Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pakcik merasa terpanggil hendak bercerita kisah dan pengalaman hidup pakcik.
Baru-baru ini banyak pula pakcik terjumpa luahan di sini pasal suami g4y. Pakcik sangat memahami keadaan tersebut sebab pakcik pun antara g4y yang berkahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia sekarang ini.
Pakcik faham lelaki g4y ini, nalurinya itu memang beda-beda. Ada yang kuat, ada yang tidak. Ada yang boleh surut dengan berkahwin berkeluarga, dan ada jugak yang kok makin menjadi-jadi selepas sudah berkahwin.
Pakcik tidak berkehendak untuk hukum siapa-siapa. Cuma pakcik boleh katakan, itulah ujian dan kisah hidup setiap kita yang begitu pelbagai warna dan rencamnya. Seperti pelangi yang tidak satu warna, malahan semuanya tujuh warna biasan.
Pakcik sendiri sebelum kahwin memang g4y. Cuma zaman pakcik, tidak seperti zaman sekarang. Zaman sekarang ini, terbuka sungguh.
Zaman pakcik, istilah g4y ini pun begitu asing. Malahan tidak ada satu manusia yang waras dan sihat akal akan berani hendak mengaku bahawa dia itu g4y.
Begitulah kisah pakcik juga. Tidak ada sesiapa tahu, kecuali pakcik sendiri sahaja. Pakcik menulis ini untuk memberikan semangat kepada lelaki g4y di luar sana, yang ingin berubah dan ada hajat untuk berkeluarga secara halal dan sah pada sisi agama.
Pakcik tak bercadang nak menulis panjang, cuma pakcik nak tuliskan kat sini nasihat pakcik buat diri pakcik. Mungkin nasihat suri teladan ini bisa jugak menjadi sandaran pedoman kepada mereka yang seujian dengan pakcik.
Pertamanya, ikhlaskanlah niat untuk berkahwin dan berkeluarga. Ikhlaskan niat bahawa kita hendak berkeluarga, inginkan zuriat, demi susur galur keluarga dan akidah Islam.
Ikhlaskanlah niat bahawa kita tidak berkehendak ataupun berhajat kepada selain dari isteri kita yang mulia, wanita yang berkorban jiwa nyawanya mengandungkan keturunan dan melahirkannya pula ke muka dunia.
Dan ikhlas hati juga, kita tidak hendak zuriat itu rusak dengan akibat buruk-laku perbuatan kita yang sewajibnya menjadi ketua keluarga yang melindung dan memayung maruah isteri dan anak-anak.
Nasihat keduanya, putuskanlah segala hubungan dengan apa jugak yang bersangkutan dengan g4y itu, secara penuh dan tiadalah separuh-paruh, yakni secara mutlak.
Dengan makna tidak sekali-kali akan cuba untuk memuaskan nafsu g4y itu lagi dengan mencuba-cuba jalan yang batil itu, dan memasang tekad untuk putus segala apa yang menjurus ke arah perlakuan lamanya itu.
Tekad itu mesti dipegang kuat, barang terlepas tekadnya, dan dusta pula niat berkeluarganya, mustahil akan dapat lari lagi daripada kehidupan lama.
Nasihat ketiganya dan yang terakhir, sokongan dan dokongan. Jangan tidakkan bahawa diri kita amat perlu dan berhajat kepada sokongan daripada isteri, ibu bapak, dan rakan ikhlas yang akan membantu anda tetap tegak di jalan benar.
Tidak perlu mengumumkan kepada orang ramai, cukuplah memberitahu kepada mereka yang terpercaya dalam kalangan yang rapat, agar sokongan dan dokongan mereka terusan mendorong anda untuk tidak lagi menoleh kebelakang mengenang kisah lalu yang gelap.
Adapun tiga nasihat inilah, yang pakcik terus pegang, dan sehingga hari ini, pakcik masih hidup bahagia bersama keluarga pakcik dan anak-anak.
Pakcik tidak begitu pandai hendak menulis panjang, namun pakcik ini begitu besarlah harapan dan doa kudus, agar lelaki yang seujian dengan pakcik, kuat menghadapi ujian g4y ini.
Jika ada yang tidak mampu, maka pakcik begitu rendah hati, meminta agar tiadalah lagi cita-cita untuk berkahwin dan berkeluarga, sehinggalah betul-betul bersedia.
Kerana ianya boleh menjadi binasa, bukan hanya kepada diri kita, tetapi lebih parah, binasa impian dan hidup anak gadis yang lebih layak untuk mereka yang layak.
Sekian sahaja dahuluan daripada pakcik. Ampun dan maaf pakcik pohon atas salah bicara menyusun kata, mungkin terguris rasa siapa-siapa, namun saksikanlah, pakcik tidak mahukan lain melainkan yang terbaik untuk yang seujian dengan pakcik.
– Nasri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit