Manusia g4y atau lesbian ni sama je macam manusia biasa. Bezanya cuma ketertarikannya pada jantina yang sejenis.
Dorang tak patut didiskriminasi tapi perlu disantuni sama macam manusia lain. Jangan bantai saya dulu, tapi baca sampai habis.
Masalah g4y ni sumpah tak dapat dibendung sebab saya percaya ni adalah fitrah sebab saya adalah salah seorang daripadanya dan saya seorang lelaki. Saya percaya Allah itu maha hebat dan tiada kecacatan yang dilakukan oleh-Nya.
Khatamlah al-quran 100 kali pun, memang ini adalah sifat semula jadi yang tak boleh diubah sama seperti lelaki biasa yang mencintai wanita.
Saya tak ada sejarah yang melibatkan perkara g4y, yang banyak dikatakan oleh kajian bahawa sifat ini berasal dari sejarah childhood.
Saya sedar saya meminati sejenis sejak saya berumur 8 tahun walaupun tak pernah didedahkan pada apa-apa berkenaan g4y pada usia itu atau sebelumnya.
Bagaimana saya tahu? Saya seorang yang agak pintar dan waktu itu saya sudah merasakan perasaan yang berlainan apabila bersama lelaki dan perempuan.
Waktu di sekolah menengah, saya pernah menjadi mangsa kemahuan sejenis oleh orang dewasa. Saya berada di resort. Saya memohon bantuan daripada staf di sana dan ada staf yang lain menawarkan bantuan lalu diajaknya saya ke bilik untuk mengambil barang yang saya pinta.
Dan di situlah trauma saya bermula. Penulisan ini bukan bertujuan untuk menceritakan kisah hitam ini.
Back to the point,
Fitrah juga untuk menyayangi dan disayangi. Golongan g4y pun of course ada keinginan tersebut. Semua manusia ada. Cuma bezanya perkara itu mustahil untuk dilakukan di dunia.
Saya memang langsung takda nafsu pada perempuan. Buatlah apa-apa sekalipun memang langsung tak tertarik.
Cucuklah sebanyak mana hormon memang ia adalah mustahil untuk mengubah gender attraction saya. Dah sebati. Kalau boleh dilakukan hypnosis untuk buang keinginan ni, saya sanggup lakukan tapi ini hanya merosakkan diri saya.
Golongan g4y ini adalah antara mereka yang diuji dengan ujian yang sangat berat. Ujiannya di bahagian psikologi, bukan fisiologi. Ujian yang sangat-sangat berat. Ujian yang bercanggah dengan hukum alam.
Pada saya, tiada kesalahan atau dosa untuk ada perasaan pada sejenis, namun yang salah adalah menzahirkannya. Samalah macam lelaki biasa, ada rasa cinta pada perempuan tapi dia tak boleh zahirkan tanpa ikatan perkahwinan.
Tapi golongan g4y, korang hanyalah cukup ada perasaan saja. Kita kena kawal nafsu sampai mati. Ada ganjaran besar di akhirat nanti.
Disebabkan korang tak dapat kawal la, wujud stigma masyarakat pada kita. Golongan kaum nabi Luth dulu pun diazab sebab menzahirkan perasaanya. Mereka buat liwat. Mana ada Allah nak seksa orang yang ada perasaan pada orang lain sebab tu hanya kita dan Allah ja yang tahu.
Orang yang berzina pun akan diazab. Tak perlu nak heboh satu dunia kita ni g4y sebab benda tu bercanggah dengan hukum alam dan of course akan menyebabkan ketidakstabilan dan kegusaran pada masyarakat.
Dalam Islam, takda cara nak halalkan hubungan lelaki di dunia. Jadi bersabarlah sehingga kita sampai ke akhirat nanti. Besar pahala kita melawan nafsu kita. Di akhirat nanti, insya Allah kita akan sama macam orang lain.
Saya pasti ada hikmah di sebalik mengapa golongan g4y diciptakan. Ya, memang kita tak boleh ada anak kerana kita tak boleh berkahwin.
Tolong jangan gunakan perkahwinan untuk menutup rahsia keinginan kita. Kesian pasangan kita nanti. Kadang saya terfikir, harta saya siapa yang akan warisi?
Bila difikirkan balik, anak-anak yatim kan ramai? Mungkin kita dicipta untuk menyantuni mereka. Mereka juga ada takdir berbeza seperti kita.
Jadi kita sama-sama menyokong antara satu sama lain. Biarlah kita takda keturunan, kebaikan kita pada anak-anak yatim sudah tentu mulia di sisi Allah.
Untuk masyarakat di luar sana, tolong jangan sisihkan mereka jika mereka diketahui adalah g4y berilah sokongan. Mereka bukan celaru atau keliru, tapi itulah takdir mereka.
Saya bukan menyalahkan takdir namun membenarkan kewujudan takdir. Mereka perlu dipandu dengan agama bagi mengawal kemahuan songsang ini.
Untuk golongan g4y, jangan sokong gerakan g4y. Cukuplah Allah dan kita saja yang tahu ketertarikan ini. Teruskan perjuangan kehidupan korang semua dengan sabar. Saya sangat memahami korang. Sama-samalah kita kawal diri kita.
Jangan rosakkan orang lain demi kemahuan kita, sebagaimana ramai perempuan sudah rosak apabila lelaki menurut kemahuan nafsu mereka. Betullah kata Peribahasa Melayu, ikut rasa, binasa.
Allah itu Maha Berkuasa dan Adil. Dunia ini adalah penjara besar buat kita semua. Doakan saya juga. Saya perlu kuat dan korang juga perlu kuat.
Jika penulisan ini disiarkan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin. Semoga pengakuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan.
– Pejuang dunia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit