Assalamualaikum, saya nak cakap straight to the point lah, pasal rate gaji dekat Malaysia ni. Mostly underpaid, ada yang standard gaji, sebab tak semua company kejam kan. Tapi saya nak cerita company saya ni.
Bayangkan kerja dah berbelas-belas tahun, berpuluh-puluh tahun tapi gaji still rate2 budak fresh, even gaji budak fresh pun lagi tinggi dari mereka-mereka ni.
Company saya company construction, bila saya cakap construction mestilah bukan kerja-kerja biasa, mostly level2 pendidikan staff dekat sini paling rendah pun diploma dari politeknik ye.
Untuk pengetahuan dip, dari politeknik ni especially bidang engineering memang laku, tapi rate gaji dip ni kalau pukul rata pun paling rendah 1.8k as a site engineer tak pun supervisor.
Itu pun kalau you baru kerja lah, tapi bila saya tanya staff sini semua kerja lama2 ada yang 20+ gaji baru masuk 2.8k.
Bila saya tanya, masuk kerja pakai diploma korang nak tahu berapa company ni bayar untuk diploma under 1k ye.
Fuhh, saya taktahu macam mana boleh bertahan selama berpuluh tahun dengan gaji sebanyak tu plus hidup dekat tengah bandar weh. Saya tak tahu macam mana diorang struggle bertahan dengan gaji kecik macam dan sara family jugak.
1k tu kalau korang nak bersyukur saya tak tahu lah nak cakap apa, terlalu berpeluk tubuh lah agaknya. Zaman sekarang ni ekonomi makin gawat ye. 1k hidup sorang pun tak cukup, lagi2 bila tempatpun menyewa.
Tapi bila saya tanya, antara salah satu faktornya adalah family, yelah bila you dah kawin dah ada anak semua mesti susah nak tukar2 atau pindah2 tempat jadi susahlah katanya,
Yela nak hidup selari dengan husband/wife kan so nak taknak dua2 kena tukar gituuu tapi, untuk you survive dekat tengah bandar ni dengan basic gaji 2.3k selama berpuluh tahun tersangatlah sedikit ye. Lagi2 berpendidikan kejuruteraan (which is sangat senang naik gaji dan dapat pekerjaan baru, bagi saya).
Tak normal ye, if you kerja 10tahun+ company sama tapi gaji you lagi rendah daripada budak fresh grad, bukan ke company tu hanya ambil kesempatan keatas you.
Saya juga dalam bidang ni, kalau nak ikutkan dengan pengalaman 5-8 tahun atleast you dah boleh demand gaji dalam bidang ni setakat nak dapat 3.5k keatas tu banyak peluang, tapi company saya sekarang ni paling tinggi senior staff adalah 2.7k.
Maaf saya tahu mengenai gaji2 ni adalah personal dan sensitif tapi sangatlah tak logik, lagi2 company ni dah lah increment ikut suka bos (pilih kasih senang cerita, ada anak kesayangan).
Increment paling tinggi adalah RM50 setahun. Max ye, ada sorang akak staff ni, selama 8 tahun takde increment langsung, dan selama 12 tahun+ bekerja gaji masih sama dengan sebelum ni,
Nak kata kpi…. sini sangat strict mengenai punctuality dan kedatangan, dan setahu saya dia memang tak pernah lambat walau seminit atau buat apa2 hal yang memberi kerugianlah huntuk company.
Bak kata memang turut je apa bos suruh. Tapi biasalah kerja ada error sikit tu boleh dibetulkan takde masalah pun, saya tak rasa itu sebabnya. Tapi memang takde kenaikan langsung, kesian pun ada saya rasa bila dapat tahu staff lama macam ni.
Dan lagi bila saya cakap “tak pernah fight ke? sebab kalau nak ikutkan memang ada hak.” tapi itulah hanya berbunyi belakang sahaja.
Bayangkan you kerja dah 20 tahun+ tapi gaji masih sama dengan junior yang baru masuk, dengan dah berumah tangga, anak2 nak sara.
Honestly, saya tak boleh nak redha macam tu je, tapi bila dengar beberapa orang cakap bos memang dia takkan naikkan gaji staff even dah pernah minta/demand, saya rasa tak adil.
Bukan tu je selalu engineer kerja consruction ada kerja ada shift, malam kerja masa weekend, even kerja masa cuti public, even takde beza dengan gaji harian biasa.
Contoh, public supposedly bayar 3x kalau kerja (ikut company nak ikut atau tak) tapi takkanlah takde belas kasihan langsung, orang kerja lama dengan kau dah berbakti lama dengan kau tapi langsung takde tolak ansur nak pertimbangkan bende2 macam tu.
Dan site engineer ni lagi lah penat kerjanya duduk bawah matahari kalau malam kena pulak berjaga sampai subuh, pagi sambung masuk kerja office.
Honestly, kalau jadi saya, saya akan fight habis-habisan, paling tak pun tukar lah kerja, lagi2 bila dah ada family sendiri lagilah kena kerja keras untuk bagi keselesaan untuk family tak ke begitu?
Company ni pun saya rasa memang ambil kesempatan habis, belum lagi guna nama staff untuk kesempatan yang ada (ini belakang ceritalah). Tapi betul kerja nak dekat 10tahun+ dekat construction tapi gaji macam budak fresh adalah tersangat sikit ye. Sangat.
Dan saya pernah dengar, ada sorang staff ni sakit tiga serangkai, berbakti dah lama dengan company sampai tua last2 diberentikan 24hrs atas sebab sakit dah tak guna untuk company. Reason dia itu yee. Haihh.
Saya dah fight part saya, tapi staff yang lain tak berani dan hanya mampu bercakap belakang dan biarkan bende ni terjadi sampai bepuluh tahun. Jadi saya pilih untuk cari rezeki jalan lain, saya taknak berpuluk tubuh untuk hak saya.
Tapi betul korang, kalau korang dah kerja dalam bidang ni berpuluh tahun, untuk dapat gaji 5 angka adalah tidak mustahil, lagi2 company swasta. Janganlah bazirkan experince, ilmu dan titik peluh korang tu untuk dipergunakan dan kayakan orang lain.
Tolonglah fight untuk diri sendiri especially yang ada family ni nak keselesaan lebih kena amik risiko lebih sikit.
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kerani Kaunter Pon Gaji 2K basic.
Selamba badak keluar 1 jam masa lunchtime ambil anak hari hari noks!
Balik dari ambil anak pi sambung lagi rehat petang jam 4 ke 5 petang. Noh 2 jam rehat!
Belom 2 tahun kerja asyik CUTI CUTI CUTI CUTI manjang bagi alasan. Nak servis kereta lah. Laki sakit lah. Anak sakit lah diri sendiri sakitlah.
Bila kami supervisor tegur perangai PEMALAS TAK BERTANGGUNGJAWAB dia jenis perasan bagus tak boleh di tegur.
Nanti dia perli. Up status WhatsApp ajak orang lain yang tak tahu cara dia bekerja hauk tuh pi sama mengata kami.
Tertampar kami baca yang kerja keras site sana sinun construction kerja berat gaji sikit
Mohon terasa deknon. Kamu baru 26 tahun kerja tak komited. Pengasuh cuti kamu pon cuti. Nak kerja atau tidak?
Asyik unpaid leave dan EL kalah pekerja lama!!!!!!!!!!!
Degil keras kepala perasan bagus ego!
Kerja tak buat semua yang di nyatakan dalam job description pon!
Asyik nak orang lain paha masalah kamu!
Lebih baik berhenti dari menyusahkan pekerja yang sentiasa ada mahu bekerja!
Baik kami cari pekerja site beri gaji 2 ribu dari ambil si PEMALAS. BANYAK ALASAN, TIAP BULAN TERPAKSA CUTI!
Tak mahu kerja berhenti!