Gadis Takut Kahwin

Aku seorang gadis berumur dua puluhan. Aku sudah berkerja stabil di salah satu negeri selatan tanah air dalam satu bidang profesional.

Di negeri ini, aku tinggal bersama-sama dengan keluargaku – mak, ayah, adik lelaki, dan adik perempuan. Keluarga kami boleh tahan senang juga lah, Alhamdulillah, kami sentiasa dipermudahkan urusan dan tidak mempunyai masalah kewangan.

Ayah aku seorang yang bekerja keras dan mempunyai jawatan besar dalam kerjayanya. Pernah juga beberapa kali dijemput wawancara oleh televisyen. Pasti di syarikatnya, ayah aku sangat dihormati oleh pekerja pekerja bawahannya.

Bukan niat untuk memburukkan ayah sendiri tetapi aku sudah tidak tahu apakah benda ini normal.

Di rumah aku, emak sangat menghormati ayah. Boleh dikatakan Emak memang menganggap Ayah sebagai syurga Emak. Emak tidak membenarkan kami membuat Ayah menunggu walau seminit.

Pernah sekali kami fetch ayah di airport, kami tunggu Ayah di Balai Ketibaan kerana ingatkan ayah akan sampai di balai ketibaan, tetapi Ayah tiba melalui exit yang lain. Ayah tak jumpa kami waktu sampai so Ayah marah kami.

Ayah kata baik Ayah naik taxi or Grab dan marah marah kami semua. Emak pula selalu suruh anak-anak ambil pinggan cawan makanan semua untuk ayah apabila hendak makan. Ayah pula terus duduk, makan.

Rumah kami pula selalu ada openhouse Kami ajak keluarga besar kami, ada lah dalam 60 orang akan datang sekali majlis. Apa yang Ayah akan buat ialah beli macam macam jenis buah dan suruh potong.

Tak cukup tu, Ayah akan suruh kami buat sandwich untuk hidang ke tetamu. Dan perkara ini jadi wajib. Kalau aku tak buat, Ayah akan marah. Padahal banyak lagi makanan dah dihidangkan.

Aku tahu ini bunyi sangat petty, tetapi sebab benda-benda petty ini lah Ayah selalu marah kami semua, seolah olah kami anak yang paling teruk sekali. Apabila anak anak complain, emak akan sokong ayah. Jaranglah, emak tidak sokong Ayah, aku percaya Emak tidak akan belakangkan Ayah.

Bila di meja makan, sekarang, aku lagi selalu berdiam diri. Bercakap salah. Ada je yang salah. Aku cemburu dengan orang lain yang boleh bergurau manja dengan parents mereka. Aku cemburu dengan orang yang boleh kongsikan pandangan dan berbincang dengan parents mereka.

Setiap kali aku mahu buka topik berkenaan masa depan aku, atau ‘what’s next’. Topik tu takkan last lebih dari beberapa minit.

Ayah akan terus bercerita tentang pencapaiannya, peribadinya yang hebat itu. Topik tentang masa hadapan aku lepas itu diberhentikan sahaja, sebab Ayah tukar topik kepada masa silam Ayah.

Aku pernah bergaduh dengan Ayah, lepas tu Ayah kata di pejabat, takde siapa yang berani lawan Ayah. Tapi kat rumah aku melawannya. Ayah mahu aku respek Ayah macam atau lebih baik daripada pejabat respek Ayah.

Oh ya, aku ada sebut tak yang keluarga kami dah bertahun tahun pakai warna baju kegemaran ayah untuk hari raya?

Kalau bukan warna kegemaran Ayah, ayah akan jadikan itu satu isu besar. Kami semua bertahun-tahun cuma patuh dengan warna kegemaran Ayah tu. Emak kadang kadang berkenan dengan warna lain, tapi sebab Ayah akan bising, Emak patuh.

Benda-benda ni buat aku takut dengan relationship. Aku hormat Emak aku sebagai seorang yang patuh dengan suami, tetapi, aku tidak boleh dan tidak mahu jadi sepertinya. Emak walaupun selalu patuh, Ayah selalu marah mak. Ada je tak kena.

Kalau makanan yang mak masak bukan makanan favourite Ayah, ayah akan marah mak. Buat Ayah tunggu, walaupun sekejap, akan kena marah. Emak selalu cakap yang Emak kena buat ini semua supaya Abah tak tinggalkan Emak.

Aku cakap hubungan tak sepatutnya camni. Aku kata, bukan Emak je yang nak kena hormat Ayah, Ayah juga perlu hormat Emak. Tapi tak, sampai sekarang tak. Emak aku bukanlah tak educated. Educated. Sebab ni lah, aku jadi takut dengan hubungan dan perkahwinan.

Kadang-kadang orang tanya, kenapa single lagi?

Selalunya aku cakap, belum sampai jodoh la tu. Tapi aku sebenarnya nak spend hidup aku dengan cara yang aku happy dulu. Aku akan habiskan wish list aku sebelum kahwin.

Emak kata aku tak boleh buat apa yang aku nak buat lagi dah lepas ada suami. Aku juga harap suatu hari nanti aku dapat lelaki yang boleh ‘hidup bersama-sama’. Sebagai partner. Bukan macam ini.

Aku tahu sekarang dah 2020 dan ramai lelaki yang dah open minded dan understanding. Tapi benda ni dah macam embedded dalam mind aku sebab sampai sekarang ini lah didikan yang aku terima.

Emak juga kata nanti waktu aku dah kahwin. Aku akan macam ni juga. Aku takut.

– Single lady (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *