Assalamualaikum semua, saya nak cerita yang saya baru sahaja jadi pelajar cfs IIUM 2019.
Belajar tanpa duit agak membebankan. You kena fikir pasal pelajaran, adik beradik, your mom, duit makan, duit buku,etc. Kadangkala saya stress. Saya fikir jadi pelajar asasi ni semudah belajar waktu SPM dahulu.
Sem 1:
I thought everything will be fine. BUT it will never be like that. Belajar main-main macam zaman SPM dulu. Yelah dulu even tak ulangkaji pon, you still manage to get A’s, but now semua berubah.
Bila ada test, saya tak pernah study sebab stress pasal duit. Bila nak study ada gangguan, kawan-kawan roommate datang bilik buat bising. Saya sangat-sangat stress. Never feel that kind of stress before.
Carrymarks tak tinggi, study main-main, tak boleh tidur malam (insomnia). Vocab Arab tak banyak menyebabkan tak faham bila lecturer cakap Arab. Semua ni punca stress.
And akhirnya, 4 subjek saya gagal. Saya tak pernah rasa worst sampai macam ni sekali.
My GPA for this sem was 1.67 . Sangat-sangat teruk. Please if Ada adik-adik yang baca ni. Belajar betul-betul. Ambil pengajaran dari kisah saya.
Sem 2:
Sem yang mana saya cuba untuk belajar balik. Cari balik kekuatan. Try to motivate myself. Saya sangat bersyukur for this sem, saya dapat ustazah yang sangat baik(garang sikit tu biasalah hehe), sangat penyayang.
Masa tu saya pergi tasmik hafazan dengan ustazah. Habis sahaja tasmik, ustazah tanya all my problems. You know what I feel that time? Rasa disayangi.
Terima kasih Ustazah Akmal. Hanya Allah sahaja boleh balas jasa ustazah. First time ada lecturer yang macam terkedepan untuk mengenali student dia. Masa tu saya rasa ada semangat baru masuk dalam diri.
Untuk sem ni my GPA 2.33 (I got C+ for Ustazah Akmal’s subject) even biasa-biasa sahaja. Tapi saya rasa bangga sebab saya boleh bangkit balik.
So, my CGPA 1.79 . Still low isn’t it? But atleast ada peningkatan. Alhamdulillah. Thanks to Allah.
Untuk bidang saya, saya perlu capai atleast pointer 2.25 untuk membolehkan saya sambung ke degree.
Saya mohon antum semua yang membaca kisah saya ni, doakan saya capai pointer 2.50 ke atas. Saya nak sambung belajar ke degree. Saya nak banggakan mama ayah saya. Saya nak jadi role model untuk adik-adik saya. Doakan saya semua! ^_^
Nota kaki :
Belajarlah bersungguh-sungguh. Solat jangan tinggal. Kalau ada yang tertinggal, cepat-cepat ganti okay?
Doakan saya juga dapat ganti semua solat saya sebelum saya meninggal okay? Selalu baca Quran. Selalu ulangkaji pelajaran. Jaga ikhtilat. Jaga hubungan dengan kawan-kawan, pensyarah dan lain-lain.
Sekian, Jzkk
– Amira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit