AsalamualAikum dan salam sejahtera. Aku Gadis. Gadis yang dari remaja kuat berangan. Sekarang dah jadi remaja purba.
Aku di lahirkan di luar bandar. Dalam keluarga yang sederhana. Ayah petani. Mak surirumah. Zaman remaja aku sangat “Bersih”.
Zaman dahulu tak ada gajet macam sekarang. Yang ada cuma majalah. Itu pun majalah di perpustakaan desa atau perpustakaan sekolah.
Angan-angan ku berkisar tentang perihal apa yang aku tengok di dalam majalah. Aku tak boleh tengok tv. Kalau boleh tengok pun hanya berita semasa. Rancangan drama hiburan adalah dilarang sama sekali. Pernah lah jugak aku tengok. Jarang-jarang je ada peluang tu.
Ada satu hari aku tengok majalah siswa. Dalam majalah tu tunjuk gambar sebuah universiti di sabah yang di iktiraf sebagai universiti tercantik di asia.
Aku mula berangan. Aku dengan sebuah bagasi merantau jauh ke negeri bawah bayu. Belajar di universiti tercantik di asia. Masuk perpustakaan yang terbesar. Ada banyak buku2. Banyak majalah2. Aku berangan dengan sepenuh perasaan.
Kalau tak silap aku. Angan2 tu hampir seminggu jugak lah lekat di kepala aku. Masa tu aku tingkatan 4.
Sehinggalah 4 tahun kemudian. Aku di tawarkan untuk belajar di universiti itu. Selepas tamat stpm. Angan angan aku jadi kenyataan.
Aku tak berani ke bandar. Hidupku berkisar di sekitar kampung. Tapi dengan kuasa angan angan aku dengan berani melangkah ke universiti yang jauh di borneo seorang diri.
Sebelum ke universiti. Aku kerja sebagai tukang sapu di ofis syarikat cari gali minyak yang berhampiran kampung aku.
Kampung aku di pantai timur. Banyak ofis petronas di kawasan itu. Jadi masa aku kerja sementara tunggu result stpm. Aku berangan. Seronoknya kerja dekat kawasan oil and gas ni. Macam hebat lah kalau boleh keje dalam ofis.
Tiap kali pergi kerja. Aku akan berangan. Walaupun masa tu langsung tak nampak masa depan. Aku cuma berangan.
Dan 4 tahun kemudian. Aku cuba untuk mintak buat intern di salah sebuah syarikat vendor petronas. Dan aku di terima dengan bayaran elaun RM500 sebulan.
Pada zaman itu jumlah itu agak besar untuk student praktikal. Dan rezeki aku terus di serap masuk bekerja di syarikat itu. Angan2 aku tercapai.
Masa di universiti. Aku tak ada boyfriend. Tapi aku selalu berangan nak ada suami yang tinggi. Kacak. Boleh jaga aku.
Aku berangan lah kononnya ada lelaki tiba2 ajak aku kawin. Peluk aku. Belai aku. Masa ni dah mula rasa gatal. Maklumlah dekat universiti tu ramai student2 yang couple.
Aku je la tak laku. Tapi aku tak kisah pun. Sebab aku boleh je “Cipta” boyfriend dalam angan angan aku. Aku berangan yang aku kawin muda. Konon2 struggle sama2 untuk membina kehidupan. Chewahhh.
Masa aku intern dekat syarikat vendor petronas tu. Ada seorang staff tu kawan sekelas aku masa sekolah. Kami sekampung. Satu hari tu aku tumpang kereta dia. Aku percaya je kat dia sebab dia budak baik masa sekolah.
Masa dalam kereta tu tiba2 dia kata, “Aku rasa aku suka kau lah. Jom kawin” Aku ingat dia gurau.
Aku jawab lah, “Mari lah rumah aku. Bawak rombongan. Aku nak cincin tau”. Pastu aku gelak2. Dia diam je.
Masa cuti hujung minggu. Dia bawak mak ayah dia datang rumah aku. Siap bawak cincin merisik. Lepastu ayah dia cakap nak tunangkan kami. Tapi ayah aku pulak buat suprise. Ayah aku cakap. Tak payah tunang2. Nikah je terus.
Pendek cerita, 2 minggu kemudian kami nikah. Sewa pelamin harga RM150. Sembelih ayam 10 ekor jamu jiran2 makan. Settle.
Jadi di usia aku 23 tahun. Dah ada suami yang tinggi. Hensem. Dan memang kami struggle sebab dia gaji RM1000 sebulan dan aku gaji RM500(elaun). Sekali lagi angan2 aku jadi kenyataan.
Aku dengan suami aku kerja di tempat yang sama. Lepas aku di serap jadi staff permenent di syarikat tu. Gaji aku lagi tinggi dari suami aku.
Tapi tekanan keje aku mula tinggi setinggi gaji aku. Aku mula berangan. Nak keje yang santai2. Main dengan budak2. Tak berdepan dengan orang dewasa. Ada cuti yang panjang. Keje tak perlu ot sampai malam. Aku berangan nak jadi cikgu!
Aku berangan. Berangan. Dan tak sampai 3 bulan. Aku dipanggil untuk kursus pendidikan awal kanak-kanak dan akan di serap masuk sebagai cikgu di tabika di agensi kerajaan. Pada awalnya aku ragu2 sebab gaji yang di tawarkan lebih rendah dari gaji semasa.
Tapi suami aku nasihatkan aku untuk pergi sebab katanya kami tak boleh selamanya di bekerja di syarikat yang sama. Lepas berkursus.
Aku akhirnya mendapat gelaran “Cikgu” seperti yang aku angan-angankan. Kini hampir 14 tahun aku bekerja sebagai cikgu dan aku tak pernah berangan untuk menukar status pekerjaanku ini. Semasa awal2 bekerja sebagai cikgu.
Aku terpaksa berulang alik dari kampung aku ke tempat kerja yang agak jauh. Aku terpaksa bertolak seawal pagi. Masa ni aku dah ada seorang anak. Jadi aku terpaksa tinggalkan anak aku di kampung bersama ibu mertuaku. Di sebelah kelas ku.
Ada sebuah kuartes yang agak besar tapi kosong. Aku selalu berangan yang kuartes tu adalah rumah aku. Seronoknya kalau rumah tu milik aku. Dah lah besar.
Yang penting rumah tu dekat dengan tempat kerja. Tak perlu nak bertolak awal pagi. Jimat minyak. Anak boleh duduk di kelas aku saja. Hari2 aku tengok rumah tu dan berangan yang rumah tu adalah rumahku.
Dan 3 tahun kemudian.. Ketua jabatanku memanggilku naik ke pejabat. Dan menyerahkan surat tawaran menduduki kuarters di sebelah tempat kerjaku. Hampir aku pengsan masa tu sebab terlalu gembira.
Akhirnya kami pindah dan angan-angan ku sekali lagi menjadi kenyataan. Aku menjalani hidup yang sederhana bersama suami dan anak2 di kuartes.
Di kuartes tu aku dapat 2 lagi anak. Lelaki dan perempuan. Kuartes tu agak besar. Aku berada di tingkat 3. Dan tiada lift.
Aku mula berangan yang aku ada rumah sendiri biarpun kecil dan di atas tanah. Aku berangan yang rumah tiny house aku cantik. Ada dekorasi seperti dalam taman. Ada laman mini. Ada perabot2 minimalist.
Aku selalu tengok contoh2 rumah kecil yang ada laman yang menghijau di dalam facebook.
Selepas 7 tahun tinggal di kuartes. Dan hampir 2 tahun aku berangan. Suami aku tiba2 menyuarakan hasrat untuk membeli rumah. Aku bersetuju dan akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah semi d yang agak kecil tetapi ada laman yang sempurna.
Kini hampir 4 tahun kami di rumah ini. Dan aku secara beransur2 mendeko lama rumah kami dengan tanaman seperti di dalam facebook.
Angan2 ku kini menjadi nyata. Dan aku akan terus berangan sesuatu yang positif untuk hidup aku di masa-masa akan datang. Yang aku ceritakan itu antara angan- angan besar aku yang menjadi nyata.
Banyak sebenarya angan2 kecil ku yang menjadi nyata. Cuma kalu aku cerita sampai esok pun tak habis.
Terima kasih sudi baca kisah aku dan agan-angan ku. Selamat berangan semua. Semoga segala yang di angan angankan menjadi nyata.
– Gadis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit