Kau ni bila nak kahwin, umur nak masuk 30 dah?
Tunggu aku stable dulu lah, nak beli kereta, simpan duit dulu, baru fikir nak kahwin.
Salah tu, kau dah jumpa perempuan yang kau minat, kau target tetap kan niat nak kahwin, automatik Allah mudah kan rezeki kau. Tak percaya, cubalah.
Mula-mula, bila dengan kawan aku bagi pesanan ni, hati ragu-ragu. Susah nak percaya.
Sekarang bila dah lalui sendiri, dah rasa, baru lah aku faham, betul apa yang dia pesan.
Betul lah, kalau kita buat sesuatu yang Allah suka, niat kita ikhlas, perjalanan kita dimudahkan, rezeki melimpah ruah.
Jadi baru-baru ni, bila nampak tajuk, gaji RM1500 tangguh untuk kahwin, terasa nak kongsi pengalaman sendiri.
Aku pun sama macam kebanyakkan orang, gaji cukup-cukup makan. Kerja kat kedai makan, dapatlah RM50-RM60 sehari. Duduk dengan parent, jadi jimatlah bab sewa, makan dll.
Sambil-sambil tu, aku jadi agen hartanah secara sambilan. Sales.. hrmm.. kadang-kadang ada, selalunya tak ada. Hahaha.
Tapi bila umur nak masuk 30-an mulalah terasa tak cukup, bila tengok orang lain dah ada family, rumah, kereta sendiri. Aku masih stuck lagi. Ex-gf, crush dulu pun hampir semua jadi bini orang dah.
Jadi waktu ni mula nekad, tahun depan (2022) nak kahwin. Nak ada progress dalam hidup. Nak juga rasa income 5 angka sebulan. Nak jugak senangkan parent sendiri.
Calon tak ada lagi, duit pun tak ada lagi, tapi niat, azam tu kuat.
Masa ni, aku mula kerja betul-betul. Siang kerja sales, malam kerja kedai makan.
Penat, memang penat. Rasa nak give up pun ada, jumpa client sana sini, tak dapat juga close sale. Tapi aku cuba bertahan juga. Kalau penat sikit dah nak give up, macam mana lah nak senang
Dalam tempoh, masa ni, terjumpa semula ex gf zaman belajar dulu, masing-masing single lagi.
Dari sini, kembali rapat balik, memandangkan umur pun lebih kurang, dah kenal perangai masing-masing, kami bercinta tak lama. Terus plan nak kahwin.
Masa ni, barulah aku sedar, apa yang kawan aku kata kan tu, benar belaka.
Waktu ni lah, sales mula masuk non stop. Sehari lepas bertunang tu, dapat mesej, loan client lulus, rumah RM600K. Alhamdulillah, kat situ saja komisen RM10,000. Terus setel masalah duit hantaran.
Boleh kata, tempoh 4-5 bulan bertunang hingga kahwin, memang dimudahkan urusan. Tak runsing masalah duit, urusan kahwin pun berjalan lancar. Tak ada lah masalah-masalah besar seperti mana ada sesetengah orang lalui.
Tunang (Sekarang Wife) pun memahami dan supportive. Tak ada lah nak mengada merajuk ke apa, bila aku sibuk penat dan tak dapat bagi attention sangat pada dia.
Alhamdulillah, tahun lepas, kahwin juga akhirnya.
Dalam masa sebulan kahwin, dapat pula rumah sewa murah, terus beli perabot mana yang patut, terus pindah masuk. Tahun ni, Alhamdulillah, dapat pula beli kereta.
Ada juga masa, duit tak ada, tapi tak berpanjangan. Rezeki selepas kahwin ni, tak pernah putus, malah berganda lagi.
Apa yang aku nak sampaikan,
Jangan terlalu risau kalau sekarang gaji kita sikit, gaji kita gaji minima RM1500 je sebulan. Yang penting, kita kena ada usaha nak majukan diri.
Dan bila kita niat dan azam untuk buat sesuatu yang Allah suka, insyaAllah Allah akan buka pintu rezeki seluas luasnya pada kita.
Bersangka baik lah pada Allah dan janji-janji nya.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An Nur : Ayat 32)
Kita cuma usaha, selebihnya apa yang diluar kawalan kita, serahkan pada Allah.
– Gogogo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi Confessor . Sy agak terkesan dgn cerita yg disampaikan .
Sy perempuan .. Dan jauh di sudut hati sy , ye sy setuju dgn pandangan confessor .. jika niat kita bersungguh , InSyaAllah Allah akan permudahkan ..
Cerita sy: Sy kenal dgn si A pada 2021 .. masa tu sy umur 26.. dan si A umur 30 .. awl2 perkenalan mmg dia ade sebut nk berkahwin pada umur 32-33 ..
dan 2023 ni dia tetiba luah nk berkahwin pada umur 35 pulak ..
dan sepanjang sy kenal dia ,, dh 3 kali dia tukar kerja (dan naik gaji) , dapat beli kereta ..
tapi yg sy tak nampak , usaha dia untuk berkahwin .. dia mcm tak rasa pun nk kahwin .. dan dah 2 tahun lebih ni , sy tawar hati .. sebab dia masih di pemikiran (gaji sekian2 tak boleh kahwin lg) ..
Dan sy sudah berlapang dada pun ..
Tp cerita confessor ni sgt terkesan pada sy ..
Semoga confessor dan org rumah berbahagia sampai Syurga Allah ..