Terus bertahan atau terus berhenti? Hari demi hari aku mencari diri tanpa jemu membawa hati. Terkadang keliru dengan pilihan sendiri. Entahlah kadang rasa mahu sembunyi. Ya ujian bertunang tu sememangnya wujud. Tak duga aku akan lalui ujian sebegini.
Sudah hampir setahun mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pilihan hatiku yang telah 9 tahun lamanya aku kenali. Berbaki lagi 3 bulan lebih sahaja kami akan mendirikan rumahtangga.
Aku jenis wanita yang biasa sahaja, penampilan aku juga simple tapi masih menjaga pemakaian dan menutup aurat. Perwatakan aku jenis yang pendiam. Cumanya kelulusanku cuma SPM sahaja, kerja pun biasa2.
Alhamdulillah lelaki tu terima aku seadanya. Mak ayah aku merestui hubungan ni. Dia terlalu baik dengan aku. Lately makin nak dekat kahwin banyak hal2 yang buat jiwa aku tertekan. Diuji dengan kewangan, diuji dengan sikap dan layanan ibunya terhadapku.
Aku terlalu sedih. Sampai satu tahap aku ambil keputusan untuk putuskan tali pertunangan ni kerana rasa sangat tertekan, tapi mak ayah aku melarang sekerasnya sebab maruah keluarga. Sejujurnya aku sayangkan hubungan ni.
Dari awal pertunangan lagi aku rasa sedih sebab bukan bakal mak mertua yang sarungkan cincin di jari manisku. Tapi dia suruh orang lain yang sarungkan. Hatiku tertanya2 juga sama ada dia tak suka aku? sebab bakal2 kakak ipar aku semua dia yang sarungkan sendiri. Ya aku akui bakal2 ipar aku bukan calang2 orangnya, mereka belajar tinggi dan bekerjaya bagus. Aku rasa terlalu rendah diri.
Bulan lepas ada event dengan family tunang, aku join sekali and kami menginap di homestay. Dipendekkan cerita bakal MIL keluar berjalan dengan ipar yang lain pagi tu, and aku tinggal lah dengan anak2 buah tunang yang umur belasan tahun.
Sebelum keluar dia berpesan dekat aku suruh kemas dapur and sinki yang bersepah. Aku pun turutkan dengan hati yang terbuka. After settle kemas2 aku terus masuk bilik and tertido. Tak aku sangka dapur tu bersepah semula, mungkin anak2 buah tunang ku yang buat sepah.
Bila bakal MIL sampai and tengok keadaan dapur yang bersepah tu dia terus tarik muka dengan aku, muka dia masam. Aku dah takut sangat. Takut dia aim yang aku ni tak ikut apa yang dia suruh buat. Walhal aku dah buat apa yang disuruh. Aku terus pergi dapur and tanya dia “mama mana sampah yang nak buang tu? Meh saya buangkan, tapi tong sampah besar kat mana ya mama?”
Pantas dia jawab ENTAH dengan nada marah sambil menghempas2 pinggan yang tengah disusun di rak. Ya aku tersentap! Kenapa aku dilayan sebegini. Aku belum jadi menantu lagi. Yang officially menantu lain tak disuruh pun. Tahan airmata rasa nak berlari cerita dkt tunangku and suruh dia hantar aku balik. Tapi aku risau yang lain nampak.
Sedih hiba hatiku. Hanya sebab aku tak berpendidikan and tak bekerjaya bagus, wajarkah aku dilayan sebegini rupa? Aku tak da mood nak buat persiapan kawhin, sebab after kahwin aku kena duduk dengan mertua. Hatiku berdebar2 sangat entah apa nasibku nanti. Belum kahwin pun dah dilayan seperti dibeza2 kan dgn menantu yang lain.
Banyak kali aku merayu dekat tunang supaya lepas nikah nanti menyewa di luar. Tak nak duduk sekali sebab adik beradik tunangku 10 orang, tak termasuk ipar. Aku tak nak setiap perlakuan dan gerak geriku diperhatikan mata2, itu dan ini serba tak kena. Aku nak jadi isteri yang selesa jalankan tanggungjawab terhadap suami tanpa campur tangan pihak lain.
Tunangku juga serba salah tersepit dgn kewangan dan nanti terpaksa bawa aku tinggal dengan mertua. Hambarnya rasa hatiku ya Allah.
Kalian tolong bagi aku kata2 semangat! Nak putuskan pertunangan tapi aku terlalu sayangkan tunangku. Persiapan kahwin pun dah hampir 90% siap. Tapi bila fikirkan semula perangai bakal MIL, sabar aku jadi hilang, hati aku remuk. Aku seolah GAGAL dalam penantian.
Harap admin siarkan kisahku ini. Kerana aku sangat perlukan kata2 semangat di kala dan ketika ini. Terima kasih. Assalamualaikum.
– Gadis malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit