Gadis Single Terluka

Assalamualaikum & Salam Syawal. Jika confession saya di publish di IIUM CONFESSION, billion thanks to Admin.

A bit introduce about myself, Saya Miss H (of course bukan nama sebenar), berusia lewat 20-an dan berkerjaya di sebuah company yang agak terkemuka.

Seriously, I’m not good at writing and tak pernah terfikir untuk terjebak in this confession, but I’ll try to write a simple & short story bout myself ! Sorry ya if ada ayat lintang-pukang.

Lifestyle saya agak mewah, semasa masih di university saya sudah diberi kemudahan kereta bercop H dan kehidupan lagi bertambah mewah selepas bekerjaya.

Alhamdulillah saya juga datang dari keluarga yang agak mewah. Dan Alhamdulillah Allah bagi pinjaman rupa paras yang hampir sempurna kepada saya.

Kehidupan saya dilihat serba sempurna, dengan kereta bercop W, pakaian branded yang bersilih-ganti, wajah yang cantik (saya mix blood) dan juga makanan yang have-have kata orang zaman sekarang.

Tidak termasuk percutian ke marata tempat & boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan menginap di hotel mewah kononnya sebagai ‘self reward’ to release stress. Saya dikelilingi keluarga dan juga beberapa orang sahabat baik (tak sampai 3 orang kut sahabat baik).

Ya saya agak sukar didekati untuk berkawan kerana orang selalu menganggap saya sombong dan ada juga pernah terdengar khabar kononnya orang takut untuk mendekati saya kerana saya ada ‘class tersendiri’ dan ‘high maintenance’.

Haha, ok ayat di atas seperti menampakkan saya ‘perfect’ pada dasarnya, tapi hakikatnya hanya Allah swt yang tahu. Sejak saya bekerja saya dijadikan punch bag oleh ibu, saya didesak untuk berkahwin! Yang hingga ke saat ini saya masih belum mempunyai sesiapa teman istimewa.

Bukan memilih, saya juga ada berkenalan dengan beberapa orang tetapi mungkin itu bukan jodoh saya. Next kalau ada rezeki boleh saya kongsikan cerita orang-orang pelik yang cuba mendekati saya.

Saya redha & pasrah. Dan selesa menjalani hidup sebagai seorang yang ‘single’ TAPI tidak pada ibu. Saban hari saya diherdik, dikecam kerana masih tidak berkahwin.

Pernah juga ibu cuba untuk matchkan saya dengan anak kenalannya, tapi saya menolak dengan cara baik. Saya selalu menangis bersendirian di dalam bilik mahupun kereta mengenangkan nasib diri saya.

Jika teman di office mahupun teman lain bertanya or cuba untuk mencari jodoh untuk saya, saya terima & langsung tak terasa hati. Saya anggap itu sebagai gurauan untuk eratkan silaturrahim antara teman sekerja.

Tapi bila Ibu sendiri mengherdik saya, dengan berkata cacian saya tidak mampu untuk menahan perasaan sedih dan kecewa.

Saban hari, hampir 5 tahun saya bekerja dan ibu semakin galak berkata-kata dalam soal jodoh, semakin selesa memaki hamun saya juga jika berkaitan soal jodoh. Saya sedih. Ibu sering berkata ‘malu ada anak seperti saya kerana masih tidak berkahwin’.

Pernah juga ibu mengatakan saya ada masalah mental kerana saya belum berkahwin. Ibu juga turut meggelarkan diri saya ‘ANDARTU’, ya allah sungguh hiba hati ini.

Hakikatnya saya masih belum mempunyai ‘steady boyfriend’ habis macam mana saya mahu kahwin. Dan pada saya perkahwinan adalah satu perjudian, semestinya saya mahu yang terbaik untuk diri saya.

Saya perbetulkan solat saya, saya doa & mintak dengan Allah supaya kurniakan saya jodoh dengan segera bagi memuaskan hati ibu.

Kadangkala terfikir adakah saya yang silap kerana terlalu memilih, tapi wajar saya memilih kerana mahukan perkahwinan yang berkualiti, bukan kuantiti.

Entahlah, saya sentiasa berharap agar ibu lebih bersikap rasional dan boleh membezakan ketentuan qada & qada’ Allah.

Saya dah puas menangis, moga suatu hari ada sinar kebahagiaan buat saya. Mungkin saya perlu cuba untuk mandi bunga di bawah jambatan pula selepas ini (kidding).

Sekian corentan saya, maaf jika sukar difahami. Moga Allah swt permudahkan urusan kita semua. Aamiin.

– Cik Single (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *