Bismillahirahmanirahim.. Saya Aurora bukan nama sebenar.. Early childhood education bach graduate..
Ketenangan saya diragut setiap kali wang ringgit menjadi ukuran..
Ya benar, mengajar anak anak dengan ikhlas akan mendapat ganjaran di akhirat cuma keikhlasan menjadi semakin tipis hari demi hari..
Gaji permulaan saya di syarikat pertama dengan nilai tidak kurang tidak lebih RM900 ringgit..
Tugasan sebagai shadow teacher (pembantu murid istimewa).
Berulang alik dari tempat rumah ke tempat kerja dan dari rumah ke sekolah istimewa.. dipenuhi cabaran, kesyukuran, dan pengalaman yang sentiasa saya ingat.
Semangat untuk membantu ank istimewa dalam mempermudahkan urusannya didalam sekolah. Mempelajari skill yang berbeza, memanfaatkan perkongsian therapist..
Alhamdullilah saya bersyukur di temukan dengan bos yang baik, coworker yang sentiasa membantu, semangat ibu bapa client yang sentiasa tidak henti support dalam pendidikan ank2 mereka..
Nikmat mana lagi yang saya hendak dustakan.. sehinggalah duit menjadi ukuran..
Saya tidak mampu bertahan dengan RM900 ringgit.. Dan mengambil keputusan untuk berhenti dan menerima peluang yang lebih baik..
Selepas 2 tahun graduate dan job kedua saya adalah guru tadika disebuah sekolah yang mempunyai organisasi yang lebih besar, lebih kukuh dan mempunyai misi terhadap anak2..
Sudah tentu gaji saya lebih tinggi sedikit daripada gaji yang pertama. Saya bersyukur.
Tetapi malangnya di malam hari saya tidak mampu untuk terus beremosi akan gaji yang masih dibawah kelayakan yang sepatutnya saya harus terima.
Dengan keadaan beremosi di malam hari saya sering membandingkan diri dengan pekerjaan yang lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi..
Walaupun demikian, hari hari saya sentiasa diceriakan dengan senyuman ketawa, dan tangisan anak2.. Yang cukup menghiburkan.. Yang menghilangkan segala keresahan..
Saya masih setia kepada syarikat yang sama. 4 tahun bukan tempoh yang sekejap dan bukan untuk tempoh yang lama..
Adakah saya perlu keluar dari keselesaan pada siang hari untuk mendapat ketenangan di malam hari? Ya gaji masih masalah utama.
Adakah saya tidak bersyukur?
Adakah saya masih perlu bersabar?
Untuk pengetahuan gaji saya masih sama semenjak tahun pertama saya bekerja, tiada allowance, tiada benefit lain..
Kenapa saya masih bertahan? Kerana tiada peluang yang lebih baik dari syarikat yang saya tawarkan..
Dan sekarang ketenangan saya semakin diragut pada malam hari.. Hari hari semakin memenatkan.. Semakin hilang motivasi..
Just for info : Range gaji guru tadika,
RM1200 – RM1500
Waktu bekerja dari pukul 7.00am hingga pukul 6.00pm. Tapi adakalanya hingga pukul 6.30pm.
Ada sesetengah tadika masih menawarkan gaji lebih rendah dari itu..
Apakah selayaknya itu taraf kami?
Tidak, bukan saya sombong, bukan saya tidak memahami keuntungan berdasarkan jumlah anak murid disekolah dan kos kos lain.. Tetapi apakah tiada jalan lain lagi untuk kami sebagai pekerja.
Kami guru tadika bukan mahu gaji sama level dengan pemilik..
Bukan mahu mendapatkan keuntungan yang sama banyak dengan pemilik.. Bukan mahu pakai kereta dan rumah mewah seperti pemilik tapi sekadar cukup untuk kami punya kereta dan rumah sendiri..
Tetapi setidaknya beri peluang kepada kami bukan untuk meneruskan hari dengan hari yang luar biasa tapi cukupla sekiranya kami dibayar dengan kelayakan kami..
– Aurora, guru tadika organisasi besar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit