Gadis In Delulu

Hai semua, hari ni aku nak confess perasaan aku. Temanya ringan-ringan sahaja. Asyik baca confession yang serius je kan.

Kisah aku ni macam ala-ala drama Korea haha. Kalau tak suka, tak apa. Boleh move on ke confession lain. Segment ni khas untuk mereka yang nak fangirling dengan aku yang delulu kekeke.

By the way, delulu tu adalah slang untuk delusional ya atau orang kuat perasan macam aku HAHA sedar diri rupanya nok.

Ceritanya begini, aku gadis biasa saja. Gadis nerd yang kerja nya belajar dan belajar. Tak pernah ada teman lelaki. Selepas graduate, aku bersungguh-sungguh mencari pekerjaan. Tiga bulan jugak lah aku menganggur.

Kemudian aku dapat satu interview kerja. Aku pun apa lagi, sangatlah excited. Berdebar jugak lah sebab ni interview pertama aku. Tapi aku rileks jelah kan. Dah sampai office, staff suruh masuk bilik meeting. Aku pun menunggu dengan penuh debar dan sabar.

Atas meja tu, terdapat laptop, dua tiga file dan botol air. Aku kira, ni mesti interviewer aku punya barang ni. (Ingat ya part ni, penting)

Kemudian, masuklah lelaki ni. Allahu Akhbar. Indahnya ciptaan Allah. Mak aih, hensem. Dia mintak maaf sebab lambat dan cepat-cepat mengemas meja nya. Headphone dekat leher dia letak tepi meja.

Okay bestie, aku ingatkan yang interviewer aku ni macam uncle2 tua. Sebab time aku intern dulu, yang interview aku pun mcm baya-baya uncle 40-an. Tapi yang ni, muda. Aku rasa lewat 20 an. Okay stop-stop. Fokus Intan. Fokus.

“Let me introduce myself. My name is Stanley. Nice to meet you. I’m one of the co-founder of this company. So our company is …” panjang lebar dia bercerita. Dan aku mendengar penuh khusyuk. Kemudian giliran dia pula bertanya soalan pada aku.

Aku memang dah practice semalam. Jadi jawapan yang keluar daripada mulut aku memang meluncur laju macam air terjun. Alhamdulillah, semua soalan dia, aku dapat jawab dengan cemerlang sampai si Stanley ni pun impressed.

Berkat selalu tengok TV Series orang putih, maka dapatlah aku bertutur lancar dalam bahasa inggeris.

Hujung interview, dia tanya ada apa- apa soalan tak. Haa, memang silap besar lah bos. Aku pun melemparkan soalan soalan padu yang aku memang dah kaji. Apa dia jawab pun, aku tak ingat. Hahaha.

Interview tu pun berakhir. Sepanjang 1 jam 15 minit tu, kami asyik bergelak ketawa saja. Aku pun tak faham, aku buat lawak sikit je. Dia punya gelak tu. Over naa. Hahaha Balik je rumah, terus dapat offer. Dahsyat kan. Thank you Ya Allah. Intan dah tak tanam anggur dah.

So, aku pun masuk office. Seronok ya dapat rasa laptop sendiri, monitor sendiri dan meja sendiri. Dulu intern, aku pinjam abang aku punya laptop je. Meja pun kosong je tak ada apa. Nah, selamat datang ke alam pekerjaan, bisik hati aku.

Okaylah, meja office kami lebih kurang bentuk 0. Aku duduk paling hujung sekali. Meja kiri ku kosong. Kemudian, Aku pun berkenalan dengan dua orang staf wanita yang duduk di bahagian kanan aku. Kita bagi nama P & S lah

P untuk Peramah manakala S untuk Shy Shy cat. Mereka berdua ni kawan baik daripada universiti. Intern di syarikat itu kemudian diserap masuk.

Waktu pukul 9:30, Stanley pun masuk office. Dia terus duduk di meja kosong tu. P dan S berpandangan sesama sendiri. Muka mereka sangat terkejut dan mereka ketawa kecil. Aku pun macam kebingungan. Bila Stanley pergi ke Pantry, aku pun mengambil kesempatan bertanya.

“Before this, boss tak pernah duduk sini. Dia duduk dalam bilik meeting tu je. Hari ni, tiba-tiba duduk semeja,” kata P separuh berbisik manakala S hanya menutup mulut sambil tersenyum. Patutlah sebelum ni aku ada nampak barang dia dalam bilik meeting tu.

Oh my god, you guys. Susahnya nak fokus sebab aku paling hujung, aku memang berhadapan dengan dia. Hensem nya. Aku rasa annoyed pulak kenapa mamat ni perfect sangat. Dia yang uruskan on boarding aku ke syarikat tu.

Korang, suara dia lembut sangat. Aku ni memang lemah lah lelaki soft spoken ni. Tapi, jangan berangan sangat. Dia memang lemah lembut dengan semua orang. S dengan P pun dia layan macam tu.

Bila ada antara kitaorang yang panggil nama dia, nanti dia akan jawab, “Yess….” Aduhai apa ni, dia punya sahutan lembut je macam girlfriend yang panggil. Masalahnya kenapa aku yang cair kat sini.

Okaylah fast forward , aku dengan dia ada kena pergi site. Lepas tu, time lunch. Aku baru sedar aku tak ada cash pun. So, aku cakaplah. “Stanley, I don’t have cash with me,”.

Dia pun dengan tenang membalas, “It’s okay. When you’re with me, you don’t have to bring your purse”. Aku pun macam.. Huh? Ambulance please, jantung aku ni dah parah sangat cair ni. Help-help. Dahsyat ea ayat dia ni.

Ada suatu ketika tu, office ada sambut birthday sorang staff ni. So kitaorang pergi lunch ramai2. So aku tumpang kereta Stanley. Dalam tu ada P & S jugak. Aku duduk belakang je. Pastu kitaorang pun tiba-tiba terbual pasal ideal type kan.

So aku pun puji lah sorang mamat kat tempat kerja kitaorg tu. Aku cakaplah,” If I have a daughter, I will marry her with him. He’s so kind. Play basketball, a musician and rajin pergi sembahyang,”

Semua dalam kereta ketawa terbahak-bahak mendengar gurauan aku. Kemudian Stanley pun berkata ” Why not me?” Lagilah bersahutan gelak ketawa tu. Aku sorang je yang tak ketawa sebab aku terkesima. Yelah, dah kenapa tiba-tiba dia mencelah.

“I play basketball too. I don’t know how to play any musical instrument but I can sing,” kata dia sambil ketawa. Aku pun kemudian berseloroh lah, “okaylah, can can,”. Kenapa ya macam ada nada cemburu tu dalam soalan stanley? Haa, nampak tak. Dah mula dah delulu aku ni.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku perasan, crush aku pada Stanley dan bertukar menjadi suka. Aku suka sangat keperibadian dia. Bijak berkata-kata. Lemah lembut tapi tegas bila bekerja, matang tetapi ada manja dia. Sangat gentleman bila dengan perempuan.

Bila aku buat kerja kan, dia selalu lalu lalang depan aku. Terlompat-lompat macam arnab kadang-kadang. Comel. Aku pernah tegur dia pasal perangai dia, dia kata dia anak bongsu. Jadi perangai tu melekat.

Haa, sejak aku tegur tu. Makin menjadi-jadi ya. Kadang-kadang lari masuk bilik meeting pastu buat bunyi vroom vroom. Sampai aku rasa dia buat tu sebab nak tarik perhatian aku. Haa, delulu lagi. Jangan salahkan aku. Salahkan Stanley. Haaaa.

Aku kan kalau berdua je dengan dia, kitaorang memang akan berbual non-stop. Jujur aku cakap, aku sangat selesa dengan dia. Sebab kami faham lawak jenaka masing-masing. Jadi kalau boleh, aku nak selalu je bertemu dengan dia.

Ada je discussion yang aku akan buat jadi meeting supaya dapat jumpa dia. Sebab endingnya, hujung meeting tu kitaorang akan berborak sampai terlebih waktu meeting. 

Dia pernah cakap dengan aku, “It’s always nice talking with you Intan” sambil tersenyum. Mata dia pun turut tersenyum macam eye smile. Lagilah nampak comel. Dia ni ada lesung pipit jugak tau. Tapi tak dalam sangat. So susah nak nampak.

Lepas tu, suara dia sedap. Bila dia humming, memang macam penyanyi je bunyi dia. Annoying kan? Satu-satu benda cool pasal dia keluar. Dahlah mamat, banyak sangat kelebihan kau ni.

Dua minggu lepas, office ada buat makan-makan. So, aku pun pergilah ke pantry untuk ambik makanan. Terserempak dengan dia. Lepas tu, kitaorang berbual kecil sambil Stanley ambik sudu dan garfu. Dia basuh dekat singki , lepas tu dia datang pada aku.

“Don’t stare too long at the food. It’s not gonna make you full. Here,” kata Stanley sambil menghulurkan sudu garfu tu. Apa siak? Kau ni act of service pulak. Aaahh, sweetnya. Kenapa boss aku ni sweet sangat? Orang lain kat situ, tak ada pula dia basuhkan sudu garfu.

Ada suatu hari tu, dia muncul dekat office pakai suit. Eh, ingat tak boleh hensem lagi, sekali boleh lah mat. Ni level 100 ni. Dengan pakai cermin mata nya lagi. Nampak smart sangat. Aku pun tak boleh renung mata dia lama-lama. Hahaha berdebar siot.

Bulan ini, aku pun sedar. Suka dah menjadi sayang. Bila staf lain dapat perhatian dia, dalam diam, aku cemburu. Tapi aku buat bodoh je. Tak nak layan perasaan tu sangat. Aku macam nak menangis, sebab aku tak nak sayang aku ni merebak.

Aku pun geram macam mana dia boleh dapatkan hati aku semudah ini. Masa study dulu, ramai je lelaki hensem. Kenapa mesti yang ni? Selama ni, semudah ABC je aku move on daripada crush-crush aku ni. Kenapa dengan dia ni susah sangat?

Aku sedar aku selalu curi-curi pandang dia. Yelah, rindu. Dia selalu dah tak ada dekat office.

Lately ni, mesti dia akan perasan aku terpandang dia. Resultnya, nanti kami akan berpandangan mata. Kadang-kadang aku larikan mata. Kadang-kadang aku senyum. Kadang-kadang aku sambung buat kerja macam tak ada apa.

Tapi minggu lepas, KANTOI BABE! Sampai dia tanya aku, “Yes Intan? Why are you looking at me ?”

Shit! Aku pun tersenyum malu, “Oh, nevermind”. Kata aku.

Aku pun memarahi diriku dalam hati. Okay, that’s it. Aku nak berhenti kerja haha Memang obvious sangat ni. Sejak haritu, aku memang dah yakin 100%, dia tahu aku suka dia. Korang faham tak betapa malunya aku?

Bila aku fikir balik, gerak geri aku, respon aku pada dia, senyuman aku pada dia memang obvious sangat yang aku menaruh perasaan pada dia.

Well, inilah resultnya bila kau tak pernah bercinta, lepas tu ada mamat sweet macam tu datang. Dia tak payah ketuk pintu, dia tembus je.

Aku tahu, keberangkalian untuk dia suka aku balik tu sangatlah tipis. Sebab berlainan agama, berlainan pangkat dan rupa. Dia tu 10/10. Dia petik jari je, sepuluh datang.

Aku ingatkan, akulah wanita yang lain daripada lain. Pernah tengok tak drama, hero dia hensem nak mati dan ada ramai peminat perempuan kan.

Haa, aku ingatkan akulah heroin yang tak peduli dengan hero tu. I’m not like the other girls gitew. Rupanya, akulah termasuk golongan peminat-peminat perempuan yang terkedek-kedek nak perhatian tu. Eeee tak sukanya. Geli.

Namun inilah hakikatnya. Suka aku dah bertukar sayang. Akulah insan yang lemah itu hahaha. Aku ni biasa-biasa je. Bergaya pun macam biasa je. Tak hebat macam influencer kat luar sana yang siap berblazer tu.

Aku rasa perempuan macam tulah layak untuk dia. Aku make up pun tidak. Setakat tinted lip balm tu, bolehlah. Bila aku tengok gadis2 cina kat luar sana, yang memang lawa, dress up tip top.

Aku selalu terdetik, I could never compete with these kind of girls. Obviously, ladies macam ni yang dia selalu akan nampak dalam circle dia.

So guys, I know. I kena stop kan delulu I ni. Eventhough dia single pun, it can never work. He’s out my league bruh. So azam aku, start November ni. Aku akan jauhkan diri. Bataskan pergaulan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tak pandang dia. Rindu macam mana pun, aku akan elakkan.

Aku sebenarnya banyak kali juga dah solat istikharah, tapi Allah belum menjawabnya. Tapi setiap kali solat, aku akan doa istikharah tu jugak.

Aku kena bertindak sekarang sebelum sayang tu menjadi cinta. Haa parah-parah. Sebab nanti, misal kata dia ada girlfriend ke, hati aku jugak yang sakit. Yang menangis dalam hujan tu nanti aku jugak.

Perit kan mencintai seseorang tetapi kita tahu ia takkan menjadi kenyataan? Sobs Sobs. Tengoklah, bila dah cukup setahun aku kat sini, mungkin aku cari kerja lain kot. 

Kalau korang berminat dengan cerita aku ni, mungkin aku akan update lagi. Adakah azam november aku berjaya atau tidak. Ada banyak jugak kisah sweet lain yang aku tak masukkan. Takut panjang sangat pulak confession ni nanti.

Moga-moga tiada staff office aku yang boleh cam aku.

Anyway, terima kasih baca. Moga terhibur.

– Intan Delulu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *