Gadis LGBT

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siar confess saya. Saya A, berasal dari negeri P, dan ini kisah saya.

Kisah pahit saya bermula ketika saya 5 tahun, arwah mak pergi dijemput Ilahi. Saya dan adik beradik saya dijaga oleh nenek dan ibu saudara, adik kepada ayah saya. Nenek saya merupakan orang yang sangat2 menjaga status dan darjatnya so arwah mak bukanlah menantu pilihan dia. Jadinya, kami adik beradik selalu menjadi tempat dia dan mak cik melepaskan rasa mereka. Kena pukul, kena herdik, kena caci, dihina tu dah jadi perkara biasa untuk kami.

Dirumah nenek, mak cik saya ada seorang anak angkat, lelaki, tua setahun je dari saya. Nasib dia dengan kami lebih kurang je. Ketika umur aku 7 tahun, lepas ayah kahwin lain, mak cik mula menyuruh anak angkat dia membogelkan saya setiap kali lepas saya mandi. Kadang2 dia akan arahkan anak angkat dia intai saya dalam bilik air. Dan akhirnya saya mula menjadi mangsa rogol anak angkat dia. Setiap kali bila ada peluang. Sejak dari saya 7 tahun hingga 13 tahun jadi hamba seks dia. Sepupu2 saya dan pak cik saya yang lain turut ambil peluang untuk mencabul saya.

Ayah saya selepas kematian mak tinggal dia kem tentera di negeri N. Dia hanya akan balik kadang2 je. Setiap kali sebelum ayah balik, kami akan dicili mulut dengan cili padi supaya kami tak bercerita apa yang jadi dekat ayah. Dan abang saya akan jadi mangsa paling teruk jika kami adik2 berani buka mulut. Tp abang tak pernah tahu saya dirogol. Dia hanya tau saya dicabul. Dia pernah cuba selamatkan saya tp akhirnya dia teruk dipukul. Sebab sayangkan abg, saya pilih untuk diam.

Penderitaan saya berakhir ketika berumur 14 tahun, ayah saya bersara dari tentera dan ambil kami pindah duduk di kampung dengan mak tiri. Dari situ, saya didik diri saya jadi tomboy. Saya paksa diri saya jadi kuat, jangan jadi mangsa buli lagi. Saya jadi sangat2 pembenci dengan lelaki. Satu satunya lelaki yang saya percaya hingga kini hanyalah abang saya. Ayah? Saya pernah benci dia sebab tinggalkan kami dengan nenek.

Umur saya 17 tahun, saya disahkan mengalami mental disorder dan dirujuk di hospital tanjung rambutan. Dan pada ketika itu lah baru ayah saya tahu segala kisah saya. Terduduk dia dan mak tiri saya. Setiap minggu saya perlu berulang alik ke hospital tanjung rambutan untuk sesi treatment dan kaunseling.

Pada waktu saya disahkan mental disorder, saya telahpun berputus asa dengan hidup saya. Berkali kali saya buat percubaan untuk bunuh diri. Jijik rasa diri ini yang sudah tidak suci. Ketika itu, mak tiri saya tak pernah putus asa untuk bangkitkan semangat saya. Dia menjadi sebab utama kenapa saya bangkit hari ni.

Kini saya dah pun berumur awal 30an. Dan saya tetap fobia dengan lelaki. Pernah saya pergi belajar agama, berkenalan dengan seorang ustaz yang mengaku dia sukakan saya tetapi akhirnya saya turut jadi mangsa cabul dia. Saya pernah hampir2 dirogol ketika naik teksi dan banyak lagi perkara yang terjadi yang membuatkan paranoid saya tak pernah hilang.

Untuk keselamatan diri, akhirnya saya putuskan untuk terlibat dengan LGBT. Pada dasarnya saya bukanlah lesbian, tp saya putuskan untuk bercinta dengan pengkid untuk keselamatan diri saya. Saya tahu apa yang saya buat ini salah tapi saya sendiri tidak ada kudrat untuk melupakan apa yang telah terjadi dalam hidup saya.

Berkali2 saya terasa untuk berkahwin, tapi bila saya fikirkan secara serius, saya pilih untuk berkata tidak pada perkahwinan. Saya fikir mungkin memang Allah dah tetapkan jodoh saya tiada didunia. Saya mohon doa pembaca sekalian, doakan kami berubah. Saya dalam proses untuk berubah dan saya nak kawan pengkid saya turut berubah. Saya nak dia juga kembali ke pangkal jalan.

– A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *