Gadis in Delulu III

Untuk part I, (https://iiumc.com/gadis-in-delulu/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/gadis-in-delulu-ii/).

Hi, apa khabar semua? Jemput baca, ringan-ringan sahaja tulisan aku ni.

Ini adalah sambungan daripada kisah ku yang lepas. Seronok korang ea baca cerita aku ni. Macam baca novel je gaya korang ni.

Actually, aku tak expect aku akan bagi update minggu ni. Tapi, kalau aku simpan cerita aku sampai disember nanti cerita aku jadi panjang sangat pulak. Al-maklumlah, setiap minggu. Ada je benda aku nak share kan. Intan kan kepoh sikit. Korang macam tak biasa je, hehe.

Ulasan 2 minggu pertama :

You guys. Azam November aku kan susah betullah nak buat. Aku rasa macam tak sampai hati. Sebab bila dia lalu lalang ke atau keluar masuk bilik meeting, kan dia akan selalu buat something cute sebab dia tahu aku akan pandang dia kan.

So, aku rasa bersalah bila tak pandang dia. Boleh nampak daripada ekor mata tu, dia check aku pandang dia ke tak. So after 2nd week of this so called Azam November, dia stop dah tayang2 diri dia.

Ada satu kali tu, dia pergi kat meja aku lepas tu nak bagitaulah dekat staf area meja aku yang petang nanti ada meeting.

Weh dia tak pandang pun muka aku weh. Padahal dia dekat sebelah aku je. Haa sedihnya. Macam seolah-olah, dia dah start menjauh sebab aku menjauh. Huwaaa.

Dia macam ni tau guys. Aku tak pernah kata dia suka aku. Let’s be clear. Tapi yang aku 100% confident is that he knows that I like him.

Maka itulah tujuan azam november. Untuk mengelak daripada pandang dia supaya taklah nampak obvious sangat aku suka dia.

Tapi aku rasa, macam aku dah kalah dalam game aku sendiri. Biar jelah aku yang menjauh. Yang kau pun nak menjauh kenapa Stanley? Hmm, but maybe this is for the best kan?

Anyway, dulu kitaorang ada pergi satu restoran melayu ni. Dia jual macam – macam makanan Kelantan termasuk Laksam. Aku tanya lah Stanley yang tengah khusyuk makan Laksam, “You first time makan sini ke?”.

Dia jawab,”No, I dah makan banyak kali. My friend introduce me to this kedai,”.

Encik Badrul (Boss lagi satu) yang kebetulan duduk di sebelah aku pun menyahut, “Oh, ex dia dulu pun Kelantan,” lepastu gelak besar. HAHA random doh En Badrul. Siapa pulak cakap pasal ex dekat meja makan.

Stanley masa tu muka dia macam nak cecah pinggan tu ya. Dia punya tunduk tu macam nak cium laksam tu. Lepas tu dia geleng-geleng. “No….No….No…” macam budak kecil. Sambil tu dia kuis-kuis laksam dalam mangkuk tu.

Alahai kesiannya Stanley. Macam heartbroken je. Awek kelantan mana yang buat hati dia macam ni.

Jom geng, kita selongkar siapa ex Stanley ni. Hahaha. Takdalah, aku pun tak pasti encik badrul bergurau je ke atau telling the truth. Tapi, yang pasti, memang ada something between this girl and him lah.

Korang nak tahu tak B (Bestfriend) cakap apa bila aku cerita pasal ex Stanley ni. “Malay jugak ke weh? Kalau malay… kau ada chance,” sambil tersengih kerang busuk. “Bongoklah kau ni. Apasal ke situ pulak?” Marah aku sambil ketawa.

Ulasan Minggu 3:

Okay, aku tarik balik. Stanley tak ignore aku hehe. After kitaorang meeting berdua, kembali seperti normal. Ni observation aku based on meetings aku dengan dia sepanjang aku kerja sini.

Aku perasan satu benda. Bila meeting tu, bukan berdua je. Perangai dia beza sikit. Dia still matang, memahami, kelakar, and vibe leader dia tu. Tapi, bila meeting berdua je dengan dia. Ada satu tambahan extra. Perangai comel dia.

Maksudnya dengan aku, dia macam selesa nak tunjuk kecomelan tu. Mungkin sebab aku pernah tegur dia dulu kot pasal benda ni. Nak aku citer tak macam mana aku tegur? Okay nanti aku citer jap. Tapi tulah, aku mula-mula macam tak berapa faham jugak.

Like satu hari di minggu ketiga november ni, aku desperately memang perlukan pertolongan dia. Tapi dia dalam bilik meeting, and dia sangat serius.

Aku selalu takut nak tegur bila dia dalam mood kerja dia. Muka dia macam garang tapi aku gigihkan diri jugaklah pergi ketuk pintu bilik tu. Pastu tunjuk muka seposen kat dia. Hahaha. So masa tu dia tengah pandang laptop kan, muka macam tengah stress kan.

Pastu bila angkat muka dan pandang muka aku. Terus bersinar ya mata tu. Mulut pun senyum. Aku pun lega gila. Okay green light. Padahal, mana pernah dia marah pun kalau ada orang yang ganggu dia.

So nak dipendekkan cerita, Stanley pun pergi ke meja aku. Lepas tu, dia tak duduk atas kerusi tapi posing dia macam orang nak propose tu. Sebelah kaki dia melutut, sebelah lagi menongkat badan dia. Lepastu, kepala dia, baring dekat tepi bucu meja aku sambil berlapikkan tangan dia.

Weh… Comel gila weh. Dia pandang aku macam tu. And time tu lah baru otak aku click. Ni bukan comel biasa, Stanley ni manja sebenarnya. So itulah dia term yang aku cari. Bila dengan aku, dia manja.

Ada satu masa tu, dia berdiri time meeting. Nampak macam budak tak boleh duduk diam. “Why are you standing?”tanya aku. Dia tersengih, “I’m so excited” kata dia dengan nada high pitched. Seriusly? Siapa yang excited macam ni time meeting?

Kemudian, bila dia dah penat, dia tarik kerusi tinggi, pastu duduk sambil goyang-goyang kaki. Aku tak pernah nampak dia buat perangai macam ni bila meeting dengan staf-staf lain.

I guess, dia selesa nak jadi budak-budak bila dengan aku? I don’t know lah. Tapi, bila meeting ramai-ramai, dia fokus lah. Tak ada perangai macam tu. He leads the meeting professionally as a co-founder.

Tapi haih, manja dia memang mencairkan lah. Please lah share jenama freezer apa aku patut pakai untuk keraskan hati aku balik ni.

Oh, okay pasal aku tegur dia cute tu kan. Masa tu baru sebulan kerja, tengah makan lunch. Dia duduk depan aku.

Pastu aku cakaplah, “Why are you so… like energetic and acting cute sometimes? You know.. running while making cute sounds or when you got confused, you tilt your head like a puppy,” kemudian kami ketawa serentak.

“Yeah, I don’t know. But I’m not the only one right? En Badrul also tilt his head when his confused,” Stanley cuba back up diri sendiri. Tapi aku layan jelah.

“Um.. Why you ask? Is it like..bad ?,” tanya Stanley kerisauan.

“Noo. No at all,” Aku geleng kepala berkeras menidakkannya.

“… It’s cute actually.., ” kata aku sambil pandang pinggan aku kemudian cepat-cepat aku suap mulut aku dengan makanan. Mulut aku masih tersenyum. Jujur, aku tak sangka aku berani puji dia macam tu. Oh well. Dan, itulah dia.

Sejak aku tegur tu, makin menjadi-jadi dia tayang kecomelan dia tu. Gitulah citer nya geng.

Anyway, after that meeting, dia dah kembali perangai tayang diri dia tu. So aku pun happy balik, tapi geng. Aku tetap mengawal mata aku okay. Tak pandang dia pun bila dia lalu. Buat bodoh je.

Oh ada satu masa tu, dia pergi meja kitaorang tapi dia ke arah P (Peramah). Gaya macam nak tanya soalan, aku terpandang kelibat dia lah kan.

Lepas tu, dia panggil P tapiiii tersebut nama aku HAHA “Intan, can you .. eh,” Apa lagi, aku, S dengan P pun ketawa besar lah kat situ. Pastu, dia tutup muka dia sambil tahan malu. Kemudian, dia meraup muka dia.

Hmm, aku jugak baru-baru ni perasan. Dia suka ulang balik apa yang aku cakap. Contoh ea, aku tak cakap bye. Aku cakap baiieyyyy~. So lepas beberapa kali aku cakap macam tu, dia ajuk aku balik. Baieeyyy.

Lepas tu, aku ada habit cakap, “Ahh, I see..,” haa, macam biasa. Dia ajuk balik. So apa2 trademark gaya percakapan aku. Dia akan tiru . Lain bulan, lain benda dia tiru. Gitulah citernya.

Oh yaaa, last but not least, haritu birthday aku, Heeeeeeeeeeee. Tapi jatuh on the weekends. Selalunya kalau weekday, company bolehlah sambut terus. Tapi sebab weekend, kiranya sambut after that lah.

So aku pun tak expect apa-apa lah. Aku pun cakap dengan diri sendiri. Aint no way he will remember. If dia remember pun, dia takkan mesej punya lah. Sebab ni cuti kan, Stanley takkan ganggu cuti staf dia. So kalau dia tak wish aku, aku memang tekad. Nak lupakan dia.

Yelah, if you like somebody, you will wish them happy birthday right? So, kalau dia tak cakap apa. Memang aku hanyalah staf sahaja di mata dia.

Makanya, aku pun sambut hari lahir ku dengan family aku malam sabtu tu dan ready menerima kekecewaan. And then suddenly, satu mesej masuk whatsapp aku.

“Happy birthday to you Intan! I will prepare the cake soon, haha”

Lahh, Stanley whatsapp aku? Serius lah? He doesn’t have to do that tau. Memang monday nya akan sambut pun. So aku pun macam dah berbunga sorang-sorang. Oh.. Kalau gitu, tak jadi lah nak lupakan perasaan ini.

Heeee, delulu sis continues. Hahaha, eh jangan kecam-kecam sangat. Kalau aku tak delulu, cerita ni tak bersambung ya. Kosong dan muram je nanti.

Okay sekian update untuk separuh bulan November. Jumpa lagi yaa. Chop chop. Kenapa ek gaya aku bercerita ni macam blog? Siap ada update untuk para pembaca. Perasan bebenor.

Apapun, terima kasih membaca ya geng. Komen-komen anda semua saya baca. Sayang korang semua. Muah.

– Intan Delulu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Tahniah tt! Comel dan lancar sangat cara penulisan.. sampai boleh bayangkan stp gerak-geri u guys. Hahaaa…

    Btw good for ur istikharah. Akan ada dua kemungkinan, jika tertulis itu jodoh mu pasti menjadi kenyataan. Alhamdulillah.. perkara yg paling dicintai Rasullullah bila membawa saudara baru mendalami Islam.

    Tp jika tidak pula, pasti ada hikmahNya yang lain. No worries to being delulu.. as long as berbatasan. Take care & good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *