Gadis Kaya Menjadi Isteri Miskin

Assalamualaikum. Aku seorang isteri berumur 27 tahun. Aku baru saja habis pengajian degree tahun lepas. Seusai tamat degree aku ada bekerja selama beberapa bulan sebelum bertemu jodoh dan berkahwin.

Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Kami adik beradik perempuan saja dan hanya aku baru berumah tangga. Aku sudah berumah tangga tahun lepas. Disini aku mahu Minta pendapat kalian sebagai isteri. Aku buntu sekarang.

Sebelum berkahwin, aku membesar didalam keluarga yang agak senang.Apa saja yang aku request mudah sangat ibubapa aku penuhi. Kereta? Baju? Alat make up? Katakan apa saja. Semua mudah.

Aku bukanlah anak manja tetapi whatever aku dan adik beradik aku mahu semua dipenuhi. Setiap hujung minggu parents kitaorang makan dinner diluar bersama2.

Sememangnya life semasa bujang sangatlah bahagia. Mahu makan apa2 just order. Lazada, zalora? Itu sudah menjadi port shopping aku.

Kehidupan aku selepas berumahtangga berumah 360°. Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami aku juga nampak have2.

Tetapi selepas berkahwin kehidupan aku tidak seperti diimpikan. Aku berhenti kerja beberapa bulan selepas berkahwin kerana mengikut suami dan tinggal berjauhan dari keluarga aku.

Diawal perkahwinan Kami hidup boros. Tak terlintas untuk simpanan apa2 pun. Apa saja aku mahu semua dipenuhi. Baju? Food hunter? Bercuti hujung minggu? Semua dipenuhi. Setiap detik manis aku update di laman sosial aku. Ramai rakan2 yang jeles dengan life baru aku.

Namun beberapa bulan selepas itu, fasa gawat melanda aku dan suami.Ketika ini struggle juga. Bil2, rumah sewa, kereta, loan kahwin semua perlu dijelaskan.

Suami aku have2 orangnya. Kerjanya dan pendapatannya stabil. Dia seorang yang romantis dan penyayang.

Namun, dia juga manusia biasa. Dia mempunyai masalah tidak pandai menguruskan hal kewangan dan pantang ditegur. Sebagai isteri akulah yang banyak mengalah. Namun aku juga manusia biasa.

Selepas hidup bersama. Baru aku mengenali suami aku yang sebenar. Aku mempunyai nafsu yang tinggi untuk shopping, food hunter dan lain lain.

Tetapi atas dasar suami sibuk kerja semua pergerakan aku terbatas. Aku tidak bekerja dan tiada wang. Hatta wang simpanan atau backup income pun aku tidak ada.

Sebagai isteri aku juga mahukan baju baharu, rantai emas, keperluan diri yang up to date. Semenjak aku berkahwin jarang sekali suami aku belikan pakaian terhadap aku. Apa saja makanan aku craving tidak tertunai.

Suami aku sering memberi alasan remeh temeh jika aku meminta untuk dibelikan apa2. Suami aku hanya lengkapkan keperluan. Tetapi tidak kehendak aku.

Kini aku sedang mengandung, around 2 smester. Baju2 ibu hamil pun aku tidak mampu beli. Hanya memakai apa yang ada.

Suami aku sedang mengalami kegawatan ekonomi ditempat kerjanya. Aku tidak tahu sama ada gaji suami aku dipotong atau tidak. Tetapi ia memberi impak kepada ekonomi keluarga kecil aku ini.

Jika dahulu pakaian aku mencecah RM200 ke atas. Kini baju2 aku hanya mampu bawah harga itu. Dahulu aku mampu food hunter. Kini tidak lagi. Makan sekadar mengalas perut lapar.

Aku juga sudah mula memasak dirumah. Tetapi kelengkapan memasak sering tidak mencukupi. Dalam keadaan aku berada diawal kehamilan aku tidak mampu untuk membeli vitamin2 atau persediaan ibu mengandung. Kini fokus Kami berdua hanya kepada anak.

Baju2 anak telah dibelikan tetapi hanya sekadar mencukupi dan hanya harga murah2. Aku tidak tahu apakah nasib aku.

Dahulu aku impikan ketika hamil, makan makanan berkhasiat lah mempunyai baju2 wanita hamil dan mempunyai kelengkapan bayi secukupnya. Tetapi semua itu musnah.

Kadang aku menangis sendirian. Aku mahu menceritakan masalah aku kepada rakan2 aku. Tetapi mereka juga dari circle yang have2 seperti aku dahulu.

Aku tidak yakin mereka memahami. Aku tidak meminta wang atau menceritakan masalah aku kepada parents aku kerana menjaga maruah suami aku.

Aku mahu berniaga online dan membuat kuih untuk dijual tetapi aku tidak pandai membuat kuih dan tidak pandai marketing online. Ditambah dengan keadaan aku yang sedang sarat membuatkan pergerakkan aku terbatas.

Aku sangat rindukan kehidupan bujang aku. Apakah yang sepatutnya aku lakukan sebagai isteri?

– Maisarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *