Gaji Perempuan Lagi Besar Daripada Lelaki

Hi, thanks pada admin sebab siarkan luahan hati aku. Kenalkan diri aku Anne, aku berumur 23tahun. Aku kerja sebagai PA di syarikat swasta.

Dipendekkan cerita, aku ada teman lelaki yang bekerja sebagai Technician di sebuah syarikat Automobil dengan gaji lebih kurang plus minus RM2100 sebulan termasuk OT. Dengan position aku sebagai PA, pendapatan aku sebulan lebih kurang RM5,000 dalam tangan. Aku jenis perempuan yang tak depends pada lelaki, semua barang yang aku nak aku akan usaha sampai aku dapat walau terpaksa kerja macam kerbau. Gaji aku yang sekarang bukan starting terus dapat RM5,000 aku pun bermula dengan gaji RM1,400 sahaja ya.

Perjalanan aku sebelum dapat jawatan PA aku jd kerani sahaja dekat sebuah Kilang pembinaan dengan gaji RM1,000 sebulan selama 10bulan belum tolak lambat datang KWSP SOCSO. Hidup aku susah masa ni, tapi teman lelaki aku tetap setia susah senang dengan aku sentiasa. Dia lah yang ambil dan hantar aku kerja walau hujan ribut walaupun masa tu dia masih sambung study. Takde duit, takda kereta, Memang kita orang redah je. Datang lambat jangan cakap, hari-hari kedatangan aku teruk sebab yelah kadang teman lelaki aku ada class terkejar-kejar nak hantar aku dengan class dia lagi. Kita orang pernah share duit RM2.00 seorang gara-gara nak makan sebab memang jenis food hunter walaupun jenis takde duit hahaha

Dengan usia aku camni, ada masa bila tengok orang kawen, aku pun nak kawen jugak. Tapi takdelah aku merenyam sangat. Cuma kadang fikir macam seronok, tapi sebenarnya nasib masing-masing. Tapi bila fikir dengan pendapatan teman lelaki aku tu aku seram takut aku yang kena tanggung dia selepas kawen nanti. Ada masa aku rasa macam aku yang bagi muka sangat, makan aku belanja, Baju, keperluan dia ada aku belikan. Kadang sampai makan tu dia macam langsung takde nak keluar duit. Mungkin sebab dia tahu aku yang akan bayar nanti. Ada jugak teman lelaki aku ajak kawen, cakap pasal kawen semua orang nak. Tapi, tanggungjawab tu tak semua mampu galas. Pasal makan tu, tak lah semua aku belanja. Tapi mostly aku yang bayar. Korang rasa aku manjakan sangat dia? sebab aku rasa dengan cara tu je macam cara aku nak balas jasa dia masa aku susah dulu-dulu.

Sebagai perempuan aku cuma nak lelaki ada usaha untuk halalkan perempuan, dan aku pernah tengok baki dalam bank dia ada RM500 je, terus aku fikir nanti kalau kawen cemana hidup aku, ye memang betul kawen kena share ada part lelaki, ada part perempuan. Tu pun kalau perempuan nak tolong yerrrr. Kalau perempuan nak tolong bayar bil air api, tu dah kira bersyukur lah tu. Tapi sebagai lelaki harusnya itu tanggungjawab macam mana cara, dia kena cari nafkah untuk perempuan. Kalau perempuan tu nak tolong, itu kira bonus je. Lelaki sekarang kalau aku tengok kebanyakkan nak perempuan kerja bagus, kerja government, sebab boleh senang loan eh? supaya dia boleh jadi biawak nanti. Kalau dari mata kasar aku lah, sorry kalau yang tak tergolong tu. Ini general je. Hahaha

Tapi betul lah pepatah orang cakap, lelaki diuji masa dia ada APA-APA, sedangkan perempuan diuji masa lelaki tu TAKDE PAPE. Aku masih goyang nak tukar status sebab aku rasa gaji aku lagi tinggi dari teman lelaki aku tu. Aku takut nanti kawen semua aku kena bayar. Sebab belum kawen baki akaun bank RM500, kalau dah kawen nanti macam mana?

Aku akan tetap support teman lelaki aku sampai dia berjaya, jangan dah berjaya dia lupa aku pulak. Selalu lelaki akan lupa siapa yang ada dengan dia masa dia susah dulu. Sebab aku pernah baca ada sorang akak tu susah sampai laki dia boleh pakai BWM dengan buka bengkel. At the end, masa dia taip cerita dia tu, dia dah bercerai 4tahun sebab lelaki dia carik perempuan lain.

Jadi sekarang ni, korang yang belum kawen, enjoy lah dulu. Build your carrier first. Hidup aku sekarang ni high priority is tolong mak ayah aku dulu, cari asset dan develop carrier aku. Alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang. Rumah in sha Allah tahun depan tinggal nak pilih rumah idaman sebab dah stabil dan dah cukup simpanan. Yang dah kawen, aku doakan korang kekal hingga jannah. Pada yang belum enjoy your life girls. Masa bujang je kita boleh travel, shopping sakan, nanti dah kawen. Duit tu kene beli keperluan rumah pulak, Huhuhu

Much love,
Anne

– Faa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit