Assalamualaikum dan Hi buat semua pembaca IIUMC. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya ‘confession’ aku ini disiarkan.
Aku rasa, tulisan aku kali ini mungkin akan more relate kepada students pasca-SPM dan pelajar pra-u sebab aku juga merupakan pelajar pra-u di sebuah kolej persediaan bawah tajaan.
Mungkin kalian akan gelar aku tak bersyukur, kufur nikmat and etc. Aku terima seadanya. Dan untuk waktu ini, aku betul-betul dahagakan motivasi untuk bantu aku teruskan jihad menimba ilmu ini.
Sebelum itu, aku nak perkenalkan diri aku dahulu. Aku merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik.
Sejarah akademik aku agak bagus sebab dari UPSR sehingga PT3, aku berjaya untuk dapat ‘Straight As’
Kemudian aku teruskan pengajian aku di sebuah SBP dalam aliran sains agama selama 2 tahun.
Di SBP tersebutlah, buat pertama kalinya, aku mula duduk di asrama dan berjauhan dengan ibu bapa. Semasa aku di tingkatan 4 juga,aku ditempatkan di kelas yang ke-2 dari berbelas buah kelas yang lain.
Dan seperti biasa, aku agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.Tambahan pula, kawan-kawanku yang lain semua hebat-hebat belaka. Tapi, walaupum setahun sahaja aku bersama mereka, aku tahu, aku jauh kebelakang berbanding orang lain.
Pencapaian peperiksaan aku juga kian teruk dan akhirnya aku turun ke kelas 3 terakhir bagi tingkatan 5 kerana keputusan akhir tahun aku agak tidak memuaskan terutamanya subjek sains.
Jujur, aku mulakan sesi tingakatan 5 aku dengan 0% input dari tingkatan 4. Dan macam biasa, aku mulakan tingkatan 5 aku dengan kegagalan. Aku dapat F Bahasa Arab Tinggi.
Aku memang sangat tidak suka bahasa arab sejak aku mula berkenalan dengan sorf, balaghah. Dan sampai sekarang, aku sangat fobia dengan iqrab dan dll.
Aku terima kegagalan itu dengan hati yang terbuka dan tidak ada sekelumit perasaan risau pun dalam hati aku waktu itu. Aku memang dah berputus asa dengan belajar sehinggakan ustazah aku tegur aku dengan teguran yang agak kasar dan aku ingat sampai hari ini
“Kamu ini kan, jawab soalan macam orang tak pernah belajar arab ja”
Kertas soalan aku dilemparnya.
Sungguh, hati aku pedih tapi aku tetap telan sebab memang aku yang bodoh dalam subjek itu
Bukan bahasa arab sahaja F, malah subjek syariah islamiah juga aku hampir gagal. Aku dapat E. Alhamdulillah, ustazah syariah aku sangat baik, sumpah memang baik sangat sampai aku tidur dalam kelas dia pun, dia tepuk bahu aku lembut sahaja untuk kejutkan aku
Dan, di saat aku dikelilingi kegagalan, aku mula persoalkan diri aku, sampai bila aku nak hidup macam ni. Penuh dengan kegagalan sehinggakan pengetua pun mention nama aku sewaktu post mortem result peperiksaan dihadapan ibu dan ayah aku.
Malu, sangat malu, bila pengetua panggil nama ayah aku dihadapan ibu bapa kawan-kawan aku yang lain dan beritahu gred peperiksaan Addmath aku kepada ayah aku. Tambahan lagi, ayah aku sendiri merupakan guru matematik tambahan. Bayangkan bagaimana situasi aku waktu itu.
Aku mula tekad untuk bangkit. Aku bangkit dari segala kegagalan tersebut. Aku buat yang terbaik dalam peperiksaan pertengahan tahun pula, alhamdulillah, result aku tidaklah terus dapat banyak bilangan A. D dan C itu masih ada cuma lebih baik dari sebelum.
Yang buatkan aku bangga subjek bahasa arab aku berjaya untuk dapatkan gred D walaupun hampir lebih separuh rakan-rakanku mendapat gred A.
Setiap malam, aku akan belajar bahasa arab dengan rakan sekelasku sewaktu di kelas nombor 2 di tingkatan 4 dahulu. Dia memang sangat arif dalam bahasa arab, maklumlah lepasan maahad muhammadi di kelantan. Aku ini hanya lepasan KAA sahaja.
Maka bermulalah episod aku mula mengenali dengan bahasa arab secara terperinci.
Fast forward, aku telah pun berjaya menduduki peperiksaan SPM2018 dengan tenangnya dan sudahpun mendapat result rasmi SPM aku. Alhamdulillah, aku dapat 11A dan aku dapat A solid dalam bahasa arab dan Syariah. Alhamdulillah.
Dan orang pertama yang aku tunjuk result aku adalah ustazah yang pernah marah aku dahulu. Ustazah hanya tersenyum kepada aku.
Jujur, aku tak berdendam dengannya sebab kalaulah ustazah tidak menegur aku suatu ketika dahulu. Aku tak akan dapat keputusab seperti ini. Bila fikir balik, nak dapatkan straight As dalam SPM bukannya senang bagi aku yang below average student ni.
Setiap malam aku berdoa semoga Allah beri kejayaan kepada aku, setiap sujud juga aku berdoa kepada Allah agar permudahkan urusan aku.
“Ya allah permudahkanlah (nama aku) untuk dapat 11A dalam SPM 2018 kalau itu yang terbaik bagi aku”
Setiap sujud yang terakhir aku akan lambatkan dan berdoa dalam hati demgan yakin semoga Allah permudahkan urusan aku.
Konklusinya, bagi adik-adik pasca-SPM 2019 untuk dapat keputusan yang terbaik tak mustahil. Hanya perbanyakkan doa sahaja. Hari penguguman keputusan SPM 2019 pun lebih kurang sebulan lebih sahaja dari sekarang.
Mungkin korang boleh perbanyakkan doa. Doa setiap malam. Tapi kena juga ingat, dapat straight As dalam SPM pun langit tak semestinya cerah. Sebab ada lagi kisah yang belum aku selitkan dalam tulisan kali ini.
Inshallah kalau tulisan aku yang ini dapat respon yang baik dari pembaca, aku akan sambung kisah aku pada entry yang berikutnya.
Wassalam…
– Mlnng (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kegagalan adalah kunci pada kejayaan. Samada kita terima kegagalan itu dari sudut yang berbeza.Bila kita berfikir aku akan gagal ,gagalah..Jika kita berfikir aku akan berjaya selepas kegagalan ,akan menemui kejayaan. Usaha tangga kejayaan. Kehidupan ini mesti ada cabaran. Samada kita berjaya atau tidak, itu atas usaha. Kenapa kita gagal..ada banyak perkara kita gagal..Diantaranya atas sikap, cara berfikir ,tidak berfikir. Kita gagal menganalisa kegagalan kita atas berapa sebab.Sebab yang utama ialah kelemahan diri sendiri.Kita gagal mengubah fikiran kita dan kita tidak melihat kejayaan orang lain yang dulunya gagal. Oleh itu ubahlah fikiran anda dan tahu apa matlamat ingin kita capai..