Bangga saya tengok pelajar-pelajar SPM ambil keputusan SPM… Hebat-hebat semuanya.

Umur saya dah 35 tahun… Tengok saja adik-adik yang dapat result yang baik, terdetik satu penyesalan…

Kenapa lah saya tak belajar bersungguh-sungguh… Boleh sambung belajar, boleh masuk universiti, ada ijazah…

Saya ni lahir dalam keluarga yang mana mak ayah saya tak tahu apa-apa… Tipulah kalau saya tak mengharap untuk masuk universiti.

Masa awal-awal dapat result tu, saya agak kecewa… Sebab keputusan SPM saya gagal.

Semuanya berpunca bila saya masuk sekolah agama… Saya tak salahkan sekolah tu… Tapi keputusan mak ayah masukkan saya ke sekolah agama, satu keputusan yang salah bagi saya.

Kenapa saya kata salah? Sebab saya masuk sekolah agama semasa saya tingkatan 4…

Orang lain dah pandai Arab, tapi saya baru merangkak nak kenal bahasa Arab. Disebabkan kejar bahasa Arab, saya tercicir akademik.

Gagal juga bahasa Arab tu… Sebab bahasa Arab ni sangat susah bagi saya yang baru nak belajar… Bahasa Arab ni berpecah pula kepada mata pelajaran lain, iaitu hadis, sirah, tafsir, feqah, dan banyak lagi…

Disebabkan nak kejar mata pelajaran ni, saya abaikan yang akademik… Akhirnya, dua-dua bidang saya gagal.

Keluar saja keputusan SPM tu, saya ada hasrat untuk ambil SPM semula… Tapi disebabkan mak ayah saya ni tak tahu apa-apa, macam mana… Tak tercapai hasrat saya tu.

Dan akhirnya, saya berkahwin di usia 19 tahun…

Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia… Dapat suami yang baik.

Tapi setahun dua ni, saya ada terfikir untuk ambil SPM semula dan kejar cita-cita saya untuk masuk universiti…

Masih boleh ke, di usia saya yang 35 tahun ni, ambil SPM dan sambung belajar semula… Memandangkan anak-anak pun dah besar… Dan macam mana cara untuk saya bermula…

Tak salah kan, untuk menuntut ilmu… Selagi ada peluang…

Saya nak juga lah, anak-anak pandang saya sebagai seorang mak yang berjaya… Sebab family sebelah suami saya semua ada ijazah…

Biras, adik ipar… Semua ada ijazah… Saya seorang saja ada SPM… Itu pun gagal…

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Boleh je dik awak ambik semula SPM. Tak baca ke berita, ayah & anak ambik SPM bersama2. Guru tution & anak2 didik dia ambik SPM, datok 70an pun ambik SPM.
    Yg penting ada galakan, sokongan dr suami & keluarga, jgn putus asa, jg malu . Suami kan ada ijazah, haaa..boleh beno ajarkan awak.
    Semoga berjaya …

  2. 35 muda lagi puan. Badan msih kuat, otak masih boleh proses maklumat dgn cepat. Contohi Warga Emas yang ambil spm semula. Walaupun silibus skrg dah x sama dengan yg dulu, mereka mampu dpt result yg cemerlang. Semua benda boleh buat jika puan mula melangkah. Jika x, smpai bila² menyesal.

  3. Puan L,

    Kejayaan hanya akan bermula dengan langkah pertama. Teruskan hasrat puan tu. Tiada istilah terlambat untuk menggapai kejayaan. Niat dah ada, tanamkan azam dan berusaha sebaik mungkin. Semoga beroleh kejayaan kelak. Adios

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *