Gadis Anxiety Disorder

Assalamualaikum…. Tengok tajuk Pon korang mesti tahu kan…. Anxiety Disorder adalah salah Satu simptom Depression ( kemurungan)… Simptom ni sebenarnya dah lama wujud dalam diri aku. Tapi aku buat Tak tahu je… Sebab aku ingat apa yg aku alami adalah perkara biasa… Aku memang selalu nervous, risau, Dan selalu berfikir terhadap sesuatu perkara yang dianggap remeh atau kecil. Kadang-kadang tu aku punya Tahap risau sampaikan aku boleh menggigil, tangan Dan kaki jadi sejuk…

Beberapa Hari sebelum sambutan tahun baru… Aku ada buat Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS21)
Dan secara keseluruhan keputusannya Tahap kesihatan mental aku TAK NORMAL.

Aku search dekat google mengenai simptom2 yang aku alami… Melalui tanda2 tersebut…. Aku menghidap sindrom Anxiety Disorder..

Antara tanda-tanda Anxiety Disorder adalah:-
– Rasa panik
– Sukar tidur
-Tangan & kaki berpeluh
-Degup jantung Menjadi laju & tidak sekata. (Kalau aku baring mengiring telinga aku sendiri boleh dengar degup jantung tu. Itu adalah degupan jantung yg Tak baik)
-Tidak mampu duduk tenang
-Kaki & tangan jadi kebas.
-Loya
-Ketegangan otot
-Pening.

Antara punca anxiety disorder adalah:-

1. Masalah pada fungsi otak yang mengawal Rasa takut Dan lain-lain emosi. ( Boleh menyebabkan pesakit mengalami kurang tumpuan terhadap sesuatu perkara yg dilakukan serta Menjadi mudah pelupa)

2. Tekanan perasaan berpanjangan boleh mengubah Cara sel saraf otak menghantar maklumat kepada bahagian lain….

Anxiety Disorder adalah penyakit yang today boleh dicegah tapi hanya boleh dikawal.

1- kurangkan pengambilan Kopi, teh, minuman bergas Dan coklat.
2- minta nasihat doktor sebelum mendapatkan ubat di farmasi… Kebanyakan ubat mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan simptom anxiety.
3- dapatkan sokongan ataupun kaunseling jika selalu Rasa cemas atau takut secara tiba-tiba tanpa sebab yg jelas.

Buat Masa ni aku belum lagi mendapatkan ubat- ubatan dari farmasi tetapi aku Cuba untuk melakukan sesuatu seperti cipta hobi baru, membaca ataupun meluangkan Masa pergi Pantai untuk mengelakkan diri dari mengalami kesunyian….

Kepada anda diluar Sana yg mungkin mengalami anxiety disorder, jgn jauhkan diri dari masyarakat jgn Malu, jgn rasa rendah diri….banyak Cara yg boleh dilakukan untuk Mengatasi anxiety disorder….. Jumpa kaunselor Dan dapatkan nasihat daripada mereka.

– Syafinaz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit