Gagal Akademik, Gagal Dalam Kehidupan?

Assalamualaikum, Sempena nak meraikan adik-adik yang baru ambil result SPM saya terpanggil nak buat satu confession kat sini.

Kalau nak tulis kat socmed sendiri takut kena judge dengan netizen pulak. Jadi saya gunala platform anynomous ni.

Sebelum apa2 saya nak bagi background education saya. Saya ni produk SBP dan IPTA. Dah 13 tahun dalam industri Oil&Gas.

Saya pelajar lulusan Sains Teknikal (Fizik, Kimia, LK dan TK) untuk menengah rendah dan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.

Perjalanan akademik saya takde lah outstanding sangat. Tapi boleh dikategorikan sebagai ‘above average’. Saya pernah naik pentas 4 kali.

Pertama semasa saya dapat anugerah cemerlang PTS dan lompat darjah 4. Kedua masa SPM dapat 11A. Ketiga dan keempat masa anugerah dekan di Uni.

UPSR saya agak biasa2 3A2B sebab masa tu culture shock lompat darjah. PMR pulak 7A1B.

Sepanjang Uni life, saya above average tapi belum masuk kategori cemerlang. Grad dengan 2nd class upper. Pernah gagal satu sem dan pernah merasa repeat paper juga.

Sebelum masuk SBP saya selalu rasa saya ni budak pandai la. Sebab sekolah kampung memanjang dapat kelas pertama.

Bila masuk SBP baru la rasa rendah diri bila bergaul dengan orang2 yang jauh lagi pandai. Saya ambil Sains Teknikal, kami ni dilayan macam second class citizen berbanding Sains Hayat.

Terutama sekali dari cikgu2 yang suka sebut, sains teknikal ni macam aliran yang tak berguna dan patut dihapuskan dari SBP. Budak2 pandai semua dekat Sains Hayat. Budak2 nakal semua dekat Sains Teknikal.

Masa tu saya rasa, salah ke saya tak minat biologi? Bodoh ke sebab saya tak minat Biologi?

Sepanjang perjalanan akademik saya, saya nak ulas pemerhatian saya. Gagal dalam akademik ni bukan gagal selama lamanya. Banyak sebab kenapa orang tu gagal. Dan dari sebab tu kita boleh cari jalan penyelesaian dan ubah nasib.

Sebab pertama kemiskinan dan tak cukup sumber. Buku tak cukup duit nak beli. Tuisyen tak boleh pegi. Nak pergi sekolah asrama jauh2 mak ayah tak ada duit nak hantar. Tu belum yang kena galas tanggungjawab besar dan cari rezeki untuk keluarga lagi.

Mana nak belajar, mana nak jaga adik, mana nak kerja. Masa PKP lagi la ketinggalan. Dengan online class nya lagi.

Sebab kedua dipaksa benda yang dia tak suka. Ada beberapa kes yang kawan tu tak minat. Tapi didesak keluarga. Tak minat nak jadi doktor, tapi keluarga desak.

Minat nak ambil seni tapi keluarga cakap ini kursus tak ada masa depan. Ambil la kawan tu benda yang dia tak minat. Nak belajar pun tak boleh masuk.

Sebab ketiga, adalah slow learner. Saya pernah tuisyen dengan golongan slow learner ni. Mereka ni rajin. Tapi memang mereka tak dapat nak hadam apa yang diajar. Kalau mereka kental, mereka akan sampai satu masa yang mereka akan mula catch up.

Ada kawan saya dari kelas bawah masa F1, dia naik pentas anugerah cemerlang lepas SPM. Inspiring sangat! Tapi ada juga yang separuh jalan terus give up dan terus bekerja lepas SPM.

Sebab keempat, semua dah cukup. Tapi tak ada kesedaran dan memang malas. Teknologi pakai untuk tiktok dan socmed. Bukan untuk belajar. Bila gagal, tak ada langsung muhasabah diri.

Siapa2 yang miskin, dipaksa dan slow learner ni boleh bangkit dan berjaya kalau mereka dapat sokongan yang sepatutnya untuk menebus balik kegagalan akademik ni.

Mungkin dari segi akademik, mungkin terus kealam pekerjaan. Tapi golongan keempat ni susah sikit. Selagi dia tak ubah attitude memang macam tu la dia ditakuk lama.

Dengan kehadiran banyak influencer2 yang tak guna. Yang menunjuk dia gagal tapi dia kaya.

Dan mentaliti masyarakat, mereka yang kaya raya ni dianggap berjaya. Semua G tapi bawa kereta besar. Ada bisnes sendiri. Melekehkan orang lain katanya belajar susah2 tapi gaji RM2k.

Lecturer saya bawa MYVI SE sahaja, journal yang dia dah terbitkan melambak. Pergi overseas bentang hasil research. Dan beri manfaat kepada orang lain.

Itu tak berjaya ke? Lagi susah perjalanan dia dari jadi tukang jual kosmetik timbang kilo. Walaupun pada zahirnya dia biasa2 sahaja.

Untuk adik2 yang cemerlang, saya ucapkan tahniah. Keep up the good work. Dan ingatlah dalam apapun selalu merendah diri dan jaga attitude. Sentiasa terbuka untuk belajar dan sentias bersabar untuk mengajar. Perjalanan kamu masih jauh.

Ada juga budak yang pandai tapi sebab attitude, kecundang masa di Uni dan alam pekerjaan. Tak dapat sesuaikan diri dengan orang lain.

Selalu rasa diri sendiri sahaja yang betul. Melekehkan clerical work dan hidup dalam dunia kayangan golongan professional tak perlu buat clerical work.

Untuk mereka yang gagal pula, bangkit la. Kamu masih muda lagi. Terlalu muda. Kalau boleh ambil semula exam, ambil la semula. SPM ni penting. Kalau tak dapat juga, cuba la cari kursus kemahiran yang sesuai.

Kalau tak dapat juga kursus kemahiran, belajar la untuk jadi street smart untuk cari rezeki yang halal dan jadi manusia yang berdikari. Bila kerja tu kerja sungguh2. Jangan la MIA.

Belajar selok belok supaya kamu jadi orang penting di tempat kerja. Dan jangan pernah putus asa. Kalau boleh belajar tolong belajar.

Saya pernah nampak mereka yang rasa pelajaran ni tak penting. Tapi bila kerja tak dapat naik pangkat sebab kelulusan walaupun mereka layak. Benda sekarang memang bergantung pada sijil.

Dan ketahui lah kerja admin yang dulu hanya untuk SPM pun budak2 degree dah mula apply. Persaingan sekarang lagi sengit berbanding zaman saya dahulu.

Saya doakan apa pun pilihan adik2 saya harap kamu akan menjadi manusia berguna yang memberi manfaat kepada semua orang di masa hadapan.

Selamat meneruskan perjalanan hidup selepas SPM.

– Imah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *