Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selamanya

Assalamualaikum. Aku munira. Remaja yg baru berkahwin muda. (Tak muda sgt pun 20-an) Belum dikurniakan anak lagi. Doakan InshaaAllah. Sebelumnya aku berkali2 cuba utk type confession kat sini. Dan sudahnya aku tak submit. Sebab taktau macamana nak create bagi sedap awak semua baca.

Ok, tajuk cerita maybe hambar sikit kot. Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan adalah tentang matlamat hidup kita semua. Aku tau semua kita semua ada satu matlamat yg sama! Nak BERJAYA! Tapi selalunya ramai yg GAGAL. Ok, bukan tu point dia. Aku sebenarnya nak kongsi macamana cara aku untuk bangun. Selepas keGAGALan tu.

Macam yang korang faham, aku muda baru 20an. Tapi aku rasakan umur 20an ni macam tak setanding dengan apa yang aku lalui. Umur 14tahun aku dah fikir macamana cara nak survive. Aku dah kerja. (Act, kantoi nakal sgt dulu sampai parents aku tak bagi pergi sekolah. Tapi aku pandai) So aku decide utk belajar cari duit lah. Since parents aku tak bagi belanja macam org lain. Yelaa umur 14 masa tu struggle lagi nak beli topap hari2 msg boyfriend.

Aku jealous. Selalu aku perhatikan bas sekolah yang ambik dan hantar aku lalu utk pick up kawan2 aku. Tapi nak buat macamana kan? Rezeki tak panjang nak belajar kat sekolah. (aku belajar apa yang aku tak faham dari google dan youtube)

Aku mula berjinak kerja sbb aku nak ada duit sendiri. Walaupun duduk rumah. Aku tanam dalam hati yang aku nak bukak mata parents aku besar2 yang aku boleh BERJAYA! (Sebenarnya waktu aku tanam niat ni aku berDENDAM sgt)

Bayangkan lah ye, 14tahun dah kena cari duit sendiri. Sedangkan adik abang kakak korang masih parents yg tanggung. Walaupun sebiji gula2. Aku? Takkan lah tak terasa. Tapi aku buat taktau, marah? Benda biasa hari2 aku rasa. Bila org lain sibuk belanja barang2 masuk sekolah. Aku cuma ikut dan tengok. Sehelai baju atau sebatang pensil pon parents aku tak belikan.

Sebab tu aku cari duit sendiri. Aku jadi babysitter kat taska.(Masa ni dekat rumah orang) Aku ulang alik setiap pagi pukul 6 naik bas. Jarak dalam 20km dari rumah aku. Gaji? Sebulan 400. Tapi masa tu banyak lah utk umur macam aku. Aku bukan keluar tengok dunia macam sekarang.

Bila umur aku da 16 tahun, aku pernah tanya parents. Nak ambik SPM. Atleast masa depan aku cerah sikit. Duit utk amik exam aku dah simpan. Lebih daripada cukup. Tambah aku nak amik personal home tutor. Semua aku gunakan duit simpanan aku sendiri. Tapi, parents aku strictly cakap, TAK!

Maybe nak ajar aku kot. Sbb jahat sangat masa suruh sekolah dulu! (Sebenarnya aku suka buli budak masa sekolah dulu. Sampai patah tangan budak tu aku tak sengaja tertolak masa turun dari tangga. Tapi, sumpah tak sengaja. Sebelum tu mmg aku buli dia. Aku tarik2 tudung dia. Tu lah. Allah nak tunjuk kan. Sekejap je! Padan muka aku!)

Ok sambung balik. Lepas yang parents aku cakap TAK tu. Aku ada lah memberontak sikit dalam hati. Aku mula bergaul dgn budak2 laki. Kawan aku semua lelaki. Kadang aku keluar sampai tak balik. Oh masa ni aku da tak jadi babysitter. Aku da kerja part time dekat petrol pump. Ada shift. Kalau kerja malam biasanya petang dah keluar. Lagipun ada hostel. So aku da jimat tak payah fikir kos ulang alik dari rumah. Gaji aku masa ni besar jugak. Rm1300. Masa ni aku jadi lupa pasal matlamat aku. Aku enjoy, konon aku da cukup dewasa.

Dari tutup kepala, aku bukak. Seluar panjang jadi pendek. Baju t shirt jadi singlet. Benda baru nak UP. Masa ni pon rambut da colour. Da HOT laa. Org pandang 2 kali toleh. Pastu bila da kenal dunia luar ni best. Takde kena control dgn parents. So aku jadi malas nak balik. Parents aku membebel? Yes, tapi aku berani jawab. Masa ni berani kurang ajar. Bulan2 aku bagi duit kat parents aku. While abang aku still belajar and boleh hulur sikit pon. Semua akan harapkan parents aku. So aku jadikan benda tu alasan! Biar parents aku tak bising.

Deeply inside, aku kesian lah kat dorang sebab siang malam kerja cari duit. Abang aku bukan tau jimat. Seminggu 400 dia belanja. Ptptn dapat. Tapi lupa utk saving. Aku masa ni da beli motor. Second, tapi cash. Hasil menabung sendiri.

Lepas tu, aku enjoy lah hidup aku sampai lah umur aku 18 ke 19 macam tu. Aku dah rasa bosan. Lagipun time ni member2 laki aku semua da berumur. 26 keatas. Aku mmg tak suka bergaul dgn sebaya aku. So masa ni masing2 sibuk dah fikir nak kawin semua. Ohhh masa ni aku ada bawak sorang laki ni balik jumpa parents aku. Dia kata lah nak serious dgn aku. Tapi masa tu umur aku baru 18. So yeah. Again! NO!!!! Plus aku pon masih budak kot. Bunga pon tak habis mekar lagi. Hahahahahahaha

Lepas tu aku slow2 tukar environment aku. Aku cuba cari kerja yg betul boleh support aku. Aku kerja bahagian customer services. Area KL. So aku macam da stable la. Masa ni abang kakak aku da mula kerja. Sbb tu aku stable sikit. Aku ready nak amik kereta. Aku cuba laa minta family aku utk jadi penjamin. Malang weh. Semua taknak. Sbb aku cakap aku nak hutang 9 tahun. Kereta biasa je. Viva. Tapi aku nak amik baru. Loan aku tak lepas sbb aku tak pernah ada comitment. Dorang taknak amik risiko sebab aku tak high educated kot. Plus masa tu aku macam weng2 sikit. Enjoy tak sudah. So aku tak putus asa. Still berdendam. Aku cuba cari lagi.

Sampailah satu hari, aku tiba2 rasa serabut. Sebabkan nak sangat kereta sendiri. Aku masa tu nekad betul. Aku mula ingat Allah, lama aku tinggalkan tikar sejadah. Aku mula belajar solat balik. Aku doa Allah mudahkab urusan aku. Kuatkan iman aku. Supaya aku tak terpengaruh dgn dunia. Lepas aku teruskan macam tu. Alhamdulillah. Sebulan lepas tu aku keluarkan kereta. Tanpa penjamin. Aku terus kuat and rajin sbv aku tau aku ada baby yg bulan2 nak kena suap makan. (Motor aku da jual sbb nak dp keret aku. Terima kasih berjasa dgn aku selama 3 tahun. Dulu aku sama EGO macam kau)

Sampai satu hari, aku tersedar apa aku ada hari ni adalah atas usaha aku untuk bangun. Kawan aku macam takleh brain. Aku boleh ada semua nya. Aku pon sendiri tak pernah nampak pon. Sampailah aku cerita kat suami aku. (Suami aku yg tunggu aku sampai umur aku da cukup utk kawin) Lepas aku cerita dia baru bagitau, sebenarnya dia nampak lelah aku. Nampak penat aku dari first lepak sama dgn aku. Sbb tu dia banyak support aku. Eh aku lupa, aku pon tak perasan kalau aku down ke apa. Suami aku yang ada. Aku serious tak perasan benda ni. Hahahaa sorry yankkkk. Time aku type ni baru perasan. Sejuk jap tengok dia tido sbelah.

Tolong lah, FAHAM!! Bukan kita gagal hari ni maksudnya kita gagal sampai bila2. Asalkan kita ada niat dan matlamat. InshaAllah Allah bantu. Allah never burden any soul. Allah will never put when HE knows, we cant handle it.

Tq Allah. Tq Umiee Baba. Tq ayankkk. Sbb selama ni didik munirah. Semoga Allah tempatkan darjat kalian adalah yang paling tertinggi. IloveyouAlways.

– Munirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *