Galau

Salam semua pembaca IIUM Confession. Belum tulis detail, jari dah mengigil tak tahu kenapa.

Aku Melati berusia 24 tahun berasal dari pantai timur, aku pun tak tahu nak jelaskan tentang apa mungkin ini hidup aku yang menyedihkan atau takdir Allah yang tak sudah ujiannya.

Aku jenis suka pendam segala benda, sampai makan diri juga.

Aku jadi pendiam, tak suka tempat ramai orang, pergi mall aku rasa nak pitam dan sesak nafas sampai sekarang.

Masa aku kecil 11 tahun aku pernah kena r0g0l dengan kenalan ayah aku, dia kena hukum dan aku alami trauma yang teruk jika jumpa lelaki yang bermisai.

Waktu sekolah rendah aku selalu dibuli sebab selekeh, geng-geng cantik even gemuk tak nak kawan dengan aku, aku orang susah pakai kasut baju sama tiap tahun.

Budak lelaki selalu ejek aku “kusut’, diorang ejek juga pasal kes r0g0l aku, sampai aku selalu menangis nak pergi sekolah dan mereka pandang aku macam jijik sangat,

Waktu sekolah rendah ada seorang cikgu perempuan memang tak suka aku.

Salahnya mungkin aku anak orang susah dan tak menarik dekat mata dia, dia panggil aku tanya kes r0g0l itu, lelaki itu buat apa dan macamana cara r0g0l itu, seorang cikgu ye?

Budak-budak lelaki kampung selalu ejek ayah panggil nama yang bukan-bukan bila aku lalu depan mereka, ayah tak ada apa salah mereka just nak bahan aku.

Waktu sekolah menegah keadaan masih sama aku dibuli, tak ada kawan sangat, tapi aku mula pandai kemaskan diri, tapi bila orang tahu sejarah tak ada siapa nak dekat juga.

Aku ada beberapa orang kawan sahaja waktu sekolah menengah, selebihnya kawan sekolah lain yang tak tahu sangat pasal aku,waktu sekolah menengah ada cikgu lelaki tak suka aku, aku tinggi subject english dia tuduh aku meniru.

Aku bodoh dia perli aku, aku tak tahu dia nak apa, selalu sangat malukan aku dalam kelas.

Memang cikgu-cikgu pilih kasih berdasarkan taraf kehidupan ke? Dia pandang aku selalu buat muka menyampah, tengok atas bawa macam aku ini sampah.

Aku tak pernah bercinta, tak ada siapa nak aku, tapi aku ada dua orang kawan baik lelaki, yang selalu back up aku dalam apa jua keadaan, waktu tingkatan 3 Haikal pindah sekolah ke kajang.

Tinggallah Afiq seorang, waktu ini aku teruk bab buli, n aku jadi bendahari kelas, kutip duit dan bagi pada penolong kelas belikan barang tapi dia makan duit itu, aku report cikgu.

Hari itu juga aku kena baling fail, kena koyak kain, tarik tudung, tumbuk muka dengan mereka 4 orang.

Waktu ini Afiq selamatkan aku, aku menangis teruk hari itu sampai rumah kena marah dengan mak tengok keadaan baju semua,

Macamana nak beli duit tak ada, mak kata tak payah pergi sekolah dahulu, aku diam sahaja tak nak tambah beban mak.

Waktu akhir tingkatan 4, Afiq meninggal kena langgar kereta api. Waktu ini aku kemurungan teruk, kawan baik aku.

Aku tak pergi sekolah, macam orang gila sebulan juga.

Akhirnya mak bincang dengan kakak dia untuk tukar sekolah aku ke kuala lumpur, aku ingat semua berakhir dekat sini.

Pergi sekolah kuala lumpur, kena buli juga sebab budak sekolah aku sosial, rambut karat dan aku bertudung labuh, baju nila.

Diorang tengok rambut aku, dan memang tak suka lah, rambut asli tak ada karat.

Budak-budak lelaki kelas ramai cuba dekati aku, sebab mereka tak kenal aku kan.

Lagi budak perempuan jadi benci pada aku,sampai tahap aku melangkah kesekolah dalam keadaan menangis sebab takut, mereka lebih ramai dari sekolah lama.

Mereka baling botol vicks dekat kepala aku, mereka sembur sos ikan pada aku, pangkah kaki aku, aniya letak rokok dalam beg aku, gunting tali beg aku.

Keluarga mak cik aku ini agak alim, sangat jaga agama, waktu rumah dia aku kena konkong juga, kalau balik jam 2, 2.15 mesti sampai rumah dah.

Pakaian kena tutup aurat even ke sekolah.

Bangun lambat memang teruk kena bebel, tapi sebab dia aku pandai masak, pandai mengemas, mak aku jenis suka buat kerja seorang diri, dia tak nak orang tolong.

Aku tamatkan sekolah walau dalam keadaan terseksa, dan aku sambung belajar dalam bidang perubatan, waktu kat tempat belajar aku dapat ramai kawan baik, kawan-kawan ajar aku make up, lawa-lawa.. ajar aku macam-macam benda baik.

Tapi selama aku belajar, mereka tak pernah tahu dari A – Z yang aku alami, even aku anak orang susah aku tak pernah beritahu.

Aku berdrama sama taraf dengan diorang.

Walau susah ayah tak abaikan duit aku tiap bulan, dia usaha adakan juga.

Waktu ini aku ada sedikit keyakinan dalam diri yang dah hancur dari kecil, aku pergi reunion sekolah lama dan sekolah baru, aku transform diri aku agar cantik depan mereka dan mereka terkejut jumpa aku.

Geng yang buli ada minta maaf tapi aku susah maafkan, ada yang dah berpurdah tapi bagi aku macam topeng syaitan dengan apa dia buat dahulu.

Lelaki bujang kampung aku masing-masing cuba dapatkan nombor aku dari adik, tapi aku tak akan lupa apa diorang buat dekat aku dari kecil, ada dua family masuk meminang.. kelakarkan dulu kecil hina aku macam-macam.

Aku penat dengan kehidupan aku, aku cemburu dengan kehidupan orang lain, mungkin ada yang kata kena bersyukur, tapi awak tak duduk dalam kasut saya.

Awak tak tahu deritanya saya bertahun-tahun, dan saya tak cerita terlalu dalam sebab terlalu sakit.

Sampai sekarang sakitnya masih saya rasa,

Doakan saya agar selalu kuat.

Terima kasih..

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *