Gaji Besar Tapi Koboi

Hai semua. Saya nak minta pendapat readers semua. Saya dapat offer tempat kerja baru yang gajinya lebih besar.

Sekarang gaji saya RM2.5k, offer baru RM3.5k. Admin Executive.

Saya dah sign offer letter tempat baru dan letak resign letter tempat lama.

Masalahnya saya sekarang berbelah bahagi nak teruskan pergi tempat baru atau tak?

Sini saya nak cerita sedikit background kedua2 tempat kerja.

Tempat sekarang semuanya baik2 sahaja. Dari bos, rakan sekerja, environment, kebersihan, flexibility semuanya ok. Masalah nya cuma gaji yang kecik.

Saya sebelum ni ok saja sebab happy kat sini. Punca saya cari kerja lain sebab ramai rakan sekerja juga berhenti dan dapat tempat baru yang gaji jauh lagi besar.

Kemudian saya berfikir setelah 12 tahun bekerja, saya cuma terima kenaikan RM500 sahaja.

Bila terfikir hal ni, terus saya rasa down seolah2 bos2 tak hargai saya, maka saya nekad apply kerja lain macam kawan2 saya.

Tak sampai seminggu, tempat yang saya apply tu interview saya secara online & offer saya masuk sana.

Saya happy dengna offer yang diberi. Yelah, bak kata kawan saya, kerja 10 tahun lagi pun belum tentu dapat kenaikan sebanyak yang tempat baru offer.

Oh ya. Tempat baru ni dekat sahaja dengan tempat saya sekarang, sebab kawasan industri.

Semalam saya ke tempat baru sebab orang yang saya ganti tempatnya tu tak akan sempat nak tunggu notis berhenti kerja. Jadi dia nak handover kerja pada saya. Saya ambil cuti dan datang sana.

Alangkah terperanjatnya saya melihat keadaan ofis yang sangat messy, kelam kabut. Bangunan pun bangunan lama macam pasang siap.

Tu ok lagi. Saya tanya tak ada cleaner ke? Dia cakap tak ada, sendiri clean sendiri punya tempat. Patut la pun messy.

Kawasan premis juga berselerak. Saya jangkakan tikus2 juga banyak. Dari luar pagar nampak ok, tapi masuk je, saya jadi hilang mood sangat. Memang tak ada ciri corporate office langsung.

File2 bersepah2 dengan tak ada synchronization filing system. Susah saya nak bagi readers gambarkan. Pada saya company ni hanya sales oriented.

Mereka sales juta2 sampai tak sempat jaga kebajikan persekitaran agaknya. Nampak busy sangat semua orang dalam ofis tu.

Tah lah. Saya sepatutnya tak letak resign letter tempat sekarang. Tapi ramai yang encourage saya kalau tak jump, memang tak ke mana gaji saya tu.

Korang bagi cadangan please…

Terima kasih.

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *