Baca tajuk memang nak tergelak. Nak confess pasal artis ni dah takdak kerja sangat ka?
Aku yang nak confess ini pun type delete berpuluh kali. Sebagai mak sedara yang terlebih concern, nak tak nak aku kena confess juga sebagai maksu kepada niece and nephew aku.
Aku rapatlah juga dengan depa ni. So, masa raya saja la tanya. Trend apa tengah famous lani? Artis apa depa tengah dok gila lani? Nak tau juga perkembangan artis-artis bbnu dan gen z buat modal bersembang dengan depa.
Masa nilah aku belajar pasal ship, shipper, stan acc, roasted, bitter, beef, relay,
Sejak artis-artis melayu hensem & comel berlakon drama budak sekolah & remaja ni, ada yang bercinta sesama depa, ramai jugaklah budak-budak sekolah yang minat kat depa.
Ada yang create account support drama & artis melayu. Username berubah ikut watak dalam drama Melayu yang artis depa berlakon pun ada. Macam-macam la budak zaman sekarang.
Tahap tak malu anak-anak gadis kita ni taktau la nak habaq. Punyalah tak malu post gambar selfie kat komen artis-artis depa minat. Wish selamat hari raya, good morning cinta hati saya, buah hati saya. Tu yang perempuan. Yang lelaki gatal lain macam. Nak double meaning ja.
Budak-budak ja la yang faham maksud tu. Kita yang tua ni mana la nak faham. Bila tau maksud depa, kalau depan aku ni, berbekas pipi tu aku lempang.
Selfie pulak macam-macam jenis ada. Mulut itik, mulut nganga naga, tayang tetek selambak pun ada. Pakai shawl belit macam rahib biarawati gereja pun ada. Bila dah macam-macam pesen selfie tu, mula lah ada yang face shaming and body shaming orang.
Tak cukup shaming satu badan, ada yang terlebih rajin stalk profile & buat background check pula sapadia orang yang depa kutuk tu. Satu family kena dedah identiti.
Dedah job makpak budak tu. Shaming pulak makpak satu family lah kena. Puncanya pasai sekeping gambar selfie dengan caption macam nak try artist depa kononnya.
Paling berdekah aku dengar cerita budak-budak ni, pasal shipper. Peminat sibuk nak ship artis lelaki dengan artis perempuan sorang ni.
Pastu fans bergaduh sesama sendiri. Kononnya depa ni shipper artis tu dengan artis lain. Artis ni lebih layak. Artis tu tak layak sebab playb0y, dah ada awek lain tak mengaku.
Tak habis kat situ gaduh depa. Mai masuk pulak haters yang tak suka both artists. Mulalah jadi toxic. Haters ni selalunya buat fake accounts dan komen-komen negatives kat social media. Pastu ada fans yang bitter, mulalah bergaduh fans dengan haters pulak dah.
Haters ni perangai lain macam sikit. Ada yang suka up nama pihak ketiga. Tak pasal-pasal fans followers pihak ketiga tu mengamuk pulak dengan fans artist ni.
Makin ramai yang terlibat, makin kontroversi. Ada pulak artis lain masuk backup mana-mana pihak sambil tumpah teh pulak. Makin panas kontroversi.
Page hiburan kat fb pulak pandai ambil kesempatan kutip gosip shipper ni bagi viral. Yang tak follow dari awal kisah artist ni mulalah komen macam-macam.
Komen tak relax. Kaitkan dengan agama pun ada. Sampai jadi issue negara pun ada. Tak pasai ja mufti, ustaz dan ustazah kena masuk campur bagi nasihat.
Sampai macamtu sekali bergaduh. Artis yang depa gila sangat tu entah buka baca komen pun tak. Yang depa sesama fans ni bergaduh nak rak. Ada artis yang pandai handle situation, tweet sepatah ja minta fans berhenti gaduh time tu jugak.
Minta semua take down delete tweet yang jadi punca gaduh. Settle dalam masa 24 jam tak sempat page hiburan nak bawak masuk kat fb.
Hoknim paling serabut nak faham. Gaduh kat tiktok bawa masuk ke twitter dan ig. Pastu dapat pulak artis yang tak reti handle fans, biar je fans bergaduh sampai jadi kontroversi. Page hiburan pulak rajin kutip gosip kontroversi kategori samp4h macamni masuk fb.
Kita yang tua reti main fb ja ni mulalah komen-komen merapu kat page hiburan tu. Taktau hujung pangkal cerita. Pastu komen makcik bawang fb mana yang kasar bahasa kena screenshot masuk ke tiktok.
Makcik bawang fb tu pulak kena stalk profile fb. Dapat segala info pasal makcik fb tu, viral pula pasal makcik sorang ni. Tua saja adab takdak. Mak sapa ni?
Faham ka tak tea ni?Mencapup ja dia tau. Hampa tau ja la bahasa budak la ni. Maki hamun mencarut tu dah jadi perkara biasa.
Makcik-makcik & pakcik-pakcik FB kalau nak komen pasal artis, private la account tu. Gambar DP tu tak payah la bubuh gambar family.
Bahaya. Budak-budak zaman sekarang ni depa pandai teknologi.
Silap komen ja, depa boleh korek pasai hampa satu keturunan. Post-post fb status hampa yang lama pun depa boleh korek cari. Jangan sampai depa viral. Nak komen, hati-hatilah sikit makcik-makcik & pakcik-pakcik FB.
Yang mana yang ada pencen kerajaan jaga-jagalah. Kalau viral benda-benda macam ni, boleh hilang pencen.
Nampak macam remeh, komen pasai artis ja pun tapi kalau ada unsur menghina atau fitnah, siap sedia duit masuk mahkamah. budak-budak gen z ni celik IT dan law.
Ramai yang jadi clout chaser ajar pasal IT & law kat twitter dan tiktok tu.
Tu tak kira lagi kalau budak-budak woke twitter tu jumpa post status lama hampa pasai politik ka pasai rasis ka, depa pi tag jabatan kerajaan ka, skmm ka pdrm ka. Tak pasai-pasai jadi kes mahkamah.
Kita ni niat komen kat fb tu suka-suka ja komen pasal artis tu sebab dah menyampah tengok. Ramai yang like komen, ramai yang komen setuju dengan komen kita.
Kita taktau budak-budak ni pikir macam mana. Depa ni cepat sungguh kalau nak viral pasal orang. Depa boleh cari komen kita walaupun dah delete.
Ternganga aku dengar cerita anak-anak sedara aku. Aku tanya kat depa, hampa ada dak buat camni?Makpak hampa tau dak? Opkos la makpak taktau menatang apa depa buat.
Depa buat second account nak support artist favourite depa. Yang akaun lagi satu tu memang add makpak satu family semua. Yang tu account tunjuk behave. Post yang baik-baik elok-elok ja.
Takpa. Maksu dah tau taktik hampa. Siap hampa. Maksu buat 2nd account jadi stan account nak stalk amir ahnaf, mierul aiman, nadhir nasar, anna jobling, meerqeen, hun haqeem, dolla, yusuf hashim, qasrina karim etc.
Jenuh nak list. Ramai sangat artis-artis melayu baru nak cipta nama ni.
Nak cerita sikit, dekat nak raya, kontroversi pelakon wanita sorang ni dengan mamat negara seberang. Budak-budak ni tunjuk kat aku apa yang jadi kat tiktok tu.
Bila faham apa jadi, memang patutlah kena kecam influencers negara sebarang tu. Tak hormat budaya negara orang. Mai masuk negara kita buat content samp4h. Peminat pelakon wanita tu minta influencers tu delete content tu. Punyalah liat nak buat. Makan hari baru nak delete.
Benda-benda baik support protect artis kesayangan macamni bolehlah dimaafkan sikit. Sekurang-kurangnya peminat ni pun belajar sesuatu.
Negara kira ni penuh adat dan budaya. Tak boleh nak muat naik sebarang content. Yang part protect artis tu aku puji. Yang part bahasa mencarut masa kecam tu bila taktau nak insaf rakyat Malaysia ni.
Aku sebagai maksu budak-budak nak membesar ni cuba masuk dunia depa. Nak faham remaja sekarang nak kena jadi kawan-kawan depa.
Satu cabaran yang besar. Salah satu cara aku nak didik depa, aku jadi macam depa. Penat jugaklah nak faham.
Aku confess ni nak suruh makpak kat luar tu buka mata dan telinga perhati tengok kalau ada anak-anak yang minat melampau kat artis macam ni. 24 jam tak habis-habis sebut nama artis siap mengaku crush lagi kat artis tu.
Hampa check la social media anak-anak hampa. Takut jadi minah “garik” dalam social media. Depan kita malu-malu, dalam social media nauzu billahi min zalik. Sikit lagi nak jual maruah diri pun ada.
Yang anak-anak lelaki pun kena selalu pantau. Penuh kat tiktok dengan twitter bergambar dengan rekod video depan cermin tak pakai baju, pakai seluar pendek ketat nampak bentuk burung tunjuk body ketak-ketak.
Letak pulak caption merecik merembes emoji air menitik peluh.
Tayang body macamtu dengan tak private account pi komen kecam kat sosial media artis. Kacau fan club artis. Berlambak account macamni boleh jumpa di twitter dan tiktok.
Ada yang kantoi buat sexual harrassment pi dm peminat perempuan. Pantaulah sosial media anak-anak lelaki hampa sebelum jadi kes polis.
Maaflah bahasa maksu kasar sikit. Tapi tu la yang jadi. Ni pendapat aku la hasil beberapa hari guna stan account stalk gelagat fans artis.
Baru beberapa hari stalk, aku dah boleh confess macam ni.
Tak sanggup aku nak bayang masa depan macam mana. Makin hebat teknologi, makin ke laut dalam perangai budak-budak sekarang.
Doa banyak-banyak semoga keluarga kita dijauhkanlah daripada perbuatan zina dan benda-benda yang dilarang dalam agama.
– Maksu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit