Salam. Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana approve confession aku, dan aku harap admin dapat menyembunyikan identiti diri ini. Sebelum aku berbual lebih lanjut, izinkan untuk aku perkenalkan diri aku. Panggil je aku farah, umur aku pertengahan 20-an dan aku bakal tamatkan degree aku tak lama lagi.
Dulu aku tak pernah rasa yang aku boleh sampai tahap macam ni sekali, and I was very lucky sebab ada keluarga yang mementingkan pelajaran anak – anak. Dan dulu aku selalu rasa, akulah anak paling malang, anak paling tak pandai dan anak yang selalu membawa masalah dalam keluarga aku. Dalam erti kata lain, apa yang aku buat semua aku rasa serba tak kena.
Hinggalah bila aku meningkat dewasa baru aku release why that things happen and why this things happen. Dan sekarang, barulah aku percaya yang kegagalan tu bukan untuk selama – lamanya. Nak berjaya memanglah bukan semudah apa yang disangka, bukan semudah dalam drama televisyen, tapi nak berjaya kena struggle too much and enjoy with that things. Tujuan aku buat confession ni, bukanlah nak bagi tips kejayaan, cuma mungkin ianya boleh memberi sedikit semangat buat mereka diluar sana.
Cerita aku bermula di sini. Selepas result SPM di umumkan, aku adalah salah seorang calon yang rasa sangat gementar nak ambil result SPM masa tu. Sudahlah mak aku ada sekali, lagilah debaran kian terasa. Gundah – gulana semua ada. Sehinggalah kami dibenarkan ambil keputusan SPM masing – masing. Ternyata impian aku berkecai bila result SPM aku teruk. Serious terlalu teruk, hingga keputusan tersebut tidak melayakkan aku untuk masuk ke mana – mana universiti tempatan. Masa ni, hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati aku dan juga hati keluarga aku. Masa ni menyesal tak terhingga. Balik tu, menangis minta maaf dengan mak ayah.
Tapi parents aku tak kenal erti susah payah, walaupun aku tahu hati mereka sedang remuk dengan keputusan aku. Semua kolej kalau boleh apply, dia nak apply. Alhamdulillah, aku diterima masuk ke Tingkatan 6, tapi aku tolak sebab dapat tawaran satu kolej under MARA (bukan Kolej Komuniti). Memandangkan keputusan aku tak berapa baik masa SPM, kami haruslah mengambil kursus sijil terlebih dahulu selama 6 bulan. Selepas tamat sijil, kami boleh sambung diploma dengan syarat, lulus semua subject semasa kursus sijil tersebut. Alhamdulillah, keputusan aku agak memberangsangkan dan aku dapat sambung diploma di situ.
Kalau orang sambung diploma 3 tahun, tapi aku hampir 4 tahun sebab aku ada repeat paper. Masa diploma pun, aku tak sedar lagi. Pemalas betul aku ni, nak belajar masa tu. Tapi Alhamdulillah dalam masa yang sama aku tetap berazam nak habiskan diploma dengan jayanya. Alhamdulillah, selepas berhempas – pulas akhirnya, aku berjaya habiskan diploma aku. Tapi tetap terkilan sebab aku graduate dengan pointer bawah 2.5. Nak pergi mana dengan pointer yang macam tu? Nak sambung belajar pun tak lepas.
Tapi aku kena sambung belajar juga, sebab memang impian keluarga aku nak tengok kami adik – beradik berjaya ke peringkat seterusya. Dan akhirnya selepas membuat perbincangan dengan keluarga, mereka bersetuju nak masukkan aku dekat Universiti Swasta, iaitu tempat aku belajar sekarang ni. Saat inilah aku berazam dan bertekat nak buat keluarga aku gembira, tak nak bagi mereka sedih dan berduka lagi. Cukuplah berapa tahun aku buat mereka sedih.
Alhamdulillah, Allah makbulkan segala impian aku. Di mana, semester 1 sahaja aku dapat 3 pointer. Dan diikuti dengan short semester pertama aku. Tiba semester ketiga dan keempat, result aku merundum. Jatuh bawah 3 pointer. Sedih tu sedih, tapi tekad harus diteruskan. Alhamdulillah, walaupun tahun 3 adalah tahun paling mencabar, di campur pula dengan task untuk buat final year project, tapi aku dapat juga naikkan pointer aku ke 3 pointer. Setiap kali result exam keluar je, parents aku ucap tahniah, dan tersenyum. Alhamdulillah, so lepas ni kena usaha untuk happy kan mereka dengan dapat kerja yang ok.
Key point nak berjaya, tak banyak sikit je.
1. Solat 5 waktu.
Solat ni sangat – sangat penting. Dulu masa aku sekolah dengan diploma, aku selalu tinggal solat, kadang tak solat langsung. Tapi bila degree ni, Alhamdulillah bila aku start jaga hubungan aku dengan Allah, segalanya jadi mudah. Dalam masa yang sama, hubungan dengan keluarga pun bertambah baik.
2. Baca Yassin selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib.
Yang ni, kalau sempat aku akan luangkan masa baca Yassin everyday. Kalau sempat baca. Lagi kalau kita student, memang confirm – confirm sempat. Dan jangan lupa juga baca Al – Quran.
3. Solat Dhuha dan Solat Sunat Hajat
Yang ni, aku release bila aku dah final year, hihi. Sebab aku baru je terbaca tips – tips nak berjaya dekat IIUM confession ni juga. Aku pun cakap dengan diri aku, why not aku cuba? Bila ada masa aku cuba buat. Masa hari nak exam pun aku buat (contoh kalau exam belah petang, belah pagi tu, solat dhuha kejap). InsyaAllah, masa nak jawab tu Allah permudahkan.
4. Hubungan baik dengan keluarga dan kawan – kawan.
Kalau duduk jauh dari keluarga, selalulah call atau whatsapp. Dan buat baik juga dengan kawan – kawan.
5. Enjoy
Kejap! Jangan salah faham dulu. Maksud aku, enjoy di sini korang lepak lah dengan kawan – kawan kelas korang, housemate atau kawan – kawan satu course, atau kawan – kawan satu geng. Sebab, penat tau bila study ni. Kenalah enjoy. Kalau hari minggu tu, pergilah shopping mall, karaoke, tengok wayang. Janganlah asyik terperap dalam rumah tu, boleh jadi tepu tau, hihi.
Pandai – pandai lah bahagi masa, study – study, enjoy – enjoy.
6. Pilih kawan
Bab kawan ni pun memang sangat kena memilih. Dulu masa diploma, tak ada masalah kawan sehebat masa aku degree. Apa yang aku baca dekat confession IIUM ni, ada beberapa peristiwa juga yang sama macam aku. Contoh, tak sehaluan dengan housemate. Biasa kot perkara ni. Apa yang penting, pilihlah kawan yang boleh, sama – sama study dan boleh sama – sama enjoy. Asal tak tersasar dari landasan Islam sudah.
Ok dah, banyak aku share dan terima kasih kepada semua yang sudi baca confession aku kali ni.
– Farah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit