Gadis Lone Ranger

Assalamualaikum semua, Thanks to admin IIUMC jika confession aku ni disiarkan.

Nama aku lucy, bukan orang cina tapi melayu..hehe cuma ni nickname gamer aku.
Ni tahun ke 2 aku di tempatkan bertugas di pedalaman. Alhamdulillah aku masih hidup dan waras walaupun masih tidak mempunyai rakan staff wanita..(staff wanita sebenarnya ada …2 orang kakak cleaner tapi tu tak kira sebab diorang orang kampung tempat aku bertugas ni & sudah berkeluarga…huhu) Jadi kiranya aku memang takdak kawan perempuan.
Tak bahaya ke sorang kat situ?
Aku cakap kat diri sendiri “bahaya tu kat mana-mana pun ada…just behave yourself di tempat orang, Percaya Allah sebaik-baik pelindung”

Al kisah…
Sebelum datang melapor diri puas aku selidiki tempat ni, memang tak banyak info… aku mintak pula pendapat rakan senior dan nasihat mereka “jangan masuk sana,bahaya…” siap ada senior yang baik hati private message lagi bagi nasihat & ajar cara nak mengelak masuk tempat ni. Hahaha
Namun..
Aku datang jua melapor diri walaupun lewat dan ada yang memberi peringatan dan menghasut agar tidak pergi ke tempat ni.
Aku sadokan hati.
Sesudah sampai di sini…
aku sedia maklum dengan ketiadaan staff wanita di sini dan semestinya aku di kelilingi kaum adam.
Aku agak depress pada mulanya…
Aku takdak kawan perempuan berukhwah, makan bersama,bersuka duka,meluah perasaan dan story morry semua tu….
Tapi tiap detik aku muhasabah diri..
Cakap dengan diri….
“tak pa kau sendiri..tak hina pun kalau kau makan sorang,gerak sorang. Kau nanti akan faham yang being alone ni akan buat kau lagi kuat.”
Aku bukan tak biasa bergaul dengan kaum adam ni… adik beradik aku mostly lelaki, kawan aku beriadah/bersukan selalunya lelaki sebab kebanyakan kawan perempuan tak suka main benda yang aku minat ni contoh main sepak takraw, ping pong, hiking, jungle trekking/ apa2 jenis aktiviti lasak ni kawan perempuan aku memang tak hadap walau sungguh2 mana pun aku pujuk diorang.
Tapi walaupun begitu, aku still lagi gemar berukhwah dengan kaum sejantina.
Sebab aku ni jenis kalau bersembang/berjumpa dengan orang memang ramah sikit, kadang kalau sembang tu sampai bertepuk tampar walaupun baru kenal.
Sebab tu bila aku bergaul/sembang dengan lelaki aku akan sehabis baik behave/ amik jarak aku dengan diorang, sebab takut tangan aku ni sampai kat diorang..spontaneously tertepuk tampar pulak dengan diorang yewww….tak ke naya nanti hahaha….
Sampai sekarang aku masih tak biasa sendiri ni.. aku masih lagi cuba mengadaptasikan diri di tempat ni.

Sentuh mengenai ikhtilat…
aku selalu keliru samada perbuatan aku ni betul atau tidak….
Keluar masuk rumah lelaki tu ok kah tidak? Niat nak ambil lauk pemberian mereka… …kadang tu terpaksa naik untuk meminjam atau mengambil sesuatu… lagi-lagi masa awal-awal lapor diri tu,memang serba serbi barang aku takdak… nak makan macam mana kalau bukan atas belas ehsan diorang.
kantin? Makan pagi memang aku beli kat kantin, bab makan malam tu yang mereka simpati kan aku sebab takdak dapur nak masak. Sebab tu diorang masak lebih dan suh amik kat rumah diorang tiap malam…btw, to make it clear… aku bukan jenis tahu makan je ya..kadang aku amik giliran jugak masak kat rumah diorang…tapi tu pun aku rasa segan nak mampos…kalau boleh aku nak ada kuasa, petik jari je semua makanan siap! supaya aku boleh cepat-cepat blah dari rumah diorang.
Bila waktu nak amik lauk makanan tu… aku jadi stress….kadang tu aku gagahkan diri jua…kadang tu bila stress sangat aku cakap kat diorang aku dah makan walhal belum…Tiap hari dalam beberapa bulan begitu sakit kepala aku memikirkannya dah la aku ni sorang je perempuan nak pulak masuk rumah diorang tu dengan lelaki-lelaki yang tak terjaga auratnya..aku malu tahu tak….huhuhu… Sedangkan kat dalam rumah aku sendiri pun bapa/adik lelaki/ abang2 aku mesti akan pakai baju…dah terbiasa macam tu… tiba-tiba dekat sini kau lihat lelakinya slumber tak pakai baju…aku segan nak mampos…rasa mau menangis pun ada… sebab diorang tak fikirkah kalau situasi aku ni berlaku kat adik/kakak diorang? So caranya untuk tidak naik ke rumah diorang setiap kali keluar bercuti/ke Bandar, aku akan beli/lengkapkan barang-barang dapur aku sedikit demi sedikit…(sekarang Alhamdulillah barang aku pun dah serba serbi cukup dan memadai untuk tidak naik kerumah diorang)
Menumpang pula kereta staff lelaki sorang ni sebab kami dari daerah yang sama… aku sebolehnya menjaga jarak dengan lelaki ajnabi ni…. Dengan cara duduk di bahagian belakang dan tidak bersebelahan..kerana aku rasakan kedudukan kami terlalu dekat.. tapi aku masih keliru…bolehkah macamtu? Nak aku drive sendiri?… mata aku ni dah la bermasalah(masih dalam review hospital tapi aku dah lama tak datang temu janji tu), tak boleh nak drive lama sangat..Tambahan pula,perjalanan agak jauh, sunyi dan berbahaya untuk aku drive sorang diri. (sungguh,ni bukan alasan………….huhu)

Namun dalam pada situasi aku sebagai seorang gadis yang lone ranger di kawasan terpencil ni… aku sangat husnudzon dengan ujian dari-Nya ni dan bersyukur sebab dengan ujian ni aku jadi lebih tabah dan ianya akan menjadi “guru” paling berharga untuk aku di masa hadapan.
1. Ujian tiada Geng
Geng ni bukan macam geng gangster k! haha… tapi lebih kepada kawan. Sedih tau bila takdak kawan ni lagi-lagi kau sorang perempuan..terbatas sangat apa yang boleh kau buat…padahal kat tempat aku bertugas ni best sangat-sangat…banyak benda boleh buat…hiking,jungle trekking,memancing,berenang,mencari hidupan laut baik di pantai mahupun laut.,melawat pulau berdekatan,piknik dan banyak lagiiii… aduhai semua tu aku suka!! sebab tu dalam takut-takut aku nak ke sini lapor diri, aku excited giler sebab terbayang betapa bestnya tempat ni…tapi semua tu aku ulang lagi….terbatas. sebab takdak geng.
tapi dalam takdak geng perempuan tu aku bersyukur tau… sebab mostly 1 batch aku yang masuk tempat bertugas diorang memang banyak masalah dengan kaum sejantina..lagi-lagi apabila kawan tu lagi cantik/comel berbanding yang sorang lagi…memang kena pulau la gamaknya tak pun kena gosip memanjang…ada pulak yang sangat mementing kasta ni… padahal jawatan takdak la tinggi mana pun boleh je jadi akak-akak/ kawan-kawan…ni tak..nak jugak kena “salute” selalu..macam tamil betul! Ada lagi manusia macam ni ek di zaman ni. Kesian kat kawan-kawan aku tu…

2. Ujian penyakit hati
Penyakit hati ni lebih kepada bersangka-sangka….kadang tu bila staff lelaki lain tengah sembang-sembang,gelak kuat-kuat, kadang suara seakan berbisik tu aku terasa sangat seolah diorang mengumpat,gosipkan aku.. sedih tau….aku jadi depress seketika.
Ketika penyakit hati ni melanda, aku cepat-cepat pekakkan telinga,husnudzon,istigfar…. Pasang ceramah agama, zikir/surah/ lagu motivasi…
Nampak tak? Ujian tu jadikan aku better person? Kalau dulu zaman kolej, dengar je sayup-sayup nama aku berkemundang.. aku dah sound dari jauh, “hoi jangan sebut-sebut nama aku ya! Aku tak redha!”kadang tu tak cukup lagi aku ke tempat diorang dan sergah depan-depan. Aku ni orang nampak ke muka ayu,ustazah gitew tapi in other side diorang takkan expect aku gitu…

Sekian sahaja luahan si gadis lone ranger.Terima kasih sudi baca :)

– Lucy Lone ranger

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit