Gaji Lambat

Salam semua, semoga hari anda baik baik. Disini ada sedikit luahan yang boleh diambil berat, diambil kira pada semua orang yang bergelar majikan.

Masuk tahun ni dah 2tahun aku kerja di sebuah syarikat dalam sektor hospitaliti dan syarikat aku ialah dibawah kerajaan. Terletak di tengah bandar di sebuah negeri pantai timur. Alhamdulilah suasana kerja, persekitaran dan rakan kerja semua menyenangkan. Tiada apa masalah cumaaaaa

Gaji selalu lambat. Aku dah letih sangat bila bab gaji lambat. Sebab apa? Sebab masa ni la telinga aku menadah mendengar keluh kesah pekerja pekerja lain. Orang atasan time ni memang buat tak tahu, umpama tiada apa masalah. Tidak pernah ada sebarang memo tentang kemasukan gaji lewat. Dan harini, 11/4/2017, gaji masih tak masuk lagi. Staff lain semua dah bising, tiap kali rehat makcik pakcik cleaner company mesti pergi atm sebelah tempat kerja untuk cek gaji. Tapi malangnya masih tiada kemasukan gaji.

Disini, masa ini dapat lihat betapa ramai, betapa lamanya kami ni pekerja yang makan gaji ditindas sebergini rupa. Tanpa perjelasan, tanpa sebarang notis. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba saat ini. Benda ini la salah satu penyebab tekanan, depressi. Mana nak fikir komitmen rumah, bil2 semasa, belanja dapur, sekolah anal, minyak pergi balik kerja, dll. Saya sendiri meminjam sebanyak rm300 kepada salah seorang staff kerana dia membuag pinjaman di aeon credit dan hanya kerana gaji lambat, bukan salah daripada dia, bunga pinjaman semakin naik dan naik. Bagaimana pula yg sewa rumah? Hendak dimaklumkan kepada tuan rumah? Maaf bulan ni sewa lambat sikit, kerana gaji lambat masuk. Boleh diterima ke? Zaman sekarang ni orang kata kita tiada komitmen, maka itu asyik lambat bayar. Kita faham situasi sendiri tapi org lain? Malah ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan kerja hal ini. Buat cod makanan, waktu lunch yang diperuntukkan untuk rehat daj bertukar jadi waktu cod makanan niaga, kalau ada yang selfpickup alhamdulilah.

Sudah dibebani masalah gaji lambat, kadang public holiday tiada cuti malah dikerah kerja dan hanya diberi cuti ganti lain. Namun bila apply cuti ganti public holiday, memanjang tidak lulus atas alasan kekurangan staff. Menjadi masalah kita ke jika kita hendak bercuti tapi tiada staff ganti? Sepatutnya itulah langkah dari pihak atasan, pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah. Ada pula ketika hari bercuti, kita diminta hadir ke pejabat atas arahan ada meeting namun tidak dibayar gaji, walhal kita cuti dan diminta datang bekerja. Malahannya yang lebih teruk ialah ada staff dari department lain terpaksa bekerja sebulan tanpa cuti, malah ada hari yang perlu bekerja selama 12jam kerana kekurangan staff. Pekerja kena tahu undang undang, kita tidak dibenarkan bekerja lebih dari 72jam sebulan. Ini semua dah termaktub di bawah akta pekerjaan.

Nota penting; jangan komen untuk minta kami pekerja membuat laporan di javatan sekian sekian. Telah banyak sangat aduan dibuat, namun tiada tindakan malah pekerja yang membuat laporan diberhentikan kerja.
; jangan minta kami cari kerja lain, kerana semua sedia maklum peluang pekerjaan di negeri ini adalah terhad dan bukan mudah.

Harap pihak atasan, pengurusan, majikan, dan sewaktunya dapat menjadi majikan yang bertauliah, berhati perut dan menjaga kebajikan pekerja.
Terima kasih

– Pembela pada yang makan gaji

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit