Gambar Seksi Di Laman Sosial

Hai. Aku nak cerita kisah aku. Aku seorang isteri & ada 3 anak.

Saja la nak cerita kisah aku ni sebab tadi aku terbaca mengenai influencer or tauke baju cerita suaminya ‘follow’ laman sosial perempuan seksi.

Bila aku terbaca je headline tu, terus aku terimbau kenangan lepas. Bila ingat balik rasa macam anxiety sangat tau.

Sejak kejadiannya tu aku macam trauma fobia dengan benda2 macam ni. Haha. Tapi aku serah pada Allah sepenuh hati.

Okay aku start ya. Semoga korang amek la iktibar dan pengajaran dari kisah aku.

Suami aku before kahwin memang follow IG perempuan seksi, p*rno video. Time tu tak terpikir apa2 even red flag ke kan. Maybe cinta itu buta kan. Haha.

Dah lepas kahwin baru rasa macam tak best bila perangai suami macam tu. Aku just expect dah kahwin, tak perlu nak perangai macam tu dah. Yang halal kan ade. Lagi best.

Paling ketara perangai dia masa pkp. Time ni aku pregnant anak pertama. Serious cakap bila aku teringat balik rasa macam aku taknak ulang dah ape yang jadi masa tu.

Korang bayangkan aku ada depan mata dua pun dia boleh bukak p*rn weh. Sedih tau.

Kami ni macam payah sikit nak communicate sebab bila nak cakap je mesti dia start baran. Geram betuii aku.

Pernah tau gaduh pasal ni. Aku cakap nak cerai. Dia pun ikot baran nak lafaz tau. Tapi dia tak lafaz.

Perangai dia ni sampai aku mengandung anak ke dua kalau tak silap. Gaduh, nangis apa lagi semua dah. Serious cakap sikit pun tak berkurang tau perangai dia.

Aku siap buat wallpaper handphone dia gambar breast perempuan yang dia tengok tu. Tu paling geram aku buat tau. Dia tukar wallpaper aku tukar lagi sampai dia tukar password. Haha. Memang gaduh besar tau.

Silent treatment pun ada. Gaduh baik gaduh baik. Benda remeh ni je pun yang kami selalu gaduh. Sampai aku sendiri penat. Bila aku tanya tak jawab. Dia buat diam je. Tau pun takda jawapan nak bagi.

At last aku cakap kat suami aku. Aku taknak ada anak perempuan selagi perangai suami aku macam tu. Anddddd selagi dia macam ni aku nak bercerai.

Sebab benda macam ni memang kacau mental and emotional. Aku depress tau. Rasa macam loser. Macam2 aku buat untuk suami aku. At last aku yang sedih sakit hati.

Pastu korang nak tau aku buat apa kat suami aku. Aku buat bodoh je kat dia. Aku dah tak amek kisah dah pasal dia. Lantak la dia nak tunggang terbalik ke ape ke kan. Phone dia pun aku tak cek.

Aku doa kalau suami aku ada buat benda yang tak elok belakang aku, aku berserah pada Allah. And ye, ada je hal yang berlaku kat dia weh. Kejap je Allah nak tunjuk.

Aku buat apa? Aku diam kan diri je. Aku fokus pada anak dan diri sendiri sahaja. Selfove gituu hehe. Memang betul2 aku biar kan dia tau.

Maaf cakap, pernah tau sampai sebulan lebih aku tak nak bersama dengan suami aku. Bagi aku dia dah kenyang dah tgk semua benda2 tu. Buat ape aku nak layan dia lagi. Padan muka.

At last alhamdulillah suami aku berubah jugak slowly. P*rno video, telegram group dia tak tengok dah. Cumanya follow perempuan seksi kat IG tu ada cuma satu dua gitu je. Banyak la perubahan dia aku tengok.

Tapi kalau dia senyap2 aku taktau tu taktau la aku kan. Yang tu pandai2 la dia menjawab kalau dia mati nanti. Bahagian aku, bagi aku dah settle. Macam aku cakap. Aku serah je pada Allah. Kalau ada yang tak baik tu kejap je Allah bagi tunjuk.

Tapi alhamdulillah sangat la, suami aku banyak berubah dari segi perangai ‘kebiasaan’ lelaki ni.

Aku nak pesan pada semua lelaki yang bujang dan dah kahwin. Tolong la jaga pandangan korang. Korang kemain nak isteri solehah menutup aurat kononnya. Tapi mata tu gatal betul tengok perempuan lain. Geram betul aku.

Kadang aku saja je pakai ketat sikit biar dia rasa orang lain tengok isteri dia pulak. Padan muka. Haha.

Ingat ye korang, jaga pandangan. Nak bahagia dengan isteri? Jaga pandangan dari tgk yang lain. Bila isteri bahagia dengan suami, in sha Allah, rezeki korang mencurah2 macam air terjun. Serious cakap.

Okay la. Ini kisah aku. Terima kasih sudi baca. Bye!

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *