Aku ada terbaca banyak la cerita dalam page ni yang bercerita tentang karier masing-masing dalam usia yang sekian sekian. Jadi, aku cuma ingin berkongsi maklumat cara untuk korang tengok reference gaji korang dengan pasaran semasa sekarang.
Cara pertama yang paling mudah korang just buka je akaun jobstreet. Masukkan gaji yang terkini dan bila dah siap semua profile tengok pada bahagian salary report. Nanti dia akan comparekan gaji korang berdasarkan lokasi dan sebagainya. Kalau ikon senyum tu maknnnya korang dalam lingkungan gaji yang baguslah tu. Alhamdulillah.
Kedua, kalau nak compare gaji korang dengan kawan2 make sure comparelah basic salary, jangan dicomparekan basic salary + elaun ke OT dan sebagainya. Persoalannya kenapa?
Jawapannya senang ajer, basic salary yang tinggi lebih banyak benefits untuk jangka masa panjang. Ini kerana caruman KWSP adalah berdasarkan basic salary tidak termasuk elaun atau OT. Jadi caruman mereka lebih tinggi.
Kedua, biasanya kerja yang banyak OT ni banyak sangat conflict bila nak verify oleh superior. Banyak berlaku interrogation sebelum approvenya OT tersebut malah kadang2 siap ade kena cut OT kita atas sebab musabab tertentu.
Nak dipendekkan cerita, kerja dengan gaji yang banyak sangat claim OT ni pada aku jangka hayatnya takkan lama. Pengalaman aku kerja kilang paling banyak OT ataupun construction. Syarikat cmni pula biasanya senang je nak terminate staff2 yang dikatakan akan “mengurangkan keuntungan syarikat”.
Sama juga dengan kerja kerajaan. Walaupun basic nampak tak banyak, tp elaun mereka cukup banyak. Sebabnya, keuntungan mereka nanti nak bayar pencen. Jumlah pencen hanya base on basic salary, bukan basic salary plus2 elaun semua.
(Tapi kalau pangkat JUSA or TURUS memang banyak la PENCEN!).
Jadi yang kerja swasta ni kena sentiasa la beringat. Aku bukan tak bagi korang pulun OT banyak2. Nak pulun silakan. Tapi makesure ade saving untuk masa depan. Yang banyak aku tgk, pulun OT buat pergi merempit dan makeup kereta. Ada lagi malang pergi masuk MLM. Jadi, janganlah buat OT ni semata nak bermewah2 kerana OT ni bukanlah selamanya. Semakin dimakan usia, semakin tak larat pun diri kita ni nak buat OT macam zaman muda remaja.
Tu jelah aku nak share pada korang. Kalau nak share gaji dengan kawan2 tu cubalah share basic salary. Kerana basic salary tu jelah point reference kita untuk compare dengan orang lain.
– Bukan Budak Oil dan Gas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit