Assalamualaikum readers sekalian. Terima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan confession saya. Salam perkenalan dari saya seorang gadis 20an. Saya masih belajar di sebuah IPTA terkemuka di Malaysia.
Berbalik kepada topik utama, saya merupakan seorang gadis berbulu lebat. Lebih tepat lagi bulu yang sangat lebat iaitu di tangan, kaki dan jugak badan.
Semasa saya masih baby, saya berkulit putih bersih dan berbulu roma halus dan sangat tidak kelihatan. Menginjak ke sekolah rendah, baru saya perasan tangan saya mulai ditumbuhi bulu roma halus. Mama saya selalu membelai tangan saya dengan losyen kerana beliau suka dgn bulu roma anaknya. Katanya cantik.
Kemudian, meningkat alam remaja, bulu roma saya makin lebat di sekitar tangan dan mulai tumbuh di kawasan peha dan betis. Saya fikirkan ianya normal tetapi saya lihat kawan-kawan sebaya tiada langsung fizikal macam saya. Jadi saya mulai rasa kerdil kerana saya tidak secantik mereka.
Hal ini kerana saya merupakan pelajar sekolah sukan dan tinggal di asrama bersama kawan2. Jadi faham-faham sahaja lah situasi di asrama bagaimana. Makan sekali, mandi sekali, main sekali, tidur sekali dan hampir ke semua aktiviti dilakukan bersama2 dengan mereka.
Kadang2 mereka ada jugak mempersoalkan fizikal saya yang agak berbulu tapi saya hanya menjawab kurniaan Tuhan. Maka mereka sudah lali untuk bertanyakan hal tersebut. Saya tahu mereka pasti geli akan fizikal saya. Manakan tidak mereka semua mempunyai kulit licin persis bayi. Walhal saya seperti seorang lelaki dewasa.
Long story short. Usia saya menginjak dan memasuki alam university. Masalah fizikal berbulu lebat semakin sampai kemuncaknya. Saya mulai mencuba pelbagai produk untuk membuang bulu seperti wawawax, prowax and macam2 lagi jenama.
Effectnya memang licin bahagian yang di wax tersebut. Namun seketika kemudian kulit saya mulai kemerahan dan kegatalan sekaligus membuatkan saya tidak selesa. Dalam tempoh 2-3 minggu, bulu mulai tumbuh.
Kata penjual product, bulu yang tumbuh akan lebih halus dan jarang tapi ianya bertentangan dengan apa yang berlaku kepada saya. Bulu baru yang tumbuh lebih kasar dan lebat sangat2 sehingga setiap pelusuk kulit saya ditumbuhi bulu. Saya sangat down dan kurang keyakinan diri. Oh ya, saya bercerita part kaki bukan part lain. Takut ada yang salah faham pulak.
Bermacam2 produk saya cuba tapi tak nampak hasilnya. Yang saya dapat hanya sakit. Betul lah orang cakap beauty is pain right? Then saya terus terusan guna product yang saya telah beli disebabkan taknak membazir.
Masuk tahun ini, dah lama saya stop daripada menggunakan produk tersebut. Keadaan bulu tu pulak makin teruk dan lebat seiras bulu kaki lelaki. Bezanya bulu kaki saya tidak kerinting. Sekarang saya cari alternative lain iaitu laser membuang bulu. Paling latest saya survey is Hairymary tapi saya sangat was-was akan effectnya. Adakah permanent or temporary?
Saya sekarang melangkah ke alam menamatkan zaman bujang. Maka disebabkan itu saya gusar sekiranya tidak dapat memuaskan bakal suami. Saya masih mencari alternative yang sesuai untuk menghilangkan segala bulu di badan saya.
Tujuan saya confess ini bukanlah untuk menunjukkan rasa kurang syukur atas kurniaan Tuhan ini tapi adakah baiknya sekiranya kita menjaga kebersihan sebolehnya. Sebagai seorang perempuan, saya jugak ingin tampil cantik seperti orang lain.
Jadi saya ingin bertanya, adakah masalah saya ini disebabkan genetik ataupun hormone saya more kepada lelaki?
Sekiranya genetik ianya sangat mustahil kerana parents saya tidak mempunyai fizikal sebegini. Dan sekiranya hormone saya lebih ke arah lelaki, saya tiada masalah dalam kitaran haid saya dan nafsu saya jugak tidak songsang. Keliru saya memikirkan masalah apa yang saya hadapi.
Sekian sahaja dari saya dan saya berharap pembaca sekalian dapat share pengalaman sekiranya anda jugak mempunyai masalah sebegini. Saya dengan lapang dada terima semua komen yang anda berikan. Doakan saya lebih confident untuk masa akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit