Assalamualaikum semua. Confession ni kita nak habaq sesuatu tapi taktau nak habaq kat siapa kan? Jadi izinkan aku confess disini tanpa dikecam.
PELAJARAN
Aku hidup dalam keluarga yang bahagia serta semua adik beradik bijak berjaya dalam akademik dan kerjaya. Aku pun sederhana bijaknya. Result SPM agak baik , ditawarkan di IPTA dalam kos yang bagus. Tapi bila di IPTA aku selalu rasa inferior dgn coursemates. Tak semangat ke kelas.
Pertama kali gagal 1 subjek, terus down bila pergi kuliah & masuk kelas repeat. Seterusnya melarat asyik ponteng kelas. Gagal dan gagal dalam exam sampai dibuang universiti walau dah dekat nak final year.
Ini KEGAGALAN paling besar dalam hidup. Aku larikan diri dari semua orang sekeliling aku, kecuali keluarga. Sukar keluarga nak terima. Tapi semua redha, gagal dalam alam universiti tak semestinya gagal dalam kehidupan. tapi tetaplah ini satu KEGAGALAN yang aku akan sesali seumur hidup.
CINTA
Aku bukanlah kategori cantik tiada cela seperti wanita-wanita di instagram. Hidung melayu tak mancung kembang pula, kulit kuning langsat, bibir tak merah mekar delima. Pakaian tutup aurat sempurna tapi takdak la pakai litup jubah & baju kurung serta aku masih mengamalkan nilai-nilai ketimuran seperti bercakap dengan lemah lembut, sopan santun dan menghormati orang tua.
(Ya, aku mencari jodoh juga dalam confession ni sebenarnya) Orang kata comel manis tu ada la. Peminat tu ramai juga. Cumanya aku dengan lelaki ni memang tak berapa reti. Tak reti nak respon kalau ada orang minat.
Dipendekkan lagi cerita zaman sekolah takmau bercinta pasai nak jaga ikhtilaaaat. Masuk IPTA awkward dengan lelaki. Pernah juga sorang lelaki guna perantaraan nak luahkan perasaan, aku kagum jadi terima ajalah.
Seterusnya, adalah siri-siri perkenalan melalui whatsapp. Tapi sangat terbatas bincang pasal hala tuju perkenalan, plan hidup etc tapi pasai aku jenis awkward sembang pun tak reti dia pulak pemalu tahap taktau la. Sudahnya aku diam, dia pun diam.
Tapi yakin aku dia tengah menunggu je sebab selalu ja dia bagi hint dekat status dia, dia tak whatsapp sebab dia ingat aku tak suka dia. Padahal aku taknak respon apa2 pada status dia pasal aku tak pernah lagi confess yang aku dah berenti study. Dia dah bekerjaya.
Dia kenal aku dulu dia ingat aku akan berjaya jadi seorang bakal ******* mungkin pasal tu dia minat aku juga. Tapi hakikatnya aku degree pun dah tak ada sekarang ni, nak ka lelaki tu? Harus bagaimana lagi aku? Nak terus terang karang dia taknak, malu je dapat.
Nak move on je alang alang lelaki tu pun diam, baik aku angkat kaki jelah sebab rasa tak layak pun. Aku nak jumpa lelaki lain jelah yang kenal diri aku yang version sekarang dan terima aku seadanya.
Persoalannya, lelaki yang *bekerjaya* sekarang ni nak ke perempuan tak ada degree? Pasai aku personally pun nak lelaki yang ada degree, ada kerjaya yang menjamin kebahagiaan anak-anak aku. Kiranya aku nak yang level macamtu tapi aku ni tak ada apa.
Ada la tu yang cakap nanti kerjaya tak menjamin kebahagiaan sis janganlah memilih. Dah nama pun pilih suami kan kenapa pulak tak boleh memilih? Aku nak juga bapak yang bijak berjaya untuk anak-anak aku. Tapi dah lelaki jenis macamni mesti nak mak yg bijak berjaya juga untuk anak-anak dia kan?
KERJAYA
Lepas kena buang IPTA, aku terus apply SPA guna SPM. Alhamdulillah rezeki 1st time apply, jawab exam dan interview semua, dapat terus kerja gomen. Sekarang ada degree pun susah dapat kerja gomen kan.
Memang plan nak sambung study tak pernah mati. Aku dah kerja, dan aku dah mulakan hidup baru, aku lupakan semua (termasuk kawan-kawan seuniversiti–sebab aku malu) aku buang semua perangai2 yang aku nak buang dalam hidup.
Tapi untuk orang yang dibesarkan dalam keluarga yang berjaya, kerja di level ni dipandang rendah juga oleh keluarga dan pastinya aku sedih tengok kawan-kawan seuniversiti yang berjaya. Tapi sebab semua ni punca dari aku sendiri, telan jelah kan. ALHAMDULILLAH.
Aku tau banyak lagi orang susah pada aku, masalah yang aku baca dalam iiumc pun dah rasa cukup insof dah. tapi sebab aku hidup dalam sekeliling yang flow hidupnya baik sempurna ja, aku rasa apa yang aku lalu sekarang TAK MUDAH. Bukan susah sangat, tapi tak mudah macam orang lain.
Flow hidup aku ni hampir sempurna, tapi sebab sikap & pilihan yang selalu aku buat dalam hidup ini buatkan hidup aku jadi sukar. Pada setiap hari-hari aku, aku asyik terfikir– BAHAGIAKAH AKU?
Sekarang ni korang yang berjaya dalam akademik, percintaan dan kerjaya, cuba korang bagitau, bahagiakah korang? #sekadarmegonfes
– LADYGAGAlis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit