Gaji Isteri Tinggi Daripada Suami

Hi semua. Aku isteri kepada seorang lelaki yang sangat baik, rajin, jaga solat, dan segalanya yang baiklah ada dekat dia. Kami dah ada seorang anak jugak, masih baby belum umur setahun lagi.

Awalnya masa kami bercinta (belum kahwin), aku masih belajar dan suami sudah bekerja. Tapi gaji fresh grad lah.

Setiap kali dating memang dia keluarkan duit. Sekali dating mungkin dalam RM30-RM50 macam tu lah keluar. Aku jarang bayar sebab aku kan student, duit elaun cukup-cukup je la.

Masa nak kahwin, urusan kami mudah sangat. Wedding tak grand, tapi just nice, lengkap semua lah dari nikah, sanding semua. Memang buat kat tempat elok, baju/pelamin nampak trendy.

Tapi bajet la dalam RM4000 kot lebih kurang habis. Yang tu aku guna duit aku sebab majlis belah aku kan. Sebelum majlis kahwin tu aku baru mula kerja, jadi sempat la simpan duit untuk belanja kahwin.

Bila dah kahwin, gaji aku pun level fresh grad jugak. Hidup berdua, masa PKP, takde la terasa sangat bab duit ni sebab nak pergi melancong pun tak leh, baby pun belum ada.

Bila baby dah lahir, alhamdulillah gaji aku naik, almost 70% naik. At this point, gaji aku dah lebih 30% dari suami.

Dapat lah aku cover duit susu baby (baby minum formula sebab aku tak mampu nak breastfeed), duit taska baby, duit sewa rumah, duit tabung, duit beli barang2 baby, dan banyak la lagi aku cover.

Suami walaupun duit cukup-cukup makan, dia yang settlekan barang makan rumah, bil-bil, duit minyak, duit tol, dan segala miscellaneous yang lain.

Oleh sebab kebanyakan benda related to baby aku yang bayarkan, kadang-kadang rasa macam ‘alaaa saya lagi ke’ (tapi dalam hati lah haha aku tak nak suami kecik hati).

Tapi sebab aku pun nak yang terbaik untuk baby, jadi aku belikan je la. Perasaan tak puas hati tu aku anggap bisikan syaitan. Lagipun kami baru nak mulakan hidup.

Kadang-kadang aku bergaduh dengan suami sebab aku tak sempat nak kemas rumah. Dia tolong banyak dari sudut baby, tapi kadang baju tak berbasuh, bilik tak bervacuum sebab aku busy betul kerja ni.

Lately ni hati aku macam selalu terdetik, duit banyak aku dah support, aku pun busy kerja, penat memikir kerja yang tak habis ni — kenapa dia asyik nak expect aku boleh buat kerja rumah jugak.

Aku pun nak rehat jugak. Tapi yela aku faham, tanggungjawab isteri. Walaupun bukan surirumah, isteri la suri kepada rumah ye tak hehe.

Pastu, aku ni asalnya dari kecik bukan la seorang yang rajin sangat.

Aku kemas je la rumah tapi kalau time aku tak larat tu aku tak buat la kerja. But I’ve tried my best ok, kalau tak larat sangat pun, aku kumpul-kumpul baju, basuh semua and mintak suami pegi dry kan.

Aku rasa perasaan yang ada ni, sebab gaji aku tinggi dari suami aku dan aku support banyak benda pasal rumah. Aku tak pernah cakap dekat suami sebab aku tak nak dia down. Aku selalu kata, kalau takde duit mintak lah.

Tak tergamak aku nak bermewah sedangkan suami tengah korek duit syiling dalam kereta. Tapi kadang-kadang hati perempuan kan, teringin nak merasa suami belanja itu ini.

Aku sedar suami aku belum mampu lagi (satu hari nanti insyaallah). Jadi aku selalu sedapkan hati, rezeki bukan setakat duit, tapi dapat suami yang memahami, baik, rajin, ini semua rezeki jugak kan.

Tolong doakan supaya suami cepat dapat tawaran kerja yang lebih besar gajinya, dan semoga aku tak akan sesekali riak dan pijak kepala suami hanya disebabkan aku lebih banyak gaji dari dia.

Tolong bagi cadangan jugak macam mana nak start buat side income selain jadi rider.

Nak baking, rumah ni toaster je yang ada haha tu pun kadang-kadang terbako hihi. Nak dropship tapi tak tahu nak mula dari mana huhu. Thanks semua.

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *