Gadis Biasa Mencuba Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum. Aku seorang gadis dalam 20 an. Tidak terlalu awal atau lewat. Aku student keluaran IPTS. Perwatakan aku agak clumsy dan funny. Dalam kalangan kawan2 aku nampak seolah bodoh2 cerdik. Keputusan setiap ujian hanyalah di middle. Tidak terlalu rendah atau trlalu tinggi.

Aku dilahirkan didalam keluarga yang broken. Mempunyai adik beradikyang ramai jugak. Selalu bergaduh dan konflik berpanjangan. Berendam air mata sudah biasa. Aku bukan anak sulong dan juga bukan anak bongsu. Dipertengahan jugak. Aku masih solo juga.

Apayang aku nak sampaikan nih brdasarkan pengalaman aku. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku sendiri. Semoga mnjadi tauladan kepada wanita2 diluar sana.

Sebagai gadisyang dilahirkan didalam keluarga penuh konflik, ibu aku ialah inspirasi akuu. Dia seorang ibu tunggal semenjak aku kecil. Banyak pahit manis yang telah ibu aku lalui sebagai ibu tunggal. Tanpa apa2 simpanan atau harta sebagai bekalan hari susah.

Aku juga melihat banyak kisah2 disekiling aku isteriyang kematian suami lalu disisih kan keluarga mentua, isteri yang diceraikan, isteri yang ditinggalkan dan kisah anak2 yang membesar dalam keluarga yang porak peranda. Semua kisah2 sedih ini berjalan dan berputar sepanjang aku membesar.

Jadinya sebagai mengambil langkah berjaga2 aku telah mengambil beberapa langkah untuk kebaikan Masa hadapan aku.

A) Semenjak diawal usia remaja aku telah berjinak2 mengumpul wang dan berjimat cermat. Aku bukanlah datang dari keluarga senang. Ibarat kata kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Alhamdullilah ketika kecil ramai pihak sudi membantu meringankan beban itu. Walau hakikatnya tidak mencukupi tetapi asalkan boleh teruskan hidup. Jadi disini aku jarang makan ketika rehat dikantin sekolah. Banyak masa rehat dihabiskan di perpustakaan.

Aku juga memasuki acara2 sekolah sama ada hadiah nya wang tunai atau barang2. Alhamdullilah mostly aku mendapat hadiah walaupun kadang bukan juara bukan juga peserta terakhir.

Jadi semua wang2 aku simpan. Dan pada akhir bulan aku akan bagi kepada ibuku untuk belanja. Tetapi ibu selalu menyuruh aku mnyimpan sahaja. Tetapi separuh dari wang aku belikan makanan untuk keluarga dan separuh aku simpan.

B) Oleh kerana sikap saving duit semenjak sekolah lagi, aku sudah biasa menabung ketika dialam universiti. Mengikat perut dan berlapar ketika kuliah dialam universiti sangatlah janggal.

Kuliah tidak tentu waktu. Tidak seperti ketika sekolah ada waktu rehat. Namun alhamdullilah, aku berjaya mnyimpan duit. Kawan2 aku tahu aku bukan dari keluarga senang. Ada yang murah hati berkongsi makanan.

C) Akhirnya aku menjengah ke alam pekerjaan setelah tamat belajar dan graduasi. Dan setelah agak lama menganggur aku mendapat pekerjaan walaupun bukan dari bidang yang aku pelajari.

Ya… dugaan ketika berkerja trsangalah berbeza. Tambah2 setelah memegang gaji sendiri. Semakin bertambah keinginan untuk melawa dan makan mewah.

Apa yang aku nak sampaikan brjimat cermat, menabung duit dan mngikat perut adalah perkara yang sangat payah untuk dilakukan jika tidak biasa. Kerana aku juga manusia biasa. Namun mestilah berpandukan akal fikiran yang waras.

Makanya sebagai seorang gadis yang belum mendirikan rumahtangga :

1) Aku selalu membaca bahan2 ilmiah. Dari buku bercetak sehinggalah buku digital. Dialam maya boleh dikatakan aku sudah mengelilingi dunia kerana aku telah menghabiskan waktu2 terluang dengan membaca segala jenis bahan bacaan.

Jika asyik baca genre yang sama bosan juga, oleh itu aku pelbagaikan bahan bacaan aku seperti sains, komik, novel, penyiasatan, politik, geografi dan sbgainya. Tidak ketinggalan aku jugak habiskan masa dngn membaca tulisan2 kewangan, hartanah, rumahtangga dan permasalahan syariah.

2) Selain itu, aku juga “follow ” dan menjadi “friends” di media sosial terhadap tulisan2 bermanfaat. Dari tulisan hartanah, politik side kerajaan & pembangkang, doktor2 kesihatan & swasta, rumahtangga, poligami, cikgu2, syariah, munakahat, individu2 seperti “Syed azmi” dan lain2.

Aku pelbagaikan bahan bacaan aku. Tidaklah bosan terikat dngn satu bacaan saja. Disini hobi aku sebagai membaca tidak lah Mahal. Tetapi ilmu yang aku perolehi sangat lah ternilai.

Oh, aku juga mengikuti perkembangan semasa sebagai “silent reader” di media sosial dari artis, usahawan, cheff, siaran2 tv dan lain2.

3) Dan memiliki kesedaran awal, aku juga join pelbagai kelas2 pjj masakan dari kek sehinggalah ke masakan. Aku tidaklah bergaji besar tetapi aku join setiap pjj sebulan satu atau dua kelas. Aku jugak mencari masa2 promosi untuk membeli kelas PJJ ini.

Sehingga hari ini aku telah join lebih dari 10 PJJ kelas. Dari berjinak2 sedikit kelas selama beberapa tahun sehingga lebih dari 10 kelas PJJ.

PJJ kelas ini ialah kelas resepi berbayar. Berbeza harga. Dari agak Mahal sehingga murah. Dalam PJJ biasanya cikgu2 akan ajar step by step untuk menghasilkan sesuatu masakan.

4) Oleh kerana bergaji tidaklah sebesar mana tetapi alhamdullilah. Aku boleh menyimpan duit setiap bulan walau kadang nya ada bocor juga. Aku sedang berusaha untuk menyimpan wang bagi 3 bulan gaji. Ini sebagai persediaan kecemasan.

5) Aku mempunyai back up plan seperti :

A) Cukup saving 3-6 bulan gaji.

B) Melabur dalam membeli gold bar dan emas, silver.

C) Melabur dalam TH, ASB.

D) Bayar Zakat.

E) Membeli hartanah.

Tetapi ekoran PKP aku teruskan saving duit sahaja. Kerana aku tidak tahu apa akan jadi di Masa akan datang.

6) Aku masih belum bertemu calon suami. Jadi sebagai seorang gadis aku persiapkan diri dengan ilmu2 rumahtangga, ibadah, kewangan.

7) Aku juga mempunyai back up plan jika ditakdirkan aku brtemu jodoh. Sentiasa ada plan A, plan B, plan C dan seterusnya.

8) Aku dikelilingi dengan kawan2 yang selalu update life diorang di media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain2.

Kadang2 aku juga cemburu terhadap kehidupan diorang namun aku bersyukur aku mempunyai keluarga yang makan minum pakai dan tempat berteduh yang baik walaupun hakikatnya porak peranda.

Aku jarang membuka laman sosial seperti Instagram kerana membuatkan aku sedih dan tidak bersyukur.

9) Aku tidaklah saving 100% gaji aku. Tetapi ada bahagian ibu aku, reward diri aku sendiri, keluarga aku dan untuk sedekah.

10) Aku bukanlah tidak pernah makan mewah atau berbelanja sakan. Pernah. Tetapi masih terkawal. Aku tidak mengemari makanan atau minuman manis dan berlemak. Aku juga bukanlah seorang gadis yang betul2 diet atau jaga badan. Tetapi cukuplah sekadar makan untuk hidup.

11) Ditempat kerja aku jarang makan kerana mengikat perut. Aku berpuasa atau tidur ketika lunch hours. Tetapi alhamdullilah rakan2 tempat kerja aku sangatlah pemurah. Hampir setiap hari ada saja makanan untuk diberikan kepada aku. Oleh itu, sedikit sebanyak dapatlah aku berjimat cermat.

Aku juga mempunyai kelebihan kerana tempat kerja aku dekat dengan rumah. Tetapi tidak lah dekat sangat cumanya boleh la dekat. Jadi aku hanya menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja.

12) Sebagai persediaan ke alam rumahtangga, aku sudah mempunya perancangan jika ditakdirkan menjadi full time housewife atau work mom.

13) Aku juga mempersiapkan diri dngn ilmu seperti kehamilan, perancangan keluarga, masalah2 syariah keluarga seperti Faraid, hibah, talak dan lain2, tips2 penyusuan bayi, tips2 ibu bekerjaya dan sebagainya.

Aku juga mengikuti perkembangan semasa bab2 penjagaan & pendidikan anak orang2 terkenal seperti Hanis zalikha, Sheikh muzaphar, dan beberapa lagi.

Tetapi aku tidaklah ambil bulat2 tips dari orang terkenal kerana rasanya mereka mempunyai pembantu rumah. Sangatlah berbeza dari ibu2 yang tidak mempunyai pembantu.

Tidak lupa juga ilmu2 agama. Selain melayari dan menonton filem korea lah Hindustan lah Tamil la semualah filem2 & drama2 aku juga menonton video2 agama seperti ceramah agama.

14) Aku bercakap mengenai pengalaman aku sekarang dan tidak mewakili mana2 pandangan. Cumanya sebagai wanita sepatutnya Kita mempunyai back up income dan planning jika terjadi apa2 di alam perkahwinan tidak lah Kita hilang punca.

15) Kawan2 seusia aku banyakyang sudah mendirikan rumahtangga. Kadang2 aku menjadi telinga kepada masalah2 diorang. Ada yang mengalami masalah kewangan, masalah dengan suami, masalah menguruskan rumahtangga, masalah2 lain di alam perkahwinan.

Perempuan selalunya hanya mahu didengari. Jadi aku cuba menjadi pendengar yang baik. Tidak mngkritik atau tidak mewakili pihak mana hanya sebagai pendengar. Kadang masalah diorang hanyalah kecil tetapi kerana tiada ilmu dan perancangan jadi cacamerba.

16) Reward diri aku tidak lah hadiah mahal2. Cukup hanya melakukan hobi2 yang aku suka. Kadang aku makan ayam gunting RM3 cukup sebagai rewards untuk diri sendiri. Kadang2 juga aku belikan makanan kegemaran family aku sudah cukup untuk reward diri aku. Rasa bahagia sangat.

Dan aku ialah gadis yang tiada apa2 harta sedang mencuba mencari arah untuk mengubah kisah hidup aku. Aku dibesarkan oleh seorang wanita hebat.

Aku mahu mengajak gadis diluar sana untuk mempunyai perancangan dan ilmu seawal mungkin. Mari Kita sama2 merubah keaadaan Kita sekarang.

– Gadis bahagia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *