Untuk part I, (https://iiumc.com/gadis-in-
Untuk part II, (https://iiumc.com/gadis-in-
Untuk part III, (https://iiumc.com/gadis-in-
Hai semua pembaca setia. Intan betul-betul hargai kasih sayang dan komen-komen yang kalian telah berikan.
Maaf sangat-sangat lama tiada sambungan. Lama Intan memikirkan apa yang perlu dikongsikan kepada pembaca.
Dengan sambungan ketiga yang lepas mendapat sambutan yang menggalakkan, Intan rasa pressure pula untuk berikan bacaan yang menghiburkan.
Tapi jujur, selepas azam november tu. Keadaan memang rasa lain sangat. Mula-mula terasa susah nak ignore dia, lama-lama Intan sendiri pun tak perasan kehadiran dia yang lalu lalang.
Intan betul-betul fokus dengan kerja intan sahaja. Dia pun mulai perasan kedinginan Intan.
Pada awalnya, dia yang terlompat-lompat dengan karenah mencuit hatinya, kini mula berjalan seperti biasa.
Dahulu dia akan melihat daripada ekor mata untuk memastikan sama ada Intan memerhatikan dia atau tak. Kini tidak lagi.
Tapi, ketika meeting bersama, kami tetap friendly with each other. Macam ada button ON OFF pula.
Anyway, haritu aku borak dengan B, kawan aku tu kan, lepas tu dia cakaplah.
“Intan, kau ni mesti blushing kan bila dengan Stanley?”
“Aku? Mana ada. Kenapa kau cakap macam tu?” Aku cuba nak ingat balik ada ke aku blushing. Rasa macam tak ada pun. Sebab blushing tu bila pipi rasa panas kan? Haa, so far tak ada lah.
“Intan, kau sedar tak? Bila kau ketawa, bila kau malu, muka kau mesti merah punya,” kata B sambil makan keropok. Santai je minah ni. Aku pulak macam in denial. Ya, muka aku memang boleh jadi merah. Tapi kalau cuaca panas ke atau teramat malu ke. Itu betul lah.
“Mana ada. . . Muka aku biasalah,” aku try defend diri aku lagi.
“Iye percayalah cakap aku. Sepanjang kau cerita pasal Stanley ni dekat aku. Bila kita ketawa sama-sama, muka kau merah lah. Macam pink-pink tu. Jap-jap. Kau tengok muka kau sekarang,” B pun bukak phone dia sambil tala camera depan ke muka aku. Tangan dia masih ada sisa sisa keropok tu.
“SHIT! SHIT! Seriuslah? Habis tu, selama ni, bila aku dengan dia, mesti lagi obvious kan? Aku selalu senyum dan ketawa bila dengan dia. B…. Mana aku nak sorok muka aku ni?” Aku tak tentu arah sambil menggoncang badan B ke depan ke belakang.
“B, jadi maksudnya, moment aku dengan dia sebelum ni, kalau ada yang aku tunduk malu tu. MUKA AKU MERAH KE?” Aku dah panik.
“Tak adalah merah sangat. Kau ni over lah. Sikit je. Eh, menyesal pulak aku cakap benda ni dekat kau,”
“Bbbbbbbbb… ” Aku terus terbaring di atas kerusi. Lama aku mendiamkan diri.
“Nama aku…bukan intan dah. Aku nak tukar identiti aku. Esok aku berangkat daripada Malaysia,” macam biasalah aku dengan sifat dramatik aku ni. Tapi B hanya ketawakan aku.
Geng, tak tahulah nak tulis apa. Aku ni punya lah beriya act cool. Tapi kulit muka aku mengkhianati aku. Hahaha. Okay.
Sekadar nak bagi bayangan. Aku ni tak adalah cerah mana pun. Biasa je. Tangan aku ni pun tan sebab selalu berjemur angkat baju.
Kalau compare tangan aku dengan Stanley, dia lagi cerahlah daripada aku sebab kulit orang Cina. Tapi aku percaya, all color is beautiful. That’s why, skincare aku sekarang focus glowing and flawless je.
Dulu ya, aku percaya makin cerah mesti makin cantik. But, now mindset tu dah berubah. So pembaca sayang, sayangi warna kulit anda. You are enough <3.
Cakap pasal fizikal, ada yang mintak aku describe kami kan. Hmm, aku tak tinggi. Itu pasti. Kepala aku memang paras bahu Stanley je. Stanley pun bolehlah tahan tinggi. 175cm I think?
Ada yang cakap diaorang terbayang Alvin Chong lah, Sean Lee lah. Sila kan bestie. Bayangkan yang indah-indah. Hahaha. Kalau mamat tu senyum ada eye smile. Haa, macam stanley lah tu.
Office aku ni, ada Dart tau. So kadang-kadang bila stress, mereka akan main baling-baling dart. Disebabkan semua orang dalam office ni, tinggi 160cm ke atas kecuali aku, dart board tu agak tinggi ya.
Jadi, one day. Stanley main dart tu. Pastu aku pun tengok dia main lah. Focus weh dia main, semua balingan hampir tepat ke sasaran.
“Intan, you wanna try?” Stanley offer.
“No.. Kalau I baling, dia jatuh. Itu takpa, I boleh kutip. Kalau dia melekat macam ni,” kata aku lalu berjalan ke arah dart board tu. Tangan aku cuba mencapai dart yang sudah terbenam ke dalam board.
“Memang confirm tak boleh ambik punya,” kata aku sambil ketawa. Pastu aku cubalah melompat berkali-kali nak capai dart tu, tapi failed. Stanley ketawa kecil tengok gelagat aku.
“It’s okay. I boleh ambikkan untuk you,”seloroh dia. Aku pun turut gelak bersama dia. Sweet pulak.
Birthday aku, kami ramai-ramai makan dekat restoran steamboat tu. Nothing out of extra ordinary pun celebration tu. Just us having fun hanging out. Time nak order makanan tu, dia ajak aku ke kaunter. “Intan, let’s order together,”ujar Stanley. Aku pun ikutlah.
Hmm, crush ajak order sama2. Siapa je yang tak berbunga. Dan bermeeting lah kami di kaunter tu melihat menu-menu.
Sampai di meja, dia duduk di depan aku. Lepastu, kami teruskan berbual dengan pekerja lain.
————
January 2024
Masa tu, aku tengah meeting dengan stanley. Dia nampak comel sangat pakai baju hoodie hitam. Habis berdiskusi tu, dia memandang aku sambil tersenyum.
Dan pada waktu itu, aku terkesima sebab baru kali ni aku perasan yang rupanya dia mempunyai 2 lesung pipit. Pastu, aku pun spontan memuji dia.
“Comelnya you ni. Senyum macam tu,” aku membalas senyuman Stanley. Mendengar pujian aku, Stanley membulatkan mata langsung tersenyum kembali. Dia tergelak kecil menyembunyikan rasa malu tu.
Entah kenapa, spontan dia menarik lengan bajunya untuk menutupi lengan nya. Kini, yang boleh aku nampak jari jemari nya sahaja.
“Lah pulak. Lagi comel buat macam ni. Sejuk ke dalam bilik ni,”aku berkata di dalam hati. Macam perempuan pakai hoodie pulak. Pernah tgk tak muslimah yang suka pakai baju baggy kan, pastu lengan tu diaorg kasi melurut sampai ke jari-jari tangan. Comelkan?
“Okay.. So Intan. Um..,” Stanley cuba mencari kata lagi. Aku pulak yang tergelak kecil melihat telatah dia.
“I’m sorry… Suddenly, my brain…is blank. And… I talked so.. Slow too. Haha,” dia tergelak sambil mengaru kepalanya.
Kami berdua sambung ketawa malu-malu. Haa indah ya kan seketika.
Tak lama selepas tu, aku dapat tahu Annual dinner akan di adakan. Kemudian, aku terdengar Stanley sedang berbual dengan staf mengenai jumlah orang yang datang.
“Ramainya yang datang. Kita tak ramai kan,” kata seorang staf lelaki.
“Mestilah. Encik badrul bawak wife dia. Staff Admin and HR bawak husband,” kata Stanley.
“I pun bawak girlfriend I,” sambung Stanley lagi.
Zupp. Jantung aku terhenti seketika. Perkara yang paling aku tak sangka sekali. Dia dah berpunya dah? Selama ini? Otak aku terus mengimbau memori-memori Stanley. Ah, of course. Lelaki perfect macam dia mestilah dah berpunya.
Aku tersenyum pahit sendirian. Aku betul-betul tak sangka. Perjalanan balik ke rumah tu, aku drive tapi otak aku memikirkan dia. Aku sedih tapi aku tak menangis. Aku just macam oh dia dah ada girlfriend, okay.
Aku pun call B dan cerita dekat dia, dia pun cakap, “Takpalah, pengalaman yang menghiburkan. Sudah sampainya kau crush dengan lelaki lain pulak,” kata dia sambil tergelak.
Dengar citer, perhubungan mereka masih awal sebab Encik Badrul pun tidak tahu menahu. Selalunya, dia orang pertama tahu. Tak dapatlah Encik Badrul mengejek dia gay lepas ni nampaknya haha.
Hari Annual Dinner tu, aku jadi tak sabar nak tengok kekasih Stanley. Ya Allah korang, dia sangat cantik. Aku rasa macam dia chindian.
Tetapi korang, dialah perempuan yang aku rasa secocok dengan dia. Stanley memang boleh bangga lah tayang dia pergi mana-mana company annual lunch ke dinner ke. Pemakaian dia, makeup dia, rambut dia. Everything about her is perfect.
Untuk seketika, aku tumpang gembira untuk Stanley. Aku makan dekat situ macam tak ingat dunia dan sikit pun aku tak pandang Stanley.
Lepas tu, tiba-tiba Stanley duduk depan aku. Stanley cuba berbual dengan kami di meja tu. Aku pun melayan dia seperti biasa. Takkanlah nak obvious kan tunjuk yang aku tengah cemburu sebenarnya.
Balik tu, aku cepat-cepat undur diri ke lift. Lama jugak tunggu sebab memang dah ada ramai orang beratur. Elok je aku dah masuk lift dan pintu hampir tertutup. Ada tangan yang menghalang pintu tu. Stanley rupanya. Aish, kenapalah dalam ramai-ramai orang, mesti dia.
Kami tetap bergurau seketika dalam lift seperti biasa dan kemudian apabila sampai ke ground floor. Mereka berdua keluar.
Kini, aku berjalan di belakang mereka dengan jarak jauh. Aku berbual dengan staff yang lain tapi mata aku terkunci memandang Stanley dan kekasihnya. Stanley tersenyum memandang kekasihnya. Kekasihnya lalu terus menggenggam erat tangan Stanley.
Balik tu, aku terus masuk bilik. Aku terus menangis semahunya sebab rasanya terlalu sakit. Wait, aku ingatkan tak sedih. Tapi kenapa aku menangis sekarang ni? Sebab reality hit ke? Sebab aku bandingkan diri aku dengan dia ke?
Ya, semuanya betul pada persoalan ini. Mata aku bengkak gila dan kepala aku pening. Why would I think I have the chance? I’m not even half as pretty. Hmm, lagu heather by Conan Grey betul-betul menusuk ke jantung aku ya. Korang pergi lah dengar, sedap tau lagu dia.
At the same time, aku rasa marah. Kenapa kau layan aku macam ni sedangkan kau dah ada girlfriend. Aku jadi menyampah dengan Stanley.
Anyway, that was like 3 weeks ago. Intan now is feeling so much better. Terima kasih atas azam November tu, laju je aku sembuh. Aku dah tak heran dah pasal dia and aku fokus buat benda yang aku suka iaitu kerja aku.
Bila setiap kali Stanley tunjukkan aegyo (acting cute) dia tu, sikit pun aku tak cair dah. Aku just pandang dia sebelah mata dan layan dia macam mana aku layan lelaki lain.
Aku pun dah tak marah dekat dia. Actually, I am grateful. Terima kasih sebab hadirkan rasa berbunga ni. Dah lama tak rasa. Terima kasih juga sebab tunjukkan apa yang aku cari sebenarnya dalam lelaki.
Since aku tak pernah ada bf, aku tak tahu apa aku nak. Tetapi melalui dia, aku tahu aku sebenarnya tertarik dengan lelaki yang macam mana dan tahu Green flag apa yang aku cari dalam seseorang.
Yang paling penting, aku tahu aku nak bersama dengan lelaki yang takkan pernah buat aku persoalkan diri aku. On a scale from 1 to 10, i want someone that will make me feel like i am an Eleven. Yang mampu menerima kekurangan aku dan mampu menolong aku menerima kekurangan aku juga.
Adakah aku akan stay dekat company ni? Of course buat masa sekarang. Ilmu yang aku dapat sangat banyak. Bonus pun sama, hehe. Dan aku pun sedang aim kenaikan pangkat. Doakan aku ya geng.
Apapun, aku nak minta maaf sebab tak dapat nak beri ending yang korang mahukan. Dunia ni tak macam novel. Novel itu hiburan sedangkan kehidupan aku ni, realiti yang sebenar.
Tapi, aku tetap anggap pengakhiran cerita ni adalah suatu happy ending. Sebab aku tetap jumpa someone yang aku akan sayang dan raihkan everyday… which is me.
I love myself. I will make sure Intan will have a good life. Intan is good enough. You are worthy of the love you keep trying to give everyone else.
Pada awal nya aku berjinak-jinak menjaga keterampilan diri dengan memakai outfit kerja yang lawa dan mula mempunyai skincare routine yang nice hanya untuk menjaga pandangan manusia di luar sana.
Tapi kini, aku sedar. Yang aku sudah mula enjoy buat ni untuk diri aku sendiri. Bila korang sayangkan sesuatu, korang jaga bagai menatang minyak yang penuh kan? Haa macam tulah aku.
Aku asyik terfikir produk apa yang boleh buat Intan lagi sihat dan cantik. Baju apa yang Intan pakai akan buat dia lagi happy.
Hujung minggu ni, aktiviti riadah apa yang Intan boleh buat bersama keluarga. Semuanya aku lakukan kerana Intan. Sebab aku sayang dia. Kalau bukan aku yang jaga dia, siapa lagi?
What a journey am I right? Aku asyik teringin mendambakan lelaki sedangkan I am the prince I’m looking for. So yeah, this is the ending guys. I found myself.
Korang pulak macam mana? I hope yes or on the way okay? Aku tahu susah kadang-kadang nak self love but that little girl need someone to take care of her.
Akhir kata, thank you para pembaca semua kerana setia bersama dengan Intan. Intan doakan semoga kehidupan kalian dirahmati Allah S.W.T setiap hari. Intan akan rindukan kalian.
Intan promise if I have a boyfriend ke atau suami in the future, Intan akan cerita semua daripada A-Z macam mana kisahnya nanti ya. Tapi tak tahulah bila, 2/3 tahun lagi? Hahaha.
Apa pun sampai disini sahaja. Take care everybody. Stay positive and spread love <3 Assalamualaikum wrt. wbt.
– Intan Delulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
its okey intan.. one day u will be found your right man.. sending love.. hehehe
Aaaminn , received your love and bounce it twice Bang Bang <3 <3
♡⸜(˃ ᵕ ˂ )⸝
Hai Intan. saya suka baca cerita i-iv. santai dan menarik. Sekadar nak berpesan sebab awak belum ada pengalaman bercinta kan. Jangan cepat berbunga hati jika ada lelaki yang layan baik, soft spoken, handsome, tinggi. Zaman sekarang ni jangan terlalu jatuh hati. Ex husband saya dulu memang ada semua ciri idaman wanita . Tinggi lebih 180 cm, bergaya, rambut style, kerja bagus, belajar tinggi, soft spoken, layan baik sangat, tak merokok tak minum , berkulit cerah ,sembahyang tak tinggal , terima saya seadanya. Rupanya gay. Nikah dengan saya untuk mengaburi mata masyarakat.
Baik terima kasih awak <3. Actually, ramai orang ingat kalau belum ada bf, maksudnya akan naif dan cepat jatuh cinta. Tak tahulah orang lain, tapi pada Intan it's the opposite. Saya jadi sangat memilih dan standard saya tinggi. Sebab risau kan jadi apa2. That's why umur 27 tahun pun, masih single. I truly take my time when it comes to choosing a husband :)
Hmm, berat nya ujian awak. Moga awk cekal dan Allah bantu awak hadapi masalah2 dalam hidup awak ya. Stay strong babe.
Ishhh kenapa lah i rasa kita boleh jadi kawan baik if kenal in real life since dari gaya cerita pun i boleh hype dengan u! Hahahaha. Intan! Sokayyy Stanley ada gf but i stan you! We gurlsss run the world, apa yg matter we fall in love and we still love ourself ❤️
ahaha thank you! I pun actually happy sangat yang pembaca boleh vibe and feel instant connection. Bila baca komen macam you, I pun rasa kita boleh hangout tau. weee anyway, thank you untuk kata-kata semangat. Correct, we are the bosses of ourselves. We are the ones who decide how our life can be, whether it’s positive or negative. ❀ So, kita enjoy je. ❀
best nyaa kalau ada bestfriend mcm Intan!!!! goodluck sisterrr!
aww sweet sangat ni. Thank you. Take cara yaa <3