier tu ada potensi nak jadi customer kau, terus tak jadi nak beli dengan kau bila tahu perangai kau macam mana.

Yang peliknya, customer ni selalu repeat order, katanya sebab tempat aku ni rajin layan dia. Agaknya dah kena boikot dengan penjual/supplier lain kot sebab perangai dia. Tapi mental aku tak tahan nak layan dia sorang je.. Kalau aku bos, boleh lah aku elak kan saja customer macam ni memang lepas ni malas nak layan dah. Tapi sebab aku ni hanya kuli bos, kena lah hadap. Bos pula jenis yang nak sales dan jaga customer hati saja biarlah kena pijak pun. Sedih betul. Sabar lah duhai hati. Ujian, ujian..

Aku juga mohon kepada semua, biarlah kita sebagai pembeli atau pun penjual, mohon jagalah adab dan akhlak. JIka ada kesulitan, cuba untuk berbincang dan tegur secara baik, bukan terus main herdik lepas tu dengan cara merendah-rendah kan orang. In the end, kita semua duduk di muka bumi Allah ni dan kita semua hanyalah manusia yang lemah, Ada orang hebat, ada orang kurang hebat. Kita perlu kan sesama sendiri untuk tolong menolong hidup di muka bumi Allah ini. Jadi cuba lah rendahkan ego dan sifat superior tu, dan tanamkan lebih sifat sabar dalam diri kita. Nak tegur boleh, tapi cuba lah tegur elok-elok. Tak salah nak cakap benda yang betul, tapi biar cara baik, bukan cara macam menghina dan perli orang. Kita kalau boleh nak hidup nak ramai kawan ikhlas mendoakan kita, bukan ramai musuh yang kutuk kita dalam diam.

Jaga hubungan dengan Allah? Jaga dah kot. Jaga hubungan sesama manusia? Ini bukan dari segi konteks suka bersedekah atau menolong orang atau mesra orang saja, tapi macam mana kau handle seseorang bila masalah timbul contoh orang tu tak dapat nak puaskan hati kau, lebih-lebih lagi bila orang tu jenis yang memang hormat dan respect pelanggan tak guna kata-kata kasar dengan kau, cuma mungkin minda dia slow skit saja bab-bab kerja ni. Betul lah Nabi kata, sabar itu separuh daripada iman. Sabar menghadapi kerenah dan ragam orang. Tak semua orang boleh sabar kan? Tapi alangkah indah dan bagus nya jika hubungan dengan manusia pun baik, so complete dah hablum minallah hablum minannas (jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan sesama manusia)

Minta maaf jika post ni agak panjang dan kasar. Aku pun sebenarnya memang cuba sabar hadapi customer macam ni memang aku senyuuuuum je dengan dorang, cakap pun masih berkias walaupun hati aku dah menangis, cuma aku rasa aku perlu luahkan jadi izinkan aku luahkan secara umum di sini (yang aku rasa ramai juga ada pengalaman sama) tanpa sesiapa mengenali aku atau mengenali customer-customer aku tu.

Terima kasih dan mohon maaf.

– Sabariah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *