Assalamualaikum terima kasih sudi siar kan cerita aku. Aku tak pandai untuk mengarang tapi ini sebagai luahan hati seorang kakak untuk adik nya.
Aku sudah bekerja sebagai Jururawat selama 6 tahun. Aku hanya dua beradik je. Adik aku lelaki. Masih lagi ada mak ayah. Mak aku suri rumah ayah aku masih bekerja.
Aku dari kecil di manja kan walaupun kami bukan dari keluarga senang tapi aku tak pernah berlapar tak pernah kesejukan. Semua yang di mintak kami berdua pasti di tunai kan. Cuma adik aku di manja kan oleh mak sebab dia anak lelaki sorang. Aku pun banyak dengan ayah.
Dari kecil kami memang rapat. Yelah adik beradik dua sahaja. Cuma kami berbeza perangai. Aku seorang yang lasak suka kan cabaran dan perangai tak berapa nak perempuan. Tapi adik aku sebalik nya dia sangat lemah lembut tak suka cari gaduh tapi dia tak lembut macam “sotong” cuma sifat dia sopan dan lebih suka duduk di rumah main game.
Tapi dia hanya akan cari pasal dengan aku la kakak dia. Dia tak ramai kawan tapi dia ada kawan baik yang memang setia dengan dia. Kalau kat sekolah memang aku jaga dia. Yelah aku pun pengawas dulu. Memang semua kenal. Jadi adik pun orang kenal. Dia tak kan membuli dan kalau sesiapa yang cuba buli dia memang mendapat la dengan aku.
Sampai habis sekolah cikgu2 tolong jaga kan dia. Sebab kat sekolah cikgu2 akan pelik bila tau dia tu adik aku. Kami berbeza perangai. Macam dah tertukar perangai dan perwatakan. Sekarang Dia sedang melanjut kan pelajaran peringkat Sarjana Muda. Tak silap aku tahun akhir.
Biasa la sibuk dengan final year project, tah apa2 la assignment dia. Alhamdulillah walaupun adik aku tak berapa ada kawan tapi dia masih ada kawan baik dia.
Bila dia tak sihat. Aku cuba la tengok apa yang aku mampu. Aku pun sibuk dengan jadual aku yang tak menentu tu. ada la sesekali dia mengadu tapi aku buat mana yang mampu. Aku sebagai rujukan untuk apa2 penyakit atau ubatan dia.
Sebenar nye Baru hari ini aku ada kekuatan untuk menulis. Arwah Adik aku dah pergi Mengadap pencipta NYA untuk selama nya. Ini adalah perkara yang paling terkesan dalam hidup aku. Gagal nya aku sebagai kakak untuk membantu dia. Gagal nya aku sebagai kakak untuk selamat kan hidup dia.
Kalau di tempat kerja aku sehabis baik untuk memberi rawatan kepada ahli keluarga orang lain. Tapi gagal nya aku sebagai kakak untuk memberi rawatan paling terbaik untuk adik aku sendiri. Kadang aku menyesal kadang aku cuba untuk redha. Aku kena kuat demi mak ayah aku. Hanya aku yang tinggal untuk mereka.
Sebelum adik aku pergi untuk selamanya. Kami masih lagi bergurau. Masih lagi bercakap. Masih lagi bergaduh dan adik aku sempat untuk memberi amanat terakhir untuk aku. Aku ingat kan arwah adik aku merapu sebab kan dia tak sihat. Tapi tidak itu adalah amanah terakhir dia untuk aku.
Pengurusan jenazah adik aku sangat mudah. Dari saat arwah adik hembus kan nafas dia yang terakhir. Semua nya berjalan dengan cepat. Aku sendiri tak sangka betapa ramai nya orang yang solat kan jenazah adik aku. Bertapa Allah menjaga aib dia semasa di khafan kan.
Bertapa ramai nya orang yang membantu sehingga ke liang lahad dan sempurna urusan nya. Walaupun dah lewat malam. Tapi masih tetap ramai. Kawan2 dia sahabat2 dia.
Tapi jauh di sudut kecil hati aku tetap merasa aku adalah kakak yang gagal untuk adik aku. Allah. Jika di ingat kan kembali setiap kenangan sungguh aku menangis untuk di kenang kan kembali.
Aku bukan mahu minta simpati. Tapi jadi kan pengajaran. Selagi keluarga kita masih ada hargai la dia. Jangan jadi seperti aku. Bila dah tak ada baru nak rasa menyesal. Baru kini aku tahu apa rasa nya kehilangan orang yang kita sayang.
Minta doa kan arwah adik aku di dalam golongan yang beriman. Di ampun kan dosa2 dia di dunia dan di mudah kan urusan nya di akhirat kelak. Al-Fatihah.
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit