Gaji Pekerja Daripada Sudut Shariah

Keadilan dalam Sektor Pekerjaan dari sudut perspektif Shariah.

Adil adalah salah satu daripada sifat agama Islam dan inilah yang menjadikan agama ini unik serta berbeza, bahkan keadilan ini diterapkan dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yg sekecilnya.

Dari bagaimana mentadbir sesebuah negara sehinggalah kepada institusi keluarga, dan tidak kurang juga sektor pekerjaan.

Keadilan dalam sektor pekerjaan adalah suatu perkara yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Ramai yang berbicara mengenai keadilan apabila iainya berkaitan dengan negara, bagaimana sepatutnya ia ditadbir, riuh sekali apabila sesuatu asset dan kewangan disalahguna, isu rasuah dan sebagainya, akan tetapi melupakan keadilan yang perlu dijaga di sekeliling terlebih dahulu.

Institusi Pekerjaan dibincangkan di dalam fiqh oleh ramai para fuqaha’ yang terdahulu, termasuklah mazhab Hanafi, Shafie, Maliki dan Hanbali.

Dibincangkan dalam bab alIjarah (Usufruct), institusi pekerjaan dibahagikan kepada dua:

1. AlAjiru Amm (Unilateral) : Seseorang atau sesebuah syarikat/agensi yang menawarkan khidmat kepada kelompok manusia yang ramai.

Contohnya : Cleaner, Mechanic, Restoran dll.

2. AlAjiru Khas (Bilateral) : iaitu seseorang yang memberikan khidmat kepada seseorang ataupun sesebuah agensi/syarikat.

Contohnya : Barista, Guru, Agent.

Dan setiap satunya mempuntai hak yang berbeza dari segi pembayaran gaji dan kebajikan pekerja.

1. AlAjiiru Amm: Berhak mendapat bayaran (Payment) setelah selesai memberikan khidmat, atau sebelum memberikan khidmat jika diletakkan syarat sedemikian di dalam kontrak.

Contoh: Mechanic mesti dibayar apabila selesai membaiki kereta.

2. AlAjiiru Khas : Berhak mendapat bayaran (Payment) sebaik sahaja melaporkan diri di tempat bekerja, walaupun tidak melakukan apa-apa, kerana manfaat mereka ini telah jelas diberikan apabila menyerahkan diri, iaitulah masa yang diluangkan.

Contoh: Seorang guru mesti dibayar gaji bermula hari pertama melaporkan diri di sekolah walaupun kelas belum bermula.

Kezaliman dilihat begitu besar apabila isu rakyat Palestine, Syria, Rohingya yang ditindas dan dinafikan kewarganegaraan mereka di bumi sendiri, dihalau dan dibunuh.

Begitu besar apabila berbilion duit negara lesap dek skandal pemimpin negara dalam isu 1MDB.

Namun apabila berbicara berkenaan institusi pekerjaan, isu ini dipandang begitu remeh, begitu juga apabila isu nafkah zahir keluarga, tiada siapa yang sudi bangkit membela.

Tidak zalimkah perbuatan menafikan hak pekerja yang telah menyelesaikan khidmat mereka, peluh, masa dan tenaga yang dicurahkan ibarat tiada nilai yang patut dihargai.

Sedangkan Islam menyuruh kepada berlaku Adil dalam segenap perkara, besar mahupun kecil perkara tersebut.

Mohon pencerahan ini bermanfaat buat semua.

2hb Januari 2019

– Anas Afifi Bin Zulkefli

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *